Part 140 : KEKENYANGAN

154 0 0
                                    


Selepas selesai solat Zohor, masing2 pulang ke rumah. Walaupun seronok dan kekenyangan, namun perjalanan mereka dari awal pagi ke Bahau agak memenatkan. Memandangkan mereka akan membuka stor selepas Asar, maka ada sedikit masa lagi untuk mereka berehat di rumah.

NORA: Ombung.. Timo kasih la belanjo Kentaki.
AMRAN: Ado joki sikit.
NORA: Kalau ado joki lobih sikit nanti, kito poi makan kek sanun nak? Mesti lagi sodap, kan? Heee..
AMRAN: Ala.. Samo yo deh.

Nora bingkas bangun. Nampak benar Amran tidak berapa berminat melayannya. Sambil bercakap, lengan kanan Amran menghimpit matanya utk meminimakan kemasukan cahaya siang ke dalam retina. Nora faham, posisi begitu menunjukkan abangnya penat dan mahu berehat.

Badan Amran mahukan rehat. Namun fikirannya melayang ke Terachi. Bayangan Ai Lin menjelma. Hanya seketika kemudian, layangan fikirannya terbang pula ke Bahau. Terngiang2 perbualannya dengan pengurus KFC tadi. Tawaran kerja itu agak menarik. Paling menarik, tiap2 hari dia boleh makan KFC. Amran telan liur. Seketika kemudian, Amran terlena juga.

Seperti dirancangkan, selepas Asar keempat2 mereka berkumpul di stor. Berbondong2 penduduk kampung datang membawa hasil getah masing2 untuk ditimbang dan dikumpulkan. Mereka sedia maklum, wang jualan getah hanya akan mereka terima keesokan hari. Memandangkan penduduk kampung datang beramai2 menghantar getah hampir serentak, segala urusan selesai dengan cepat dan rakan berempat itu ada masa untuk duduk berbual.

RAZAK: Den nak tanyo kau, serius ni Am.. Boto ko tak kisah kalau den terimo kojo Kentaki?
AMRAN: Laa.. Serius. Hal kek stor ni den buleh hendal dgn Salim.
LEMAN: Den pun ingat.. Kalau dapek, den pun nak yo kojo sanun.
SALIM: Buleh.. Buleh. Takdo hal la. Kau jgn risau..
RAZAK: Tapi nanti kito jadi beronggang pulak. Dah lamo kito ni, buek apo pun sesamo.
AMRAN: Ala.. Tak ke mano la takat kojo kek Bahau tu.
SALIM: Ontah eh.. Lain la kalau kau kojo Kentaki kek Amerika. Mesti den rindu kek kau nanti. Kah kah kah..
AMRAN: Nanti semayang Maghrib kek surau, nampak yo balik batang idung kau. Takdo eh ronggang namo eh tu doh.
SALIM: Lagipun ekau mo Leman. Den mo Amran.. Bukan masing2 buek hal memasing.
LEMAN: Den dah koba kek omak den tadi. Dio tak kisah.
RAZAK: Omak den pun tak kisah.
SALIM: Ok la tu. Poi yo la.. Peluang bukan selalu datang.
AMRAN: Esok den poi hantar gotah sensorang la. Nak biaso an diri.
RAZAK: Perli ko tu..? Kalau camni den pun tak jadi la kojo Kentaki.
AMRAN: Eh.. Perli apo lak? Den serius ni.. Hahaha..

Tak kira walau bagaimana cara sekali pun, Amran kena pastikan Razak tidak mengiringinya ke Terachi esok.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now