PART 13 : BASIKAL KURANG MANIS

1.1K 3 0
                                    

"wuih.. dio nak jual biska tu kek Atong ko? takleh jadi ni!" kata Salim lalu terus berlari anak ke arah Pakcik Manaf dan Ah Tong. rakan2nya yang lain segera mengekori Salim.

"Atong, tak jadi la den jual kek kau. Baik den jual kek budak Salim nu ha.." kata Pakcik Manaf bila Salim sudah sangat hampir dengannya.

barulah jelas situasinya. Ah Tong sanggup beli bangkai basikal itu dgn harga seringgit setengah sahaja. menyedari hal itu, Salim nampak peluang untuk terus tawar menawar.

"camni cik.. banyak nak kono repair biska ni. ghaso eh rangko yo yg buleh pakai lagi ni. yg lain2 tu kono tukar. ese dah bincang mo kengkawan tadi, kalau tigo inggit sanggup la ese bayar. sobab memang banyak nak kono repair ni.. kut onam inggit, se cari lain la kot. tak berbaloi hargo tu.." dengan penuh keyakinan Salim menawar harga.

"eh.. semalam kan dah setuju onam inggit" Pakcik Manaf terkejut dengan bicara Salim.

"tak.. semalam kan se koba, nak bincang dulu mo kengkawan se ni ha. ikut an se sorang, memang tak berduit. lopeh ni nak kono cari tayar, rim, rantai, macam2 laie ni. kut onam inggit, payah cik.. tigo inggit mampu la.." gamble Salim buat tawaran sebegitu. rakan2nya yg lain senyap sahaja, membiarkan Salim seorang mencorakkan sembangnya.

"jgn la camtu.. rugi la acik. acik ni anak ompek org. tigo org sekolah laie. bini baru sorang." Pakcik Manaf pula cuba mengayat.

"boto tu cik. tapi kalau onam inggit, memang tak mampu la. takpo la.. kalau acik tak setuju, tak dapek la se nak buek apo doh. se try cari kek org lain la kut ado sapo2 ado bangkai biska. kut tayar biska acik ni elok sikit, sepuluh inggit se sanggup. tapi ni toruk bona ni.. banyak kono buek ni.. tigo inggit tu pun pueh se pujuk si Leman ni." Salim masih cuba bertahan dengan tawaran harganya.

"ala..." Pakcik Manaf sedikit mengeluh.

"kalau acik takleh terimo, ese pun takleh buek apo. se cubo cari kek lain yo la. takpo la cik yo. se mintak diri dulu la." kata Salim lalu menghulurkan tangan utk bersalaman dengan Pakcik Manaf.

salamnya disambut. tetapi Pakcik Manaf genggam tangan Salim dengan kuat seolah enggan melepaskan.

"ompek inggit la" kata Pakcik Manaf. tangannya masih kemas menggenggam tangan Salim. Salim mengalih pandangan ke arah rakan2nya. Amran dan yg lain2 berpandangan sesama sendiri kemudian tertunduk.

"tak buleh la cik.. panjang dah kigho2 eh tadi ni. memang tigo inggit yo mampu eh. itu pun lobih dah tu ghaso eh. Salim cerito pasal biska ni tadi, se bayang an elok sikit. tengok2, camnia sodo eh ha. tigo inggit tu ok la. kut lobih, tak padan ni doh.." Amran pula tambah nasi.

akhirnya Pakcik Manaf redha saja dengan harga tiga ringgit itu. masih lebih baik daripada dijualnya kepada Ah Tong yg hanya sanggup bayar seringgit setengah.

Amran dan rakan-rakan beredar dengan senyuman meleret yang panjang..

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now