...sambungan Bab 50

13 2 0
                                    

...

TEPAT pukul 6.30 petang, Mirza dan yang lain bergerak ke kediaman utama istana semula kerana waktu kerja mereka sudah habis.

"Kenapa Cik Momo bertemu dengan kau tadi, Mirza?" soal Kino di dalam kevera dengan selamba.

"Ya, Mirza. Dia ada cakap apa-apa ke? Tak sedar ke yang dia telah menipu awak Mirza." celah Julie pula ingin tahu.

"Aaaaah...." tetapi, tiba-tiba saja Jora mengeluh panjang. Mirza masih tenang seperti selalu, tetapi disebabkan telah mendengar keluhan panjang dari Jora, maka dia mengerling ke arah Jora yang kini duduk di sebelahnya.

"Kau ni dah kenapa?" giliran Lais pula untuk menyampuk.

"Tak, saya masih tidak biasa mendengar korang menggunakan panggilan tidak rasmi kepada Tuan Putera. Aaaah...Ah! Tapi, ia tidak bermaksud saya tidak bersetuju dengan permintaan Tuan Putera, mahupun mengingkari arahan Tuan Putera, saya cuma...tak biasa lagi." jelas Jora, mengeluh sekejap dan apabila tersedar yang Tuan Putera ada di sebelahnya, dia berpaling ke arah Mirza lalu memberikan penjelasan.

Mirza hanya mengangguk faham. Dia tahu antara pengiring-pengiringnya ini, hanya Jora saja yang...normal. Nasib baiklah masih ada juga yang normal dalam kalangan pengiringnya itu. Lais kelihatan normal, tetapi sebenarnya dia tidak normal, sama macam Julie dan Kino. Bersama-sama mereka hampir 3 bulan telah membuatkan dia hampir dapat mempelajari sifat dan sikap mereka.

Rein sama seperti Jora, tetapi Rein lebih tenang dan tidak mudah menggelabah. Kadang-kadang bersama-sama dengan Rein mengingatkan dia kepada Dilan. Mungkin sifat dan sikap mereka hampir serupa. Fikir Mirza.

"Dia tawarkan diri dia untuk jadi calon isteri saya." Balas Mirza dengan wajah tanpa ekspresi.

Ha!?

Apabila mendengar jawapan Mirza, rahang mereka terbuka sedikit kerana kaget. Setelah apa yang berlaku antara mereka, Cik Momo mahu menjalinkan hubungan dengan Tuan Putera semula? Dia yang 'mensia-siakan' Putera Mirza bukan?

"Ja-jad-jadi Tuan Putera bersetuju ke?" soal Jora ingin tahu. Mirza menggelengkan kepalanya.

"Tidak." Balas Mirza ringkas.

Julie dan yang lain terus menghembuskan nafas lega apabila mendengarnya. Menjadi isteri kepada Putera Mirza bermaksud, 'majikan kedua' mereka dan mereka perlu berkhidmat untuk 'bakal isteri' Tuan Putera juga.

Tetapi, Cik Momo tadi sangat kurang ajar dengan mereka: sudah dihalang masuk pun masih berdegil, siap mengugut mereka dan menyekat benteng mereka dengan pengawal peribadinya tadi. Cis! Dasar golongan bangsawan kelas atasan!

"Jadi, siapa pilihan awak, Mirza? Tuan Menta ada bagi senarainya kan? Bukan main lagi Tuan Menta menghebahkannya kepada staf JUK tadi sebaik saja keluar dari bilik awak." Kata Lais dengan kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri di dalam kevera yang sedang bergerak itu.

"Ada sepuluh orang. Saya akan buat tiga temu janji dengan mereka jika saya tidak berkenan dengan calon sebelumnya dan yang pertama ialah Puteri Balkis dari Kerajaan Hemifilis."

"Oh." Mereka berempat terus membuat bentuk 'o' dengan mulut mereka.

"Puteri Balkis ya....Hm, itu calon yang baik Tuan Putera. Kalau dia yang jadi Tuan Puteri Mahkota kami, kami bersetuju dengan pilihan itu 100%." Sorak Jora tumpang gembira dengan pemilihan calon pertama dari Menta itu. Puteri Balkis sangat popular dengan kecantikan, kepandaian dan kebaikannya. Sangat sesuai dengan Putera Mirza, bak pinang dibelah dua!

"Betul, betul. Saya juga bersetuju dengan Jora. Puteri Balkis tu cantik, baik, bijak dan nampak sopan je. Sesuai sangat dengan awak, Mirza." Sokong Julie dengan nada teruja.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now