Segala yg dirancang berjalan lancar. Malah bagi Amran, terlalu lancar. Seakan2 semua laluannya dipermudahkan.
Pakcik Alias berada di rumah ketika rombongan Haji Murad yg dipandu oleh Amran tiba. Walaupun sedikit terkejut, namun hasrat rombongan itu dengan mudah difahami oleh Pakcik Alias dan Makcik Rashidah. Mereka turut menyatakan sokongan sepenuh hati.
Makcik Rashidah yg berseloroh kononnya rombongan dari Senaling itu datang meminang Rosmah utk Leman membuatkan hal skandal Leman dan Rosmah tidak lagi menjadi rahsia. Tanpa segan silu, apabila Pakcik Alias mengarahkan Rosmah memberitahu hal rombongan merisik Kak Sakinah itu kepada Imam Ramli, Leman menawar diri utk menemankan.
Makcik Rashidah menambah kuantiti sajian makan tengah hari keluarganya utk menjamu tetamu2nya. Maka mereka semua makan tengah hari di rumah Pakcik Alias sebelum berarak pula ke masjid. Di masjid, mereka berkenalan dgn Imam Ramli yg sudah sedia dimaklumkan tentang hasrat Haji Murad merisik anak perempuannya. Nyata Imam Ramli sangat menyambut baik hasrat rombongan. Namun mereka tidak berbicara panjang. Semuanya akan disambung di rumah semasa menjalankan adat merisik nanti.
Selesai solat Zohor, mereka kembali ke rumah Pakcik Alias utk membuat persiapan. Rombongan Haji Murad dikepalai oleh Pakcik Alias sendiri. Memandangkan tiada ahli rombongan dari kalangan wanita, Pakcik Alias mencadangkan supaya Makcik Rashidah tidak ikut serta. Namun Makcik Rashidah tetap ingin turut serta. Dia akan masuk ikut pintu belakang, sekadar utk dengar2 isi perbualan sahaja katanya.
Kehadiran rombongan Haji Murad disambut mesra oleh Imam Ramli. Sebaik mereka melabuhkan punggung di atas tikar yg terbentang di ruang tamu, mereka dihidangkan dgn minuman dan makanan ringan.
Memandangkan duduk perkara sudah sedia Iman Ramli dan keluarganya maklumi, proses merisik menjadi mudah. Kedua2 pihak terus rancak berbual utk mengenali bakal menantu masing2. Hasrat rombongan Haji Murad diterima sepenuh hati oleh Imam Ramli dan keluarganya.
Hampir pukul 4 petang, barulah perkumpulan rombongan merisik itu ditamatkan. Memandangkan mereka tiada membawa apa2 sebagai tanda, Haji Murad memutuskan akan datang semula ke rumah Imam Ramli minggu hadapan utk menghantar tanda serta membincangkan hal2 selanjutnya tentang majlis pertunangan dan seterusnya pernikahan. Dia akan membawa rombongan dari kalangan ahli keluarganya utk menjalankan semula proses merisik dgn cara yg lebih betul mengikut adat.
Di dalam van, hal risikan yg baru berlalu tadi masih menjadi topik bualan anggota rombongan. Amran menumpukan perhatian kepada pemanduannya sementara rakan2nya yg lain senyap sahaja, tidak mahu mencelah perbualan org tua2 yg lain. Hampir sampai ke simpang masuk kampung, barulah Amran bersuara.
AMRAN: Nak hantar balik rumah masing2 ko ni, acik2?
TUK SAID: Dah nak masuk Asar ni. Kito toruih poi surau la.