...sambungan Bab 13

25 7 0
                                    

...

KINO melepaskan beberapa tembakan angin ke arah lima sasaran yang berbentuk manusia di depannya. Tembakan angin itu sangat laju, jadi ia dapat menembusi sasaran-sasaran yang dia buat sendiri pada sebelum ini.

Lagi lima bulan, ujian kemasukan itu akan dijalankan. Jadi, dia perlu bersedia dan menjadi lebih kuat berbanding dulu. Keluarganya bukanlah orang yang senang, jadi dia tidak dapat memasuki Pusat Latihan di bandarnya itu.

Sekarang ini pun, keluarganya berhutang dengan Biro Pendidikan Kerajaan Exportania kerana mahu menampung pembelajarannya di APIO Exportania. Jadi, dia tidak boleh biarkan keluarganya berhutang lagi, malah dia perlu pastikan dia berjaya di dalam UKPI supaya dia dapat menjadi warga Istana Kastellac atau Kastelhike kalau dia cemerlang dalam UKPI.

Lagi bagus kalau dia mendapat surat tawaran atau rekomendasi dari Istana Kastelhike kerana ia bermaksud keputusannya sangat bagus semasa di APIO Exportania dan ketua di istana Kastelhike mahukan dia. Apa yang dia perlu lakukan ialah lulus UKPI dan jika itu yang berlaku, maka secara automatik dia akan terus terpilih menjadi AB atau PK ketua itu, itupun jika jawatan PK mempunyai kekosongan.

UKPI mempunyai dua tempat; UKPI yang berlangsung di Qourtfel atau stadium pertempuran terbuka hanyalah untuk perlawanan kelayakkan rakyat biasa dan pelajar Akademi Pertahanan Istana Olienpiece (APIO) untuk memegang jawatan dalam istana Kastel. Qourtfel terdapat di ketujuh-tujuh kerajaan dan berdekatan dengan istana kastel masing-masing.

UKPI yang berlangsung di Kourtfil atau stadium tertutup adalah untuk pegawai dalam istana berlawan supaya dapat memegang jawatan yang lebih tinggi. Stadium tertutup ini dipanggil Kourtfil dan hanya boleh dimasuki oleh juri tertinggi iaitu Pegawai Paling Berpengaruh di Olienpiece (PPBO).

Ketua-ketua Istana tidak dibenarkan masuk, kecuali Tuanku Ozzette (Ozzack) selaku Ketua Juri dan pegawai-pegawai PPBO yakni raja-raja dari setiap kerajaan, anak beranak mereka dan tetamu jemputan mereka sahaja. Kourtfil pula hanya terdapat di dalam istana kastel kerajaan masing-masing.

Jujukan Ketua Istana Kastelhike (JKIK) dan Barisan Pegawai Istana Kastel (BPIK) dapat memasuki Kourtfil sekiranya mendapat jemputan dari tetamu yang berhormat (seperti Tuanku atau raja-raja).

"Huh!" Kino melepaskan nafas berat selepas berjaya menghancurkan kelima-lima sasaran berbentuk manusia itu. Nafasnya tercungap-cungap kerana kepenatan.

Namun, dia tetap tidak berpuas hati, jadi dia menggunakan kuasa genggaman tanah pula untuk menggenggam sasaran-sasaran yang sudahpun hancur itu.

"Pergi mampus!!! Ahahaha!" setelah itu, dia galak ketawa kerana sudah berpuas hati.

Lantas dia menyeru kuboid-kuboid dari tanah yang terpacak naik dari tanah yang dia pijak itu ke atas langit. Kemudian, dia menggerakkan kuboid-kuboid tersebut mengikut kemahuannya. Jika lawannya ada di tengah, apa yang dia perlu lakukan ialah menggerakkan kuboid-kuboid itu dan mengejar lawannya sehingga lawannya dikepung.

Setelah itu, dia merapatkan semua kuboid dari tanah tersebut dan menghimpit kesemuanya. Jika lawannya tidak dapat mengelak, maka lawannya boleh cedera atau mati. Kino ukir senyuman sinis. Peluh yang menitik di dahi dan pipinya disapu dengan baju di bahagian leher kerana tika itu dia memakai baju tidak berlengan.

Kemudian, Kino dapat melihat bayang burung yang sedang terbang di langit di atas tanah. Jadi, dia mendongak dan dapat melihat burung helang sedang berpusing di atas. Mungkin si helang mula menjumpai mangsanya dan sedang bersedia untuk menyerang atau sedang merangka strategi serangan dahulu.

Kino tersenyum lagi. Lagi lima bulan dia akan tunjukkan kepada semua orang bahawa dia adalah yang terkuat di Olienpiece. Peluh yang menitik di hidungnya disapu juga. Tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil namanya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now