...sambungan Bab 1

38 10 0
                                    

.

.

DILAN tersenyum apabila memikirkan tentang kejadian tujuh bulan yang lepas. Sekarang ini, dia sedang menyusun dan mengemas barang-barang di dalam kafe itu. Esok adalah hari pembukaannya. Makin berdebar dia dibuatnya.

             “Ah, penatnya.” Keluh seseorang dengan berat. Dia duduk di atas kerusi kafe itu untuk sementara.

             “Baru sikit dah penat, kau baru datang kut.” Marah kawannya, Mior.

             “Biarlah, aku yang rasa penat bukannya engkau.” Marah seseorang itu atau Nik sambil memuncungkan mulutnya.

             Mereka berdua telah menjadi pekerja separuh masa di kafe milik Dilan itu. Mereka sedang melanjutkan pelajaran di UKL yang berada di KL, dan perlu menaiki LRT jika mahu ke kafe ini. Tetapi, ia hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja.

             Sekali lagi, Nik dan Mior dapat bersama-sama. Jodoh berkawan mereka memang kuat sehingga dapat membuatkan orang sekeliling mereka cemburu dengan mereka.

             “Maaflah, korang tak datang pun tak apa sebab dah ada Amir dan Niel yang tolong.”  Celah Dilan sambil membawa mesin pembancuh kopi ke ruangan khas untuk membuat air.

             Dilan menggunakan duit simpanannya untuk membeli sebahagian barangan di kafe itu. Ia tidak murah, tetapi sangatlah berbaloi untuk dibeli. TS Mazhe telah menaja pembinaan kafe ini, jadi dia juga patut memberi sumbangan yang sama. Lagipun, ini ialah kafenya, maka dia juga perlu mengeluarkan duit untuknya.

             Sampai sekarang, dia masih tidak percaya TS memberi kepercayaan kepadanya untuk menguruskan kafe ini. Malahan, TS juga telah memberi sokongan penuh kepadanya. Tetapi, dia tetap rasa tidak sedap hati dengan kata-kata orang. Mesti mereka fikir dia dapat semua ini kerana berkawan dengan anak TS, Khai.

             Kemudian, kelibat Amir memasuki kafe itu sambil membawa beberapa plastik makanan, Niel pula membawa air sejuk untuk mereka. Mereka berdua keluar sekejap kerana mahu membawa makanan dari rumah Khai dan Ayumi. Khai dan Ayumi menempah makanan khas untuk mereka, tetapi mereka tidak dapat ke situ kerana ada sidang media selepas ini.

             Ayumi dan Khai telah membuka anak syarikat dari AIP Groups juga. Anak syarikat untuk diusulkan oleh Khai kerana dia mahu membina produk kosmetik milik dia dan Ayumi. Jenama produk kosmetik itu ialah ‘Khami’ hasil dari gabungan nama Khai dan Ayumi.

             Ayumi sukakan eksperiman dan mempunyai kemahiran Biokimia dan Teknologi, jadi dia menggunakan kemahiran itu untuk membuat kosmetik yang selamat dan halal digunakan. Henna sekarang bekerja di bawah Ayumi dan berada di bahagian makmal, sama macam Ayumi. Khai pula menjadi ketua eksekutif (CEO) anak syarikat tersebut.

             Selain bekerja di makmal, Ayumi juga menjadi model untuk produknya sendiri. Berbekalkan muka yang cantik itu telah melayakkan Ayumi untuk menjadi model seperti para artis yang lain.

Mazhe dan Khai lebih suka menggunakan model yang mereka rekrut sendiri kerana tidak mahu kejadian lepas berulang kembali yakni semasa TS Mazhe memberi kontrak pemodelan kepada seorang artis dan model profesional. Ada masalah yang timbul apabila merekrut mereka berdua. Jadi, sekarang mereka lebih berhati-hati.

             Amir juga sedang melanjutkan pelajaran, tetapi di UTKL, yang juga berada di ibu negara. Dia juga adalah penolong pengurus kafe ini, semuanya kerana Dilan mahu Amir menolong dia membuat kerja-kerja pengurusan di kafe. Jadi, Amir akan berulang-alik dari universiti ke sini pada setiap hari kerana dia tinggal di rumah sewa yang sama macam Dilan.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now