Part 152 : LAGI LAGI LIN

132 0 0
                                    


Topik perbualan mereka agak berbeza iklimnya pagi ini. Berita yg disampaikan oleh Abg Tapa malam tadi membawa impak yg sangat besar. Ada baik, ada juga buruknya.

Ikutkan rancangan asal Abg Tapa, mereka masih boleh bekerja di stor. Cuma urusan penjualan ke kilang diserahkan kepada Ah Tong. Dengan itu boleh menutup ruang kepada Ah Tong untuk mengelentong.

Namun, rancangan mereka berempat utk menerima tawaran kerja di KFC turut mendapat sokongan Abg Tapa. Oleh itu, Abg Tapa mencadangkan hal membawa Ah Tong masuk semula ke kampung perlu disegerakan, sementara tawaran kerja di KFC masih belum diterima. Menurut rancangan mereka, Abg Tapa akan menerangkan tentang rancangan itu di surau selepas maghrib malam ini.

AMRAN: Patut jugak kalau ado sekurang eh sorang tingga sini, nengok2 an Atong tu. Takut terkono lagi sekali yo.
SALIM: Boto tu.
LEMAN: Tapi sapo nak tingga?

Masing2 mengunci mulut. Dan sebenarnya masing2 faham apa yg masing2 fikirkan.

RAZAK: Dah la woi.. Tak payah nak berdrama la. Apo kito nak buek pun, samo2. Paling baik skrg ni, samo2 poi kojo Kentaki.
AMRAN: Boto tu. Tapi hal stor ni nak ditingga an yo ko?
RAZAK: Den pecayo org kampung akan setuju dgn Abg Tapa. Kalau sumo sepakat, ado la jalan eh nanti tu.

Menjelang tengah hari, ramai org kampung datang menjual getah. Sempat juga rakan berempat itu menimbulkan isu harga getah akan dinaikkan di stor mereka. Namun, penerangan lanjut perlu tunggu lepas maghrib nanti, Abg Tapa akan menerangkannya.

Hari ini hanya satu trip akan dijalankan ke Terachi. Jika ada lagi penduduk kampung yg datang menghantar getah, getah itu akan disimpan hingga esok. Leman menemankan Amran ke Terachi utk menjual getah. Di stor Tauke Leong, mereka bertemu pula dgn Pakcik Alias yg sedang menjual getah.

PAKCIK ALIAS: Lamo jugak tak jumpo yo.
AMRAN: Aah la.. Acik nampak makin mudo lak skrg ni.
PAKCIK ALIAS: Hahaha.. Buek lawak lak kau jang.
LEMAN: Acik Idah sihat?
PAKCIK ALIAS: Sihat yo macam biaso. Tanyo an Acik Idah yo ko?
LEMAN: Hee.. Ros sihat?
PAKCIK ALIAS: Tak berapo sihat. Domam rindu keteh. Rindu kek sapo ontah la tu.
AMRAN: Hahahahahaaa.. Tak lain tak bukan, mesti dio rindu kek ese tu cik..
PAKCIK ALIAS: Hahahahaa..

Leman tarik muka masam. Pertemuan dengan Pakcik Alias singkat sahaja. Mereka perlu segera pulang. Kedua2 Amran dan Pakcik Alias masing2 ada tugas yg sama yg perlu mereka uruskan lantaran masing2 adalah bilal di tempat masing2.

AMRAN: Pasal Ros tu, kau serius kan, Man?
LEMAN: Aah.. Omak ayah den pun dah tau.
AMRAN: Elok la tu. Acik Iyeh mo Cik Idah pun suko kau. Yg lobih ponting, Ros pun suko kau. Untung la..
LEMAN: Harap2 eh camtu la..
AMRAN: Kalau dah jodoh, tak ke mano.
LEMAN: Boto tu.
AMRAN: Kalau dah ditotap an jodoh tu, lari ke mano pun akan betomu jugak. Kalau dah bukan jodoh, ado dopan mato pun tak betomu.
LEMAN: Ekau bilo nak cerito pasal Lin ni? Misteri boto.
AMRAN: Errkkk...

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now