PART 97 : ADA APA DENGAN RAZAK?

143 1 0
                                    


Amran dan Leman makan tengah hari di rumah Pakcik Alias. Berlaukkan ikan sungai yang dipancing oleh Amran dan Leman. Bukan main berselera Leman kerana Rosmah yang memasak hidangan makan tengah hari itu. Walaupun diusik oleh bakal2 mertuanya, namun selera Leman tetap tak tergugat. Selesai makan, mereka pun meminta diri untuk beredar pulang ke Senaling.

Amran tahu masalah harga getah tak berkaitan dengan rakan2nya. Tetapi dia juga tahu rakan2nya tak akan izinkan dia hadapi masalah ini sendirian. Malah mereka tentu tak suka jika Amran diamkan masalah ini daripada pengetahuan mereka. Amran perlu beritahu rakan2nya. Bukan untuk meraih simpati, jauh sekali subsidi. Tetapi dia perlukan sokongan dan akal fikiran raka2nya untuk mengatasi masalah itu.

Orang pertama yang patut diberitahu adalah Leman. Dalam perjalanan pulang ke kampung dari Seri Menanti, Amran minta Leman berhentikan basikal di tepi jalan sebentar. Segala kedudukan halnya diceritakan kepada Leman. Seperti dijangka, Leman turut terkejut mendengarnya. Namun Amran tidak ceritakan tentang dana KFCnya yang kini tinggal habuk. Itu pun mungkin sebab Makcik Kiah tak berminat untuk mengutip habuk dalam poket seluarnya. Tanpa banyak soal, mereka sepakat untuk mengadakan perjumpaan tergempar dengan rakan2 mereka yang lain.

Sebaik singgah menghantar ikan ke rumah, Amran terus membonceng Leman untuk ke destinasi seterusnya, rumah Salim. Walaupun Makcik Kiah membebel kerana ikan-ikan tersebut lambat dihantar pulang dan mengakibatkan dia dan Pakcik Latif terpaksa makan lewat. Amran tak tahu nak kata apa. Dia cuma sempat menjerit minta maaf dari atas basikal.

SALIM : Paghah ni Am. Jauh bezo eh tu.

AMRAN : Takleh biar ni. Den dah pikir nak poi sorang yo stor Atong ni..

LEMAN : Sabar Am. Kito poi sekarang pun Atong bukan ado kek sanun. Dio kan bukak setor sampai puko sepuluh yo. Potang2 ni takdo deh doh..

SALIM : Kito kono kompom an balik bondo ni boto2. Kompom an kek ayah kau, boto ko hago dio jual gotah kek Atong tujuh pusen sekilo..

LEMAN : Aah.. kot2 ayah kau yang silap. Buek malu yo kito nanti..

Amran senyap. Otaknya ligat berfikir. Benar kata2 rakan2nya. namun, kalau diikutkan amarahnya, hendak sahaja dia gegar stor getah Ah Tong. Atau dibakar sahaja terus stor itu. Tapi akalnya tahu kerja itu sia2, tak menyelesaikan masalah pun.

AMRAN : Kono tunggu esok la ni?

SALIM : Yo la..

LEMAN : Sementaro ni elok kau tanyo boto2 kek ayah kau. Kut boto Ah Tong tipu, kito kono yo mintak pendapek orang2 tuo. Takleh kito yo bertindak sesuko ati doh.

SALIM : Boto tu.

Amran senyap. Salim dan Leman turut senyap. Mereka memberi laluan kepada Amran untuk berfikir. Mereka tunggu apa yang Amran hendak katakan seterusnya.

AMRAN : Iyo lah.. Kang den tanyo abah den. Malam kang lopeh Maghrib jumpo kek surau yo.

SALIM : Projek Kentaki camno?

AMRAN : Kito setelkan masalah Atong ni dulu.

LEMAN : Tak lari ke mano Kentaki tu doh. Duit eh pun dah stenbai ni..

AMRAN : Erkk.. Aa.. Mano Ajak?

LEMAN : Eh.. Aah la.. Den pun baru perasan tak cukup korum.

AMRAN : Punyo la kusut dgn masalah hago gotah. Sampai terlupo member..

SALIM : Den ingat tadi. Tapi sajo den buek2 lupo.

LEMAN : Apo kau tak ingat an? Patut ajak Ajak sekali bincang ni..

SALIM : Den cakap ni kau jangan raso kecewo lak.. Ajak yang kito kona selamo ni dah berubah. Dio dah posan kek den tadi, potang ni jangan cari dio. Dio ado projek sendiri. Takdo kaitan dgn kito.

AMRAN : HAHH??!!

SALIM : Dio tak nak jumpo kito walau apo pun masalah eh. Tu posan dio lopeh semayang Jumaat tadi.

LEMAN : HAHHH??!!

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now