...sambungan Bab 3

27 8 0
                                    

...

SEMUA tetamu di dalam majlis itu sedang duduk di tempat masing-masing dan sedang menjamu selera. Namun, ada satu meja yang memang dikhaskan untuk keluarga DS Azhar. Azukri dan Zain bersama-sama pasangan masing-masing sudah ada di meja itu dan sekarang menunggu DS Ima.

DS Azhar tidak dapat menghadiri majlisnya sendiri kerana keadaannya yang tidak mengizinkan walaupun majlis ini dibuat di dalam kawasan rumahnya sendiri memandangkan ia luas. Oleh itu, hanya DS Ima yang menjadi wakil penganjur majlis. Selain menunggu DS Ima, Zain dan Azukri juga sedang menanti kedatangan TS Mazhe.

Pada perjumpaan mereka sebelum ini, TS mengatakan bahawa hari ini ialah hari terakhir untuk tawarannya itu. Jadi, mereka tidak sabar untuk mencapai persetujuan serta menandatangi surat perjanjian.

Mereka berdua telah berbincang dengan Joshua dan Joshua bersetuju untuk memberikan 30% syernya, manakala setiap seorang dari mereka berdua akan memberikan 10% syer milik mereka. Yang selebihnya, mereka akan berbincang dengan kakak ipar mereka, DS Ima sebentar lagi.

DS Ima telah keluar dari rumahnya selepas meminta diri untuk bersiap di dalam biliknya sebentar tadi. Setelah itu, dia ke meja yang dikhaskan untuk dia dan keluarganya semula.

"Sihat ke, Ros, Sofia?" soal DS Ima dengan senyuman lembutnya sambil berlaga pipi dengan isteri Zain dan kemudian dengan isteri Azukri.

"Sihat, Alhamdulillah. Duduklah kak." Pelawa Ros, isteri Zain. DS Ima sudahpun menyapa tetamunya tadi, jadi sekarang dia perlu menyapa kerabatnya pula memandangkan mereka baru sahaja sampai tadi.

DS Ima duduk dan tersenyum gembira apabila melihat adik-beradik abangnya itu. Adiknya tiada di sini kerana tinggal di UK. Di dalam keluarganya, mereka hanyalah dua beradik dan adik perempuannya yang telah menjaga Joshua sewaktu Joshua menetap di UK semasa umur Joshua baru mencecah 11 tahun.

Ibu bapanya juga tinggal di sana memandangkan ayahnya orang sana. Kemudian, suatu kelibat yang sudah dua tahun dia tidak nampak muncul di depan matanya. Oleh itu, Ima terus berdiri, walhal dia baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Tan Sri?" ujarnya dengan wajah berkerut. Senyuman tadi mulai luntur.

"Assalamualaikum." Sapa Mazhe dengan senyuman nipis.

Apabila kelibat yang mereka tunggu telahpun sampai, maka Zain dan Azukri terus berdiri dan berjabat tangan dengan Mazhe. Mereka perlu melayan Mazhe dengan baik kerana Mazhe sudah seperti lombong emas mereka sekarang memandangkan Mazhe bakal menjadi 'pelabur' mereka yang paling berharga.

Tawaran yang diberikan oleh Mazhe sangatlah menarik dan menguntungkan kedua-dua pihak, yalah sekurang-kurangnya mereka masih menjadi pemegang saham syarikat PO Sdn.Bhd itu walaupun tidak sebanyak dahulu, dan masih dapat memegang jawatan yang sama di situ.

"Apa TS buat di sini? Saya tak rasa saya pernah edarkan jemputan kepada TS. Saya tak rasa Joshua juga akan berikannya." Kata Ima sedikit angkuh.

"Mereka yang berikannya." Balas Mazhe selamba dan terus duduk di kerusi kosong walaupun tidak dijemput. Alif turut duduk bersebelahan dengan TS.

Mat telah ditugaskan untuk menjaga rumah istana keluarga TS Mazhe di Kelantan sepanjang ketiadaan TS Mazhe dan Khai memandangkan tiada sesiapa yang tinggal di situ selain orang gaji, pekerja dan pengawal mereka.

Lee dan Roy juga berada di sana kerana Tuan Muda mereka masih belum balik. Kalau diikutkan mereka ditugaskan untuk menjaga Mirza, tetapi memandangkan Mirza masih belum pulang, maka mereka diletakkan di situ untuk sementara.

Roy sudah tidak perlu berada di sisi Khai kerana Khai dan Ayumi boleh menjaga diri mereka sendiri dengan baik sekarang, lebih baik kerana mereka memiliki batu permata Saphira.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now