...sambungan Bab 14

18 8 0
                                    

DI RUMAH tumpangan itu, MB sedang merawat luka Mirza di tangan dan bahunya dek kerana berlawan dengan raksasa yang dilepaskan di dalam gelanggangnya tadi. Mirza hanya berdiam diri seperti selalu dan hanya membiarkan MB merawat lukanya itu.

"Macam mana dengan perlawanan tadi itu, Tuan Putera?" soal MB ingin tahu.

"Okey, Alhamdulillah. Tapi, peserta lain nampaknya sangat kuat, terutama Kino memandangkan dia dapat menduduki tempat teratas. Saya tidak pasti saya dapat berjaya ke peringkat seterusnya atau tidak."

MB hanya mengangguk apabila mendengarnya. "Tuan Putera baru saja mendapat kuasa Unsur Asli dan kuasa terbitan, saya harap Tuan Putera tidak terlalu memaksa diri. Mereka di sini dilatih sejak kecil lagi berbeza dengan Tuan Putera. Jadi, janganlah bersedih hati dan berasa kecewa sekiranya Tuan Putera gagal. Tuan Putera dapat ke peringkat ini pun bagi saya sudah cukup menakjubkan. Saya yakin matlamat kita akan berjaya dengan adanya Tuan Putera, dan saya akan sentiasa berada di belakang Tuan Putera untuk mendokong cita-cita kita bersama. Bukan hanya saya, Ketua Hash dan yang lain juga sama. We've got your back and we'll get through this together." Kata MB seolah-olah seperti memberi nasihat dan semangat kepada anak lelakinya sendiri.

Mirza mengangkat muka dan melihat wajah MB buat sementara sebelum ia dikalihkan ke arah lain.

"Terima kasih, MB."

"Makanan petang sudah siap!" kata Liyana dan terus menatang makanan yang dia masak tadi ke atas meja makan.

Rumah tumpangan ini menyediakan kelengkapan memasak, jadi apa yang MB dan Liyana perlu lakukan ialah membawa makanan mentah untuk dimasak sementara mereka berkampung di sini sepanjang perlawanan ini berlangsung.

"Tuan Putera perlu makan banyak-banyak supaya dapat bagi tenaga lebih semasa berlawan nanti. Makan ya, sedap saya masak ni, Aloise si kaki perempuan tu pun selalu puji masakan saya tau." Kata Liyana bangga.

Mirza hanya mengangguk faham. Dia tahu tentang hubungan Liyana, Niel, Lemon dan Aloise yang rapat itu kerana mereka membesar bersama-sama di istana Kastelhalia. Semuanya sudah diceritakan kepadanya.

Malahan, Mirza pasti Liyana sedih dan kecewa apabila dia terpaksa berperang dengan mereka semua nanti, tetapi Liyana cuba menyembunyikan perasaan itu di dalam hatinya. Lagipun sekarang ini, Liyana perlu memilih satu pihak dan sekarang dia berpihak kepada pihak Olienpiece, kepada Putera Mirza sama seperti ibunya.

"Terima kasih, Liyana." Balas Mirza lembut dan berlalu ke sana bersama-sama MB.

Dia memang perlu makan. Setiap kali dia menggunakan kuasanya, dia kehilangan tenaga. Jadi, dia perlu makan untuk mengisi tenaganya kembali. Ia mungkin disebabkan dia masih baru dalam pengawalan kuasa ini dan belum pakar dalam menguasainya, tidak seperti orang lain.

QUE SHYI membetulkan bajunya di tempat penonton orang-orang kenamaan. Gelanggang Qourtfel itu memang menyediakan tempat duduk khas untuk golongan macam mereka. Dia tidak perlu menyembunyikan mukanya di sini kerana kebanyakan orang-orang penting memang akan duduk di situ.

Namun, orang-orang biasa yang melihat mereka tidak tahu siapakah mereka selagi mereka tidak memperkenalkan diri atau menunjukkan pas pengenalan mereka sebagai Ketua Biro di dalam Istana Kastelhike.

"Hash, aku lapar. Belikan aku makanan." Katanya kepada Hash yang sedang duduk di sebelahnya sambil menyilangkan kaki dan tangannya di atas kerusi orang-orang kenamaan tersebut.

"Beli sendiri. Aku bukan PK atau AB kau, Que. Kenapa kau tak bawa AB atau PK kau ke sini?"

"Mereka perlu...buat tugasan aku sekejap. Hehehe."

"Kau...Huh!" Hash terus menggelengkan kepalanya.

