basikal tua yg baru bertukar tangan dari Pakcik Manaf kepada kumpulan kutu rayau itu selamat diletakkan di bawah rumah Salim. Salim minta tempoh dua hari untuk mengerjakannya serta dana 15 ringgit sebagai pendahuluan.
"Man, den ghaso macam tak adil pulak.." kata Amran tiba2 semasa mereka duduk berkumpul di bawah rumah Salim mengelilingi basikal tua mereka. Leman yg baru sahaja menyerahkan wang sepuluh ringgit kepada Salim sebagai modal untuk membaiki basikal terpinga2 mendengarkan kata2 Amran. begitu juga dengan Razak. bagi Salim pula, dia seolah2 faham maksud Amran.
"alak?" tanya Leman ringkas. Amran tidak segera menjawab. beberapa kali dia menarik dan melepaskan nafas yg berirama kekesalan.
"banyak bona kau keluar modal ni.." ada lagi yang mahu Amran bicarakan. tapi lidahnya kelu. dia kelu dan malu. Leman menyumbang modal terbesar, Razak turut menyumbang lima ringgit, manakala Salim menyumbang kepakarannya membaiki basikal di samping kejayaannya semasa proses tawar menawar pembelian basikal.
"den...." tak sempat Amran meneruskan kata2nya, Leman menepuk bahu Amran dan terus dengan perlahan mengurut2 bahu rakannya itu.
"sebijik biska ni tak cukup nak bawak kito ompek org poi Bahau. biska yg satu lagi, tersorah kek kau utk uruskan. buleh tak?" kata Leman. jemarinya masih mengurut bahu Amran dengan mesra.
sedikit sebanyak geli geleman pula Amran rasa bila diurut begitu. tapi dia dapat merasakan keikhlasan Leman. matanya dialihkan kepada Salim dan kemudian Razak. Salim dan Razak turut memandangnya. melihatkan rakan2nya, Amran hampir rasa nak melelehkan air mata.
"biska yg satu lagi, tersorah kek kau..." kata2 Leman itu terus terngiang2 dalam kotak fikiran Amran sepanjang perjalanan pulang ke rumah petang itu sambil disulami dengan bayangan basikal Tuk Said yg ditunggangi oleh anak dara beliau. matanya juga meliar melihat2 kalau2 ada Fariha dan kawan2nya bersiar2 keliling kampung namun hampa.
"biska yg ke duo, sorah kek den!" Amran mengingatkan diri sendiri. azamnya kian membara walaupun dia masih belum dapat merangka strategi untuk merealisasikannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)