Dalam gelap, Amran mengayuh dengan sangat perlahan. Walaupun sudah kenal setiap susur yg perlu ditempuhinya, namun jalan tanah merah yg tidak rata itu tetap menjanjikan bencana jika tidak berhati2 melaluinya dalam keadaan cahaya yg terlalu sedikit itu. Rancangan Amran jelas di dalam fikirannya. Dia akan ke stor untuk mencoretkan sedikit nota yg akan ditinggalkan di stor getah Tauke Leong. Nota itu sekadar untuk memberitahu Ai Lin tentang keuzurannya, tidak dapat memenuhi janji untuk berjumpa.
Dengan menggunakan secebis kertas dari atas rak di stor, serta pen yg sememang ada di sana, tidak sukar bagi Amran mencoretkan nota ringkas yg dia pasti akan difahami oleh Ai Lin. Kalaupun nota itu dibaca oleh orang lain, Amran tak peduli. Yg penting dia tak sanggup membiarkan Ai Lin tercongok sendirian menunggunya yg tak akan tiba.
Masa yg bersisa terlalu singkat. Seboleh2nya dia mahu kembali semula ke kampung sebelum Subuh. Dengan itu dia tidak perlu menimbulkan kecurigaan emak dan ayahnya jika mereka mendapati Amran tiada di rumah. Dengan cepat, enjin van dihidupkan. Van diundurkan sedikit sebelum Amran memberhentikannya semula kerana suasana terlalu gelap.
Amran mencari suis utk menghidupkan lampu. Di situ rancangannya terganggu. Dia lupa utk belajar dari Abg Tapa, suis utk menghidupkan lampu. Habis semua butang ditekannya. Dia cuma tahu menghidupkan signal, itu diajar oleh Abg Tapa. Dia tahu memlnghidupkan radio, itu dipelajarinya sendiri. Tetapi, dia tak tahu di mana suis lampu. Mustahil baginya utk memandu dalam gelap tanpa lampu. Peluh mencurah2 di dahi Amran. Dia cuba bertenang. Mungkin kegelabahannya dan ketergesaannya membuatkan akalnya gagal mencari suis penting itu.
Hampir 20 minit Amran mencuba suis itu ini. Semua ditekannya namun lampu masih tidak menyala. Amran juga memeriksa di depan van utk memastikan sama ada van itu dilengkapi dengan lampu atau tidak. Ternyata memang ada. Yg menyala hanyalah lampu signal. Lampu utama masih tak menyala. Amran putus asa. Kesal sangat di hatinya kerana tidak dapat menjumpai suis keramat itu. Penat sudah telinganya mendengar bebelan dari mulutnya sendiri. Amran tak tahu apa hikmahnya dia diuji sebegini. Utk seketika, enjin van masih terus hidup. Amran masih duduk di tempat duduk pemandu. Dahinya menopang badannya pada stering. Dipejamkan matanya utk mencari ilham lain.
Amran gerakkan van ke depan semula. Masuk ke tempat asal letaknya van itu. Enjin dimatikan. Amran masuk semula ke dalam stor untuk menyimpan kunci van. Stor dikunci dan dia mula melangkah longlai pulang ke rumah sambil menyorong basikal. Fikiran Amran kosong. Dia sudah tidak tahu apa hendak difikirkan lagi.
Kalau hendak tunggu siang, tentu sudah terlewat kerana janjinya dengan rakan2 akan berkumpul di stor seawal 7 pagi. Pukul 6:30 mungkin sudah agak terang, namun tidak mungkin dia sempat pulang ke kampung sebelum pukul 7 walaupun dia mengambil jalan ke Terachi melalui pekan Kuala Pilah. Walaupun rakan2nya pasti memaafkan jika dia terlewat beberapa minit, namun mereka pasti akan mempersoal jika tiba2 Amran pulang ke stor dengan menaiki van.
Amran kembali ke perbaringan. Beberapa minit lagi tentu Pakcik Latif akan bangun dari tidur, kalau dia hendak ke surau. Atau mungkin dia akan bangun lewat sedikit kerana hari ini dia cuti menoreh. Begitu yg dikatakan olehnya malam tadi. Amran juga tidak menyembunyikan rancangannya dengan rakan2 utk merayau ke Bahau. Pakcik Latif dan Makcik Kiah tidak banyak soal. Mereka mempercayai Amran, selagi Amran masih bersama rakan2nya itu.
Dari celah bawah pintu bilik Pakcik Latif, Amran dapat lihat cahaya lampu dalam bilik baru dihidupkan. Seketika kemudian daun pintu berkeriut dibuka dari dalam.
PAKCIK LATIF: Dah bangun kau Bong.
AMRAN: Aah bah. Motong tak hari ni?
PAKCIK LATIF: Ontah la. Motong pun elok yo. Tapi leceh lak nak simpan lantun kek rumah.
AMRAN: Potang buleh hantar ke stor bah.
PAKCIK LATIF: Kato cuti..
AMRAN: Takpo la.. Potang kang, puko ompek ko, Ombung ajak la yg lelain bukak stor. Esok baru hantar ke Terachi.
PAKCIK LATIF: Elok yo tu. Rugi lak kalau tak motong. Kang abah koba kek org lain. Tapi boto ko ni?
AMRAN: Boto la bah.
PAKCIK LATIF: Ekau dah bincang ko mo lelain?
AMRAN: Takdo hal tu. Kalau yg lain2 taknak kojo, nak cuti hari ni pun takpo la. Timbang, catat lam buku.. Tu yo. Tak susah kojo eh doh. Ombung sorang pun buleh urus ghaso eh. Lagi baik drpd sumo org kono cuti motong. Rugi..
Pakcik Latif menyetujui cadangan spontan Amran. Dia terus ke bilik air utk mandi dan bersiap2 ke surau. Sejak akhir2 ini surau agak meriah. Sejak tragedi pembongkaran penipuan Ah Tong, penduduk kampung dilihat semakin bersatu. Bukanlah maknanya selama ini mereka sering berpecah belah, cuma kejadian besar itu membuka ruang untuk setiap penduduk saling memerah akal dan keringat untuk membela nasib sendiri.
AMRAN: Bah.. Ombung tak poi surau yo.
PAKCIK LATIF: Apo lak?
AMRAN: Porut ghaso tak seleso la. Kut jumpo Salim ko, Ajak ko, Leman ko karang, koba kek dio, jumpo kek stor yo la yo..
PAKCIK LATIF: Yo lah.. Jadi la poi Bahau kang ni?
AMRAN: Jadi bah..
PAKCIK LATIF: Elok2 bawak kereto. Kereto org tu. Ekau tu dah la tak berlesen.
AMRAN: Insyaallah bah..
Amran mendapat akal yg mungkin boleh membawanya ke Terachi. Untuk melaksanakannya, Amran tidak dapat pergi ke surau untuk Subuh.
![](https://img.wattpad.com/cover/190964024-288-kabc884.jpg)