"Oh, lihatlah siapa yang berada di sini." Tiba-tiba ada suara yang menegur mereka dengan nada sinis. Que dan Hash terus berpaling ke arah tepi Que.

"Kau! Kau buat apa di sini? Tadi kau tak ada pun." Tegur Que dengan wajah sebal. Dia memang tidak sebulu dengan lelaki lembut itu, lelaki yang dia gelar sebagai 'lalang rumput'.

"Beta baru ada kelapangan setelah menyiapkan tugasan dan kerja beta pada hari ini, tidak seperti orang di sana yang suka meninggalkan tugasan kepada PK dan ABnya." Sindir lelaki itu atau Putera Angkat Bongsu Muqer.

"Orang di sana siapa? Hash? Hash memang macam itu pun!" bangkang Que tidak berpuas hati.

"Hoi! Bukan aku, tapi kaulah. Huh! Selamat petang Tuan Putera." Sapa Hash penuh hormat kepada Ketua Hash. "Jemputlah duduk, Tuan Putera." Kata Hash lagi.

"Terima kasih, Ketua Hash." Balas Muqer dan duduk di kerusi bersebelahan Que.

"Eh, eh kau ni. Boleh tak kau cari tempat duduk lain?" marah Que dan bercekak pinggang.

"Hm? Beta suka duduk di sini, lagipun kita boleh duduk di mana sahaja yang kita suka di sini kan? Tiada nama, nombor atau tempat duduk khas di sini kerana semua kerusi di bahagian ini memang tempat duduk orang kenamaan pun. Jadi, tiada masalah pun kalau beta mahu duduk di sini. Kalau ia menjadi masalah bagi Puteri Que, apa kata Puteri Que berpindah dari kerusi ini dan ke kerusi lain."

"Cis! Heh! Ini juga tempat duduk kesukaan beta, dan bukan beta yang harus berambus, tetapi Putera Muqer yang baru saja datang ke sini! Tapi, tidak mengapalah, hari ini hari yang baik buat beta dan beta mahu menyokong buah hati beta di bawah sana." Kata Que Shyi dengan senyuman manis.

"Buah hati? Tuan Puteri maksudkan...Dia terlalu muda buat Tuan Puteri, dan sangatlah tidak sesuai dengan Tuan Puteri. Dan sebagai bapa saudara dia, beta tidak benarkannya."

"Ada beta kisah dengan kebenaran Tuan Putera? Tak ada kan. Heh! Lagipun, Tuan Putera hanyalah bapa saudara angkat dia saja."

"Hm, beta dan adik-beradik beta telah didaftarkan dibawah nama dan keluarga Tuanku Ozzette, jadi beta sudah menjadi sebahagian dari keluarga baginda. Ertinya, anak Putera Mazhe akan menjadi anak saudara beta. Ah, penatlah sebab tiba-tiba saja kena ajar salasilah keluarga kepada Tuan Puteri Que pula. Tu la, masa kelas Asas Kekeluargaan berjalan, siapa suruh Tuan Puteri tidur di dalam kelas."

"Kau...Mana kau tahu aku tidur dalam kelas tu hah?" duga Que Shyi. Tapi, memang betul pun dia suka tidur dalam kelas Asas Kekeluargaan itu. Hehe!

Muqer hanya mendiamkan dirinya dan mengalihkan pandangan ke arah gelanggang semula. Hm, malas mahu melayan puteri sewel itu. Que Shyi pula sudah bermuncung mulut. Hash hanya mendengar pertelagahan mereka berdua tadi dengan sabar. Dia malas mahu masuk campur kerana mereka berdua memang macam itu sejak dari kecil lagi. Ada sahaja sesuatu yang tidak memuaskan hati masing-masing dan ada saja perkara yang akan dikaitkan untuk menyakitkan hati satu sama lain.

Mereka bertiga tidak membawa PK dan AB pun ke sini dan hanya membawa diri masing-masing saja kerana memerlukan privasi. Mereka datang ke sini pun kerana mahu menyaksikan perlawanan Mirza, Tuan Putera mereka.

Hanya mereka bertiga sahaja yang ada di kerusi orang-orang kenamaan itu. Orang kenamaan yang lain mungkin akan datang pada minggu hadapan kerana perlawanan akhir akan berlangsung pada minggu depan.

Pada hari itu, mungkin Ketua Hazeman, Puteri Anahita, Puteri Avi, Ketua Kerr dan yang lain akan turut hadir kerana mahu melihat prestasi seseorang yang akan menjadi orang bawahan mereka. Malahan, mereka juga mahu melihat peserta rekomendasi yang mereka sudah pilih itu.

...

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now