Stor Ah Tong yg meriah macam ada karnival tadi sudah lengang. Cuma tinggal beberapa orang yg mungkin tak ada aktiviti lain nak dibuat, masih berada di situ. Amran dan rakan2 sebahagian daripadanya.
LEMAN : Moh la balik.
RAZAK : Balik pun nak buek apo. Ontah la..
SALIM : Duduk sini pun tak buek apo jugak.
LEMAN : Kau ni macam ado tak kono yo Am.
SALIM : Tak kono camno lak?
AMRAN : Eh... Takdo apo la. Den nak balik lah ai. Lapar.
SALIM : Moh la balik rumah kau. Nora masak kan? Keh3..
Razak dan Leman menyambut jenaka Salim itu dengan ketawa ria. Tapi tidak bagi Amran. Dia sekadar mampu tersengih hambar. Hatinya terasa sangat tak puas dengan keputusan perjumpaan dengan Ah Tong tadi. Baginya, masalah getah tidak selesai malah mungkin akan menjadi bertambah buruk.
AMRAN : Poi surau toruih la. Dah nak masuk waktu ni.
RAZAK : Buleh yo. Kang kau jugak nak obang.
LEMAN : Nengok dlm setor jap. Atong tak dikunci eh lak.
RAZAK : Takkan kito lak nak kunci an?
LEMAN : Tutup yo la.
Tidak ramai jemaah di Zohor di surau. Mungkin kebanyakannya masih terkesan dgn kekecewaan daripada perjumpaan dgn Ah Tong tadi. Amran antara yg menanggung kesan yg besar. Sepatutnya projek KFC sudah boleh dijalankan. Kalaupun tiada basikal, dana terkumpul sebenarnya cukup untuk membawa mereka ke Bahau dengan menaiki bas.
Lepas solat, Amran terus balik ke rumah. Dia cedera, fizikal dan mental. Tapi dia tak rasa nak bersedih. Dia cuma kusut dan buntu memikirkan penyelesaian. Dia tahu, rakan2nya akan menyokongnya dalam apa keadaan sekali pun. Namun dia masih berbelah bagi sama ada hendak memberitahu mereka atau cari penyelesaian sendiri sahaja. Buat masa ini, dia perlukan rehat.
Pukul 6 lebih baru Amran bangun. Itupun selepas Makcik Kiah membebel panjang. Siap nak panggil imam datang baca Yasin. Menurut Makcik Kiah, Salim, Razak dan Leman sudah dua kali datang ke rumah namun Amran gagal dibangkitkan dari peraduan. Tentu ada hal yg penting, fikir Amran.
Di surau, sementara menunggu azan Maghrib barulah Amran tahu hal sebenarnya. Abang Tapa naik angin. Bila dia balik dari kerja, barulah dia dapat perkhabaran tentang hasil perjumpaan dengan Ah Tong. Ternyata hasil itu sangat mengecewakannya. Seluruh kampung ditipu hidup2 oleh Ah Tong. Malah skandal memasukkan batu dalam lantun yg didakwa oleh Ah Tong juga hanyalah rekaan Ah Tong semata2. Haji Murad sendiri mengesahkan. Sekarang Ah Tong sudah terlepas dan Abang Tapa percaya dia tak akan menjejakkan kaki ke kampung itu lagi.
AMRAN : Dah tu, camno sekarang?
LEMAN : Ontah. Ado yg cadang nak repot polis.
RAZAK : Tapi Abang Tapa koba, polis akan ambik repot yo. Takkan siasat sobab kito takdo bukti.
SALIM : Takdo resit, keteh..
RAZAK : Memang tak patut dilopeh an Atong ni. Tapi masalah lobih motan yg kito patut cari jalan samo2, mano nak dijual gotah lantun org kampung ni?
AMRAN : Terachi la..
RAZAK : Masalah eh, nak angkut pakai apo?
AMRAN : Kereto Abg Tapa takleh?
SALIM : Berapo kilo yo buleh isi. Dah la lantun tu busuk. Tak sanggup deh doh. Keto tu dio nak bawak poi kojo.
LEMAN : Esok Abg Tapa tak kojo. Dio ajak kito sumo poi Terachi. Runding mo tokey kek sanun. Tu yg dio suruh panggil kau tadi. Kau lak membuto.
RAZAK : Bukan membuto lai dah. Dah macam pengsan pun ado.
SALIM : Tu la. Kut tak bongka2 jugak tadi Yasin malam ni buleh la tuju an utk kau sekali. Hahaha
AMRAN : Ado Yasin ko malam ni?
RAZAK : Aah. Semayang hajat sekali.
AMRAN : Padan la ghamai semacam yo jemaah. Abg Tapa tak datang ko?
RAZAK : Ado deh kek dalam tu.
