Hati Amran sedikit tenang. Dia dah lepaskan geramnya dengan membelasah beduk di surau dan melaungkan azan Asar sekuat hatinya. Dia lalu turun ke kolah surau untuk berwuduk. Lepas solat nanti baru dia pergi ke rumah Salim.
Tiba2 kedengaran bunyi enjin motosikal masuk ke perkarangan surau. Amran menjengah. Tuk Said meletakkan Vespanya di bawah pokok ceri. Seketika kemudian muncul pula sebuah lagi motosikal. Haji Murad masuk ke perkarangan surau dan terus parkir Honda Cubnya di sebelah Vespa Tuk Said. Kemudian kedua2 org tua itu beriringan masuk ke dalam surau.
"Ekau ko yg azan, Amran?" Tanya Tuk Said sambil matanya liar melihat2 kalau ada orang lain selain Amran di dalam surau.
"Aah, tuk.." jawab Amran dengan ringkas. Dalam hati, dia tertunggu2 kalau Tuk Said hendak memujinya.
"Ekau sorang yo ko ni?" Tanya Tuk Said lagi. "Sorang yo.. sajo se lalu sini tadi. Tengok takdo org lak kek surau ni. Tu yg se bantai obang tu.." jawabnya dengan sedikit kisah rekaan yg tidak melampau.
"Elok la tu Amran. Surau ni pun dah lamo takdo jemaah Zohor mo Asar. Kut ado org obang, ado la nanti yg datang. Ese mo Tuk Said kau tadi pun sebona eh nak poi minam kek kodai Borhan. Terdonga kau obang, tu yg datang sini tu.." kata Haji Murad sambil menepuk2 bahu Amran. Amran senyum sahaja. Dia sebenarnya lebih mengharapkan komen dari Tuk Said tetapi Tuk Said sudah pun pergi ke kolah untuk berwuduk.
"Sodap sogho kau Amran.." sambung Haji Murad lagi bila dilihatnya Amran senyap sahaja.
"Hehe.. takdo la Ji.. biaso yo.. Dari mano tadi ni?" Tanya Amran sekadar hendak beramah tamah. Dia takut kalau kecelaruan perasaannya ketika itu dihidu oleh dua org tua yg merupakan pembawa punca kecelaruannya itu.
"Dari rumah Tuk Said tadi. Ado hal sikit nak bincang.." jawab Haji Murad sambil melangkah ke kolah untuk menyertai Tuk Said berwuduk. Amran boleh agak hal yg mereka bincangkan dan sesungguhnya dia menyesal kerana gatal mulut bertanya.
Pandangan Amran mengiringi Haji Murad sampai ke kolah. Sesampainya di kolah, Haji Murad mencucuk pinggang Tuk Said dengan jari telunjuknya. Terlompat Tuk Said digeletek begitu sampai melatah. Kemudian mereka berdua ketawa mesra. Hati Amran dilanda cemburu dan kesal.
Mereka tidak terus solat Asar sebaliknya menunggu sebentar jika ada sesiapa lagi yg datang untuk berjemaah. Tuk Said dan Haji Murad bersolat sunat sementara menunggu ahli jemaah yg lain. Amran pula duduk sahaja sambil fikirannya teringatkan Fariha. Kemudian Razak, Salim dan Leman. Kemudian gadis2 gedik pengangkat dulang berisi ayam gorang KFC. Kemudiannya, imej Abang Tapa pula menghantui kotak fikirannya. Amran mengeluh pendek.
"Takdo org laie dah ghaso eh ni. Moh la kito semayang dulu. Kang nak poie minam.." kata Haji Murad. Tuk Said menjengah ke luar surau untuk memastikannya.
"Moh la.." kata Tuk Said setelah dia pasti hanya mereka bertiga sahaja ahli jemaah Asar petang itu. "Jadi imam yo bang Aji.." sambung Tuk Said. Walaupun dia mendapat gelaran 'Tuk' kerana pangkatnya sebagai ketua kampung, namun dia tidak lupa untuk memanggil 'abang' kepada rakannya yg lebih berusia daripadnya.
"Ketuo kampung la sesuai jadi imam," balas Haji Murad. "Org dah poi Mokah la lobih sesuai.." kata Tuk Said pula. "Ikut adat, mano ado anak buah jadi ketuo.. ketulahan nanti.." Haji Murad masih belum mahu beralah. "Biar org yg lagi banyak makan garam la jadi imam. Org mudo macam ese mo Amran ni jadi makmum dah la.." balas Tuk Said yg juga masih enggan beralah. "Kau tengok Tuk Said kau ni Amran.. Berangan mudo lak deh.. haha.." kata Haji Murad. Amran sendiri rasa nak ketawa melihat telatah dua org tua itu.
"Camni la yo, bang Aji.. Elok eh biar la bapak lelaki yg jadi imam.." kata Tuk Said sambil mengukir sengihan bermakna. Haji Murad faham sengihan Tuk Said itu. "Iyolah.. kalau dah bapak pempuan cakap camtu, ikut an yo la.." balas Haji Murad yg beralah akhirnya. Amran tak tahu bagaimana dia patut bereaksi ketika itu.
"Bilal, qamat!" Arah Haji Murad sambil melangkah ke sejadah imam. Amran akur.
Sedang mereka dalam rakaat ketiga datang lagi seorang ahli jemaah dan bersolat di sisi Amran. Habis solat baru Amran dapat cam lelaki di sebelahnya itu.. Imam Jalil. Mereka bertiga berwirid panjang sementara menunggu Imam Jalil habiskan solatnya.
"Mintak maap la yo Tuk, bang Aji.. Tak tau lak ado jemaah Asar hari ni. Sojak bilal Kasim bukak kodai gunting rambut ni, sibuk bona lak deh. Bilo takdo azan, takdo la org datang jemaah. Ese pun baru balik dari kobun pisang tadi. Tibo2 lak donga azan. Dogheh2 ese mandi, toghuih datang senia. Sapo yg obang tadi tu?" Panjang lebar ulasan imam Jalil walaupun tiada siapa mempersoalkan.
"Amran ni ha.." jawab Tuk Said dengan ringkas dan padat.
"Sodap sogho kau Amran. Lantang, kuek, pitching tak lari.. Lopeh2 ni kalau kau takdo kojo, datang obang utk waktu Zohor mo Asar.. buleh tak?" Kata imam Jalil.
Kembang hati Amran dipuji begitu di hadapan Tuk Said. Dengan hati yg kembang itu, Amran terima tawaran tersebut.
