"Acik Manap ghumah topi kubur tu ado bangkai biska. den tengok buleh repair laie. dio nak tolak lapan inggit. tawar punyo tawar, dio buleh bagi onam inggit. camno, berani?" Salim mengusulkan hasil pencariannya pada mesyuarat hari ke tiga di beranda surau.
"kos repair agak2 berapo tu?" tanya Amran.
"rim dgn rangko ok lagi. gosok2 sikit bagi kilat yo. tayar dgn tiub kono tukar dopan belakang. rantai pun kono tukar. brek buleh pakai laie. tu yo. agak2 duo puluh inggit kot. kalau ado modal eh, den buleh repair sendiri. modal tinggi sikit, tapi biska ni dah jadi kito punyo. sonang kito nanti." balas Salim beserta dgn rancangan masa depannya.
semua ahli mesyuarat terdiam seketika. masing melayan fikiran mempertimbangkan usul Salim.
"jumlah eh duo puluh onam inggit la yo tak? den ado limo inggit" kata Razak memecah kesunyian. semua mata memandang Razak. jumlah itu terlalu jauh dari sasaran.
"den ado tujuh boleh inggit" kata Leman pula. semua perhatian teralih kepadanya dengan sedikit tercengang.
"kan omak den bagi sepuluh inggit maghin. duit simpanan den ado la dlm tujuh inggit lobih kurang." sambung Leman menjelaskan tanda tanya rakan-rakannya.
"cantik la tu. tapi baru duo puluh duo inggit. den memang kosong. takdo duit langsung." kata Amran pula. perhatian terus dialihkan kepada Salim.
"den pun kosong" kata Salim.
"apo2 pun, kito boli dulu bangkai biska tu. buek dulu apo2 yg patut. dgn biska tu nanti, lagi sonang kito nak kumpo modal. pakai duit den dulu takpo" cadangan Leman itu memang sangat dipersetujui oleh jemaah mesyuarat.
dengan segera mereka beriringan ke rumah Leman. perjalanan mereka ke rumah Leman melalui rumah ketua kampung. Amran tak dapat menahan dari menjeling ke arah rumah itu. kelihatan basikal Tuk Said yang selalu digunakan oleh Fariha untuk jalan-jalan meronda kampung bersandar elok di tepi tiang rumah.
"itu biska yg ke duo.." bisiknya kepada diri sendiri.
"apo?" tanya Salim yg berjalan di sebelah Amran. dia sedikit terdengar bisikan Amran tadi.
"apo yg apo? mano ado apo2.." Amran cover line.
dari rumah Leman, mereka terus beriringan ke rumah Pakcik Manaf. hampir sampai ke rumah Pakcik Manaf, dari jauh mereka dapat lihat Pakcik Manaf sedang memegang bangkai basikal buruknya. di hadapannya berdiri seorang lelaki Cina di sisi sebuah lori. mereka kenal sangat lelaki Cina itu. Ah Tong, pemungut barang lama.