...sambungan Bab 6

34 11 2
                                    

...

TUANKU Ozzack mengetuk permukaan meja di dalam bilik bacaan dengan beberapa jarinya bersilih ganti. Dia sedang gusar apabila memikirkan tentang anak Putera Mazhe yang baru memunculkan dirinya lebih kurang 3-4 minggu yang lepas di tempat hukuman di dalam Kastelhalia.

Sekarang ini, Raidez sedang lumpuh kerana serangan dari bekas Jeneral Agnes. Kenapa dalam masa-masa penting macam inilah segala apa yang dia dan Raja Zach bina selama ini hancur seperti debu? Dahlah amat susah untuk mereka menghasilkan semua ini.

Mereka sudahpun berada di peringkat akhir dan sudah bersedia untuk menyerang Olienpiece dari dalam, tetapi kalau keadaannya macam ini, maka mereka tiada harapan untuk menang peperangan akhir ini. Peperangan akhir huh?

Cis! Cis! Ozzack mendecis di dalam hatinya dengan banyak kali. Mana pula cucu abang kembarnya pergi selama 4 minggu ini? Mereka sedang merancangkan sesuatu di belakangnyakah? Sebaik sahaja budak itu menjejakkan kaki ke sini, dia pasti dia akan membunuh anak itu supaya keturunan Ozzette berakhir dengan budak itu!

Kemudian, dia mendengar pintu biliknya dikuak. Hanya seorang sahaja yang berani membuka pintu itu tanpa mengetuknya; siapa lagi kalau bukan anak kandungnya iaitu Putera Angkat Muez.

"Ada apa-apa berita mengenai budak itu ke?" soalnya garang.

"Tak ada ayahanda."

"Cis!" sekali lagi dia mendecis.

Dia mencari budak itu sekarang kerana kalau boleh dia mahu terus membunuhnya. Dia baru mendapat arahan itu daripada Raja Zach seminggu yang lalu. Oleh itu, mereka sedang menghantar beberapa pengawal dan hamba abadi Raidez untuk mencari susuk budak lelaki itu di bumi. Tetapi, ia tidak pernah membuahkan hasil. Ak! Adakah budak itu sudahpun berada di Olienpiece? Ya juga, dia juga patut mengerahkan orang mencari budak itu di Olienpiece kan?

"Kerahkan orang cari budak itu di Olienpiece. Mungkin dia sudahpun berada di sini."

"Baik ayahanda. Macam mana dengan Ketua Hash?"

"Kenapa dengan Ketua Hash?"

"Mungkin kita patut suruh dia mencarinya di bumi dengan menggunakan nama Putera Mazhe? Anakanda yakin, Ketua Hash pasti senang dalam mencari keberadaan Putera Mazhe di bumi memadangkan Ketua Hash mungkin sudah terbiasa dengan keadaan dan tempat di bumi."

Ozzack berpaling ke arah anaknya itu dan tersenyum sinis. "Bijak! Kenapa baru sekarang kamu memberikan idea ini? Panggil Ketua Hash menghadap ayahanda sekarang!" arahnya tegas. Muez mengangguk faham dan berlalu keluar kerana mahu memanggil Ketua Hash pulang ke istana semula.

Ozzack tidak pernah tahu yang Hash sudahpun menemui Putera Mazhe di bumi kerana sebelum ini dia tidak pernah memerintahkan Hash untuk mencari Putera Mazhe pun, malah dia langsung tidak pernah bertanya mengenai Putera Mazhe di depan Hash setiap kali Hash turun ke bumi untuk sebulan dalam masa 6 bulan sekali. Yalah, buat apa dia mahu mengetahui tentang anak musuhnya, kan. Dia kalau boleh tidak mahu anak kembarnya kembali ke Olienpiece pun.

Dan itu adalah sebab Hash menyembunyikan info tentang Mazhe daripada Tuankunya dan dia bersyukur dia melakukannya. Rupanya itulah hikmah dia langsung tidak menyuarakan pertemuaan dia dengan Mazhe kepada Raja Ozzack yang sedang menyamar menjadi Tuanku Ozzette.

...

HASH sedang memerhatikan Tuan Puteranya yang sedang berdiri di tepi kolam yang terdapat di sebelah rumahnya itu. Sekarang tibalah masanya Tuan Putera belajar untuk mengawal kuasa unsur.

Pada sebelum ini, Hash telah menyuruh Mirza mengawal kuasa angin, api dan tanah. Namun, ketiga-tiganya seperti bukan kuasa 'Unsur Azali' milik Tuan Puteranya. Jadi, air adalah pilihan terakhir yang mereka ada sekarang.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now