...sambungan Bab 17

21 4 0
                                    

SELEPAS 5 minit berlalu, giliran Vren dan Gota untuk melawan satu sama lain. Mereka menggunakan masa 38 minit untuk perlawanan tamat dan Vren telah diangkat sebagai pemenangnya walaupun Vren dan Gota sama-sama tercedera parah kerana kedua-duanya ganas dan agak brutal apabila berlawan dengan satu sama lain. Pentas itu juga hampir hancur dibuatnya.

Para petugas memerlukan masa 10 minit untuk membaiki pentas tersebut dengan kuasa mereka. Ia lebih lama berbanding biasa kerana tempat itu agak ranap dan musnah teruk seperti terkena ribut taufan pun ada.

Selepas 10 minit, maka giliran Rein dan Mirza pula mendaki tangga pentas dan kemudian, berdiri di hujung kanan dan kiri pentas gelanggang. Rein berdiri di hujung kiri, manakala Mirza berdiri di hujung kanan.

"Kamu tidak kisah sekiranya saya menyeru Worsikel supaya tempat ini tidak musnah dan hancur dek kerana perlawanan kita nanti?" duga Rein kepada Mirza, lawannya tika itu.

Mirza menjawabnya dengan satu anggukkan.

Melihat jawapan dari isyarat tubuh itu membuatkan Rein menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda berterima kasih.

"Worsikel." Seru Rein sebaik sahaja bunyi perlawanan dimulakan kedengaran.

Oleh yang demikian, Quortfel atau stadium terbuka tersebut mula berubah suasana. Sekarang ini, mereka berada di kawasan gurun. Rein terus menyeru Worsikel kerana kasihan dengan petugas yang terpaksa bertungkus lumus untuk membaiki tempat itu setelah perlawanan tamat.

Dengan adanya Worsikel, maka segala kemusnahan di dalam ini tidak akan memberi kesan kepada dunia nyata mereka, ia hanya merosakkan suasana di dalam Worsikel sahaja. Melihat Worsikel itu (atau lokasi simulasi perlawanan) terbentuk dalam masa 1 minit 30 saat telah membuatkan para penonton melopong sekali lagi kerana Worsikel juga tidak dapat dikuasai oleh calang-calang orang, bahkan ada ketua biro yang tidak dapat menguasainya pun.

"Hash-Hash! Dia pun sama!" kata Que Shyi kepada Hash sekali lagi sambil menudingkan jari ke arah Rein.

"Ya. Aku nampak Que Shyi, tak perlu tunjukkan dan sebut nama aku setiap kali kau teruja."

"Ala, Hash. Apa masalahnya, tak ada masalahnya pun kalau aku buat macam itu kan. Jadi, dia pun genius kuasa juga?"

"Mungkin."

"Ah...Tapi..." Que Shyi terus melihat ke arah Putera Mirza. Dengan lawannya sekuat itu, dia tidak yakin Tuan Puteranya akan menang.

Bukan hanya Que Shyi yang beriak risau, Hash juga membuat riak wajah yang sama. Kalau Tuan Putera kalah di sini, maka lambat lagilah Tuan Putera dapat masuk ke istana dan membongkarkan penyamaran Raja Ozzark serta Putera Muez dan menangkap mereka. Malahan, lambat lagilah Tuan Putera dapat memerintah istana dan menerajui Olienpiece pula.

Tuan Putera perlu memasuki UKPI kerana itulah apa yang Kou serta Rom telah lakukan untuk masuk ke dalam istana dan langsung tidak pernah disyaki sampailah sekarang. Oleh yang demikian, Tuan Putera juga perlu bermula daripada bawah.

Tidak semestinya semua pemenang UKPI adalah kuat dan pandai berlawan, malah ada yang tidak begitu kuat atau lemah pernah menjadi pemenang. Hal ini kerana, ada yang menang kerana lawannya juga tidak seberapa. Tetapi, dengan UKPI-lah peserta yang kuat dapat dicungkil dan ditemui di sini. Jika ada peserta yang kuat menyertai UKPI, maka mereka itu akan direkrut oleh Ketua Biro Istana sendiri nanti.

Mirza melepaskan sepuluh anak panah mengelilingi tepi gelanggang tempat Rein berdiri sama seperti perlawanan dia dengan Faki pada sebelum ini.

"Mahu menggunakan taktik yang sama terhadap aku?" getus hati Rein, lalu menyeru pedang shotel miliknya di tangan kiri kerana dia seorang yang kidal.

Mirza pula mengeluarkan pedangnya dari sarung pedang yang dililitkan di pinggang bahagian kirinya, manakala dia menariknya keluar menggunakan tangan kanan.

1, 2, 3!!!

Rein memijak tanah, kemudian melompat ke atas peluncur ais miliknya untuk menuju ke arah Mirza. Semakin dia dekat kepada Mirza, maka bahagian atas badannