Sedang melilau tercari2 tempat untuk menyendiri, sedar2 Amran sudah berada di simpang keluar kampung. Dia tiada idea ke mana harus dia tuju namun dia tidak memberhentikan kayuhannya.
Amran terfikir untuk ke surau kampung seberang. Mungkin cukup sunyi untuknya bersendirian. Namun sebaik sampai ke simpang masuk kampung seberang, Amran terlupa untuk membelok masuk kerana fikirannya masih kusut dengan peristiwa yg baru berlaku.
Alang2 sudah terlajak, Amran tidak berminat untuk pusing semula. Diteruskan sahaja kayuhannya tanpa sebarang destinasi tertentu menelusuri jalan kecil bengkang bengkok bertar yg tercemar dengan tompokan tahi lembu di sana sini.
Akhirnya Amran sampai ke Pekan Seri Menanti. Tanpa berfikir panjang, dia terus membelokkan basikal masuk ke perkarangan masjid kerana azan Zohor baru sahaja berkumandang di masjid itu.
Selesai solat bersama jemaah masjid, Amran ingin sangat berbaring2 untuk membuat refleksi diri. Namun ramai org2 tua yg masih tidak berganjak dari masjid selepas solat. Amran rasa dia perlu cari tempat lain.
Amran kembali mengayuh basikal tanpa hala tujuan tertentu. Di belakang masjid ialah kawasan perkuburan di raja. Ingin sahaja dia masuk dan duduk2 di pondok yg tersedia di situ tetapi pagarnya terkunci. Maka Amran sekadar menurut gerak kayuhnya sahaja melalui jalan sempit di kawasan ladang kelapa sawit.
Hinggalah Amran sampai ke sebatang sungai. Dilihatnya beberapa orang budak sekolah rendah sedang memancing di situ. Terdetik hatinya untuk berhenti dan menyertai mereka.
"Banyak ko dapek ikan?" tanya Amran tanpa salam, tanpa memperkenalkan diri. Budak2 bertiga itu hanya menjeling sahaja. Mungkin Amran terlalu asing bagi mereka.
"Ado pancing lobih tak?" tanyanya lagi, masih cuba beramah mesra dengan budak2 itu. Budak2 itu masih membisu. Ada tak ada pun mereka hanya berbisik2 sesama mereka.
"Abang ponah dapek baung bosa longan kek sungai ni.." kata Amran lagi sambil menunjukkan lengannya. Budak2 itu sedikit ternganga.
"Iyo ko? Mangai.. bosa eh.." balas seorang dari mereka. Umpan Amran mengena. Dia tahu cara untuk menarik perhatian budak2 walaupun kisah dia dapat memancing baung sebesar lengan itu rekaan semata2.
"Lamo dah.. maso abang bosa2 ekau ni maghin. Sungai ni pun bosa maso tu. Ni dah kocik sikit.." kata Amran lagi, masih dengan cerita rekaannya. Perhatian budak2 itu mula terarah kepada Amran.
"Ekau pakai umpan apo?" tanya Amran.
"Cacing.." jawab seorang budak.
"Pakai cacing, takek ikan puyu buleh la dapek. Cubo pakai buah sawit. Baghu buleh dapek baung godang2. Pancing pun kono la pakai kayu bosa sikit. Kayu haluih macam yg kau pakai ni kut patah." makin panjang Amran menyembang. Budak2 itu pun makin mesra dan berani berbual dengan Amran.
Begitulah Amran menghabiskan masa dengan cerita2 yg bercampur baur antara fakta dan auta sekadar untuk menghiburkan hatinya sendiri. Malah budak2 itu bermurah hati memberikan Amran seutas tangsi dan sebentuk mata kail. Ditambah dengan sebatang kayu, Amran sudah memiliki sebatang pancing.
Bila kedengaran azan Asar, Amran segera ingin meminta diri. Hatinya rasa begitu tenang selepas melayan budak2 sekolah rendah itu memancing. Dia sendiri berjaya menaikkan tiga ekor keli, empat ekor baung dan dua ekor puyu. Semuanya saiz kecil2 belaka.
"Puyu ni kau ambik la.." kata Amran sambil memasukkan puyu yg berjaya dipancingnya ke dalam baldi budak2 itu.
"Abang ambik semilang mo baung ni yo. Ado plastik tak?" tanya Amran.
"Plastik cacing nia ado la. Cacing eh pun dah abih.." jawab seorang budak sambil memegang plastik cacingnya.
"Buleh la.." balas Amran lalu mencapai plastik tersebut dan membasuhnya di sungai.
"Abang balik dulu yo.. Ingat posan abang, balik ghumah kang jgn lupo kirim salam kek kakak masing2. Kato Abang Amran kirim salam.. Hahaha.." pesan Amran sebelum mula mengayuh basikalnya bersama baung dan keli yg masih menggelupur di dalam plastik.
Hatinya terasa tenang. Dia mulai sedar, ada perkara yg tidak perlu dicari jalan penyelesaian sebaliknya masa akan menyelesaikannya dengan sendiri. Bagaimana pun, dia tetap perlu bersemuka dengan Salim atas kekasarannya sebentar tadi. Amran tak tahu sama ada Salim akan mudah memaafkannya atau sebaliknya.
"Semilang mo baung ni.. untuk Salim." katanya di dalam hati.