...sambungan Bab 10

32 9 2
                                    

.

.

.

MATA Zull asyik memandang ke arah luar jendela berpalang besi yang terdapat di dalam bilik penjaranya. Penjaranya itu sudah seperti bilik mewah kerana ia kemas, mempunyai katil yang empuk, meja kerusi, karpet mewah, bilik air sendiri dan sebagainya. Bilik itu sudah diubahsuai tadi kerana mahu memberi keselesaan kepada Zull. Apa pun dia tetap keturunan Tuanku Raisho dan cucu kepada Tuanku Ozzette.

Di tepi kiri Zull adalah dinding penjara, manakala di tepi kanannya pula ialah sel penjara lain. Sel penjara itu dipisahkan dengan palang besi dan di sel sebelahnya agak besar kerana menempatkan ramai banduan.

Zull ditempatkan di Penjara Oskal Bahagian Sayap Kiri Istana. Ia hanyalah satu tingkat dan mempunyai 6 Ruang Tahanan. Setiap Ruang Tahanan ada empat sel penjara. Zull berada di Ruang Tahanan Ketiga; di hadapannya ada dua sel penjara dan disebelah kanannya ada satu sel penjara.

Satu sel penjara di hadapan (belah kanan) dan satu sel penjara di sebelah kanannya agak besar dan menempatkan ramai banduan. Manakala, sel penjara yang berada di hadapannya sama saiz dengan bilik penjaranya dan hanya memuatkan tujuh orang banduan dan semuanya sudah tua. Terdapat laluan pejalan untuk pengawal penjara atau pelawat yang memisahkan sel tahanan yang berada belah depannya itu.

Zull memandang langit malam pada malam itu menerusi ruang-ruang jendela berpalang tersebut. Ia agak tinggi ke atas dan tidak diselindungi dengan bangunan sebelah, jadi dapatlah dia melihat langit atau cuaca di luar.

Banduan-banduan yang terdapat di sel sebelah dan hadapannya asyik memandang ke arahnya. Mereka agak terkejut apabila mengetahui anak lelaki Putera Mazhe memasuki Istana Kastelhike dan dipenjarakan disebabkan oleh Tanda Putera tersebut.

Salah seorang banduan lelaki yang berada di sel penjara sebelah kanannya sedang duduk menyandar ke dinding sel dengan tangannya diletakkan di atas lutut kanan. Kakinya yang satu lagi pula dilunjurkan.

Dia mengerling ke arah lelaki berambut afro yang dikatakan anak Putera Mazhe itu. Kasihan. Bisik hatinya. Istana Kastelhike juga kejam dengan darah daging sendiri? Heh! Dalam sejarah Olienpiece, baginya Tuanku Ozzette adalah Tuanku yang paling kejam dan tak guna! Getus hatinya lagi.

Dia mahu menegur putera yang bernasib malang itu, tetapi dia malas kerana sudah mengantuk. Jadi, dia menepuk kain yang dijadikan sebagai bantal, lalu meletakkan kepala di situ. Sebelum melelapkan mata, dia sempat memandang ke arah kaumnya yang turut dipenjarakan di situ.

Seluruh sel penjara itu adalah dipenuhi dengan kaumnya. Hatinya rasa dicengkam apabila melihat kaumnya itu dihina sebegini. Huh! Sudah 10 tahun dia berada di situ. Dia masuk ke situ semasa berumur 29 tahun bersama-sama keluarganya.

Ayah dan ibunya sudah lama mati dan mati di depan matanya sendiri di dalam penjara tersebut disebabkan sakit tua. Namun, baginya ayah dan ibunya dibunuh oleh pihak penjara kerana mereka tidak membawa doktor mahupun memberikan ubat kepada kedua ibu bapanya. Kejam! Mahu dia bunuh saja mereka semua itu. Tetapi, mereka semua dipakaikan gelang yang menahan kuasa-kuasa mereka itu, Zull juga dipakaikan gelang yang sama.

Ugh! Dia tidak boleh tidur kalau terus begini. Jadi, dia mengalihkan tempat tidur. Dari mengiring ke kiri tadi, dia mengiring ke kanan pula dan semasa melakukannya dia ditegur oleh seseorang.

"Tidak dapat tidur?" tegur seseorang itu kepadanya dari sebelah sel penjaranya.

Alangkah terkejutnya dia apabila ditegur oleh Tuan Putera yang berada di sebelah selnya itu. Kaumnya yang asyik berbual-bual tadi juga berhenti bercakap, lalu mengalihkan pandangan mereka semula ke arah putera yang berambut afro tersebut.

Tadi, mereka memang asyik memandang putera itu, tetapi berhenti melakukannya selepas bosan. Lagipun, putera itu diam tidak terkutik di situ sejak dimasukkan ke dalam bilik penjaranya. Diam dan hanya memandang langit malam. Sejak bila pula Tuan Putera itu bergerak menghampiri sel tahanan mereka?

Lelaki itu atau Maisun memandang Putera Zull dan pandangannya terhenti di situ. Kenapa Tuan Putera tiba-tiba menegurnya? Bukankah tadi Tuan Putera asyik memandang ke arah langit malam?

...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now