PART 42 : ANGKUT-ANGKUT

221 1 0
                                    


Awal2 pagi sebelum Subuh mereka berempat sudah berkumpul di rumah Amran. Selepas latihan kompang malam tadi, mereka terlebih dahulu mengangkut beberapa peralatan dari rumah Pakcik Borhan dan Pakcik Wahid. Mesin pengisar ais, mangkuk dan sudu plastik, dapur dan arang, semuanya dikumpulkan di rumah Amran memandangkan rumah Amran paling hampir dengan surau yang menjadi lokasi pertandingan kompang.

"Kito angkut dulu barang2 ni sumo. Karang lopeh sembahyang Subuh kek surau, baru kito setting goghai." kata Amran. Rakan2nya mengangguk tanpa bantahan.
"Mesin air batu ni kono angkek duo org. Kito angkek beduo, Lim.." katanya lagi sambil mengerling Salim.
"Buleh.." jawab Salim.
"Ajak mo Leman naik biska. Jinjing dapur, mangkuk dgn arang ni sekali. Buleh tak?" arah Amran kepada Leman dan Razak.

Razak duduk atas basikal. Leman membonceng di belakang. Salim hulurkan dapur kepada Leman lalu Leman memeluknya dengan kemas menggunakan tangan kirinya. Tangan kanannya pula menjinjing bungkusan berisi arang. Sementara bungkusan plastik berisi mangkuk dan sudu diletakkan di atas palang depan basikal, dipeluk oleh Razak dengan tangan kirinya.

"Buleh ko tu?" tanya Amran. Dilihatnya basikal mereka seolah2 terlebih muatan.
"Den ok yo.." balas Razak.
"Ekau ok tak Leman?" tanya Razak sambil menjeling ke arah Leman di belakangnya.
"Takdo hal.." jawab Leman, ringkas.
"Kut dah ok, kau jalan dulu. Kojap laie den menyusul.." kata Amran. Maka, berlampukan sinaran bulan mengambang 14, Razak memulakan kayuhannya ke arah surau yg terletak lebih kurang 500 meter dari rumah Amran.

Amran dan Salim terkial2 mencari posisi paling sesuai untuk mereka mengangkat mesin pengisar ais itu. Malam tadi mereka bawa mesin itu dengan meletakkannya di atas carrier basikal dan basikal disorongkan sahaja dari kedai Pakcik Borhan ke rumah Amran.

"Silap taktik ni.." kata Amran.
"Patut eh kito buek macam malam tadi. Mesin ni patut naik biska. Yg lain2 tu sumo eh ringan. Ni yg paling boghek sekali." sambung Amran.
"Dah la payah nak pogang. Nak melangkah pun payah." Amran membebel menyesali kesilapan rancangannya. Mesin yg seberat 30kg itu sangat membebankan kerana tiada pemegang yg khusus untuk mengangkatnya. Belum pun sampai 50 meter mereka berjalan, nafas Amran sudah mula turun naik dengan laju.

Berbalam2 di bawah cahaya bulan, kelihatan bayangan manusia tidak jauh di hadapan mereka. Bayangan dua orang berdiri dengan sebuah basikal ditongkatkan di sisi mereka.
"Macam Ajak dgn Leman.." fikir Amran di dalam hati.
"Tu macam Ajak mo Leman.." bisik Salim. Ternyata dia juga berfikiran yg sama dengan Amran.

"Woi, Ajak..!" jerit Salim ke arah bayangan manusia itu.
"Woi, Salim!" sahut bayangan tersebut dengan suara yg Amran dan Salim sangat kenal, suara Razak.
"Copek la ke senia ha.." kata suara yg lagi satu, yg juga mereka sangat kenal, suara Leman.

Rupanya Razak tak berani menunggang basikal dalam gelap dengan hanya diterangi cahaya bulan yg terlindung di celah pokok2 besar di tepi jalan bersama beban yg terlebih muatan itu. Sebab itu mereka berhenti di tepi jalan untuk menunggu Amran dan Salim. Mujur juga bagi Amran dan Salim yg kian tercungap2 dan perit tapak tangan mereka mengangkat mesin kisar ais itu.

Maka posisi mereka seterusnya hingga sampai ke surau berubah. Amran sorong basikal, Salim memegang mesin kisar ais yg diletak di atas carrier basikal untuk mengimbangkannya, Razak menjinjing bungkusan mangkuk dan sudu plastik, dan Leman menjinjing dapur serta bungkusan arang.

Amran dan Rakan-rakanWhere stories live. Discover now