PART 51 : BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT

224 1 0
                                    


"Takpo la Am. Leman dah ceghito pasal Iha nak bertunang tu. Den paham la kau kecewo. Den selalu ngusik kau pasal Iha. Den pun nak mintak maap la pasal tu. Buek kau makin sakit ati yo.." kata Salim.

Amran terharu. Rupanya sejak dia menghilangkan diri, ketiga2 sahabatnya itu melilau mencarinya. Tiga kali mereka datang ke rumah Amran, kalau2 dia balik ke rumah. Rumah Salim, rumah Leman, kedai Razak, malah rumah Fariha pun mereka kunjungi. Semata2 untuk mengesan jejak Amran. Apabila masuk waktu Zohor dan Asar, mereka menyerbu pula ke surau. Mana tahu entahkan bilal muda itu datang ke surau menunaikan amanahnya. Sepanjang hari mereka pusing kampung beberapa kali. Kadang2 jalan bersama, kadang2 berpecah haluan. Namun masih gagal mengesan Amran.

"Harapan last sekali.. senia la ha. Dah tontu kau datang sini jugak nak kutip lantun." kata Razak. Amran tak perlu mengopek lantun dan menjualnya kerana semuanya sudah diuruskan oleh rakan2nya itu. Jadi mereka ada masa untuk berbual2 sebentar, menjernihkan yg keruh, meleraikan yg kusut.

Senang hati Amran kerana Salim langsung tidak menunjukkan rasa tak puas hati padanya. Perbualan mereka berkisar tentang jualan gerai, keputusan pertandingan kompang sambil Amran menceritakan pengalamannya merayau sendirian di Sri Menanti. Semuanya penuh dengan gelak ketawa. Hanya kisah Pakcik Alias yg sedikit mengusik hati mereka.

Jumlah upah yg mereka dapat daripada jualan gerai sebanyak tiga puluh lapan ringgit. Dicampur dengan hadiah dari pertandingan kompang, mereka berjaya mengumpulkan lima puluh lapan ringgit hari itu.

"Duo2 kumpulan kito takat dapek saguhati yo.. Hahaha.. Kito ghaso macam best dah kito main. Tapi org lain tu dah berlatih lamo. Kito saghi yo.. mano nak tera.." kata Razak disambut dengan hilai ketawa.
"Padan la Abg Zabidi posan awal, jgn koba kek org lain dio yg ajar kito main kompang. Buek malu dio yo.." kata Salim.
"Tapi kumpulan kito masih dapek numbo satu.. kigho daghi belakang.." seloroh Leman pula. Tak henti2 mereka ketawa tentang keputusan pertandingan kompang itu.

"Kumpulan Iha apo ceghito eh?" tanya Amran.
"Nombor tigo." jawab Leman.
"Buleh tahan.. Ghugi den tak tengok. Kumpulan mano yg monang?" tanya Amran lagi.
"Kumpulan Quasar10 monang. Memang patut la monang. 10 org ahli eh.." jawab Razak.
"Kan ko syarat eh paling ghamai lapan org yo..?" tanya Amran lagi.
"Memang.. kumpulan ni kono dondo tolak 10 mato tapi masih lagi monang." jawab Razak.
"Apo tak eh.. dgn jidul, marakas, tamborin sumo ado. Dah tu pulak masing2 siap pakai baju melayu seragam. Memang org tak kompelin la kalaupun dio langgar syarat yg lapan org tu.." Salim menyambung jawapan Razak.

Hari semakin gelap. Sampai masa untuk mereka bersurai. Mereka telah persetujui hasil dana KFC yg terkumpul disimpan oleh Leman. Daripada hasil itu pula, dua puluh lima ringgit dibayar kepada Leman sebagai mengganti kos membeli dan membaiki basikal mereka yg sepenuhnya ditaja oleh Leman. Walaupun Leman cuba menolak, namun ketiga2 yg lain mendesak.

"Satu laie Am.. kau kono jumpo Iha.." kata Razak sebelum mereka bersurai.
"Alak?" tanya Amran.
"Kan tadi den koba, den caghik kau sampai poi ghumah dio walaupun tak logik.." jawab Razak.
"Mintak maap la. Den terlopeh cakap. Den koba kek dio, mungkin ekau merajuk sobab dio nak bertunang.." sambung Razak.
"Dah tu?" tanya Amran lagi.
"Dio melalak.." jawab Razak. Amran, Leman dan Salim terkejut besar mendengarnya.

"Kau takdo ceghito pun tadi.." kata Leman.
"Den ghaso bersalah bona. Memang silap bosa den cakap camtu." balas Razak. Razak pergi ke rumah Fariha semasa mereka berpecah haluan mencari Amran. Sebab itu Leman dan Salim juga tak tahu tentang perkara tersebut.

"Takkan den nak poi jumpo Iha pulak? Dah nak malam ni.." kata Amran perlahan.
"Camni la. Biar den yg poi jumpo dio malam ni. Sedagho, takpo.." kata Leman pula.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now