Masih ada hampir satu jam sebelum Amran perlu berangkat ke surau untuk melaksanakan tugasnya sebagai bilal. Seingatnya, sejak dilantik dia tidak pernah lagi melaungkan azan untuk Zohor atau Asar di surau itu. Semasa makan, Pakcik Latif ada mengingatkannya.
Sementara menunggu sampai masa yang sesuai, Amran duduk bersidai di tangga dapur memerhati Nora yang sedang membasuh pinggan mangkuk menggunakan air paip di tepi bilik air. Fikirannya melayang pula teringatkan Salim. Hatinya tertanya2, apakah Salim menyimpan hati pada adiknya? Begitu juga dengan Nora, adakah dia juga menyimpan hati pada Salim? Kalau pun benar, apa salahnya? Sedikit sebanyak, Amran menyesali tindakan kasarnya terhadap Salim semalam. Namun secara jujurnya dia mengakui kekusutan fikirannya ketika itu bukan berpunca daripada Salim dan Nora, tetapi Fariha.
"Sroott.." Amran menyedut hidung untuk menarik masuk air hidungnya yg masih cuba keluar akibat daripada sambal gesek super pedas yang dimakannya tadi. Hidangan tengah hari itu terlalu menyelerakan. Kalau Tuk Said lalu di depannya pun, Amran akan buat tak nampak sahaja. Kalau Fariha yang lalu, tentu dia akan ajak makan bersama. Amran tersengih membayangkan bayangan nakal itu.
"Songeh.. songeh..!" tiba2 Nora lalu di sebelah Amran membawa bersama besen berisi pinggan mangkuk yang baru dibasuhnya. Lamunan Amran terhenti. Amran mengesot sedikit untuk memberi laluan kepada Nora.
"Tengok Ombung tu mak.. Berangan yo kojo eh.." kata Nora bila sudah berada di atas rumah. Amran sekadar mencebik. Malas dia melayan adiknya itu.
"Lantak la deh ai.." jawab Makcik Kiah dengan malas.
"Ingek kek Akak Iha la tu.." sambung Nora. Amran tersentak mendengarnya. Namun dia kelu untuk memberi respon.
"Ekau jgn nak macam2, Bong. Org tu dah nak bertunang dah.." kata Makcik Kiah. Namun dia masih menumpu perhatian melipat kain. Kata2 yg acuh tak acuh itu menunjukkan bahawa dia bukan serius dan tentu dia tak tahu skandal Amran dan Fariha.
"Mano ado.. Ekau ni memandai yo la Udo.." kali ini Amran rasa perlu untuk membela diri sebelum Makcik Kiah mengesyaki apa2.
"Ekau mo Salim tu bilo lak nak bertunang?" sambung Amran.
"Apo Ombung ni? Orang mano ado apo2 mo Abang Salim. Memandai2 yo.." Nora melenting.
"Ekau jangan sibuk nak bercinto lak Udo. Habih an belajar tu dulu!" tinggi sedikit suara Makcik Kiah.
"Mano ado apo2 mak.. Ombung ni memandai buek cerito.." gelabah Nora membela diri.
Amran puas...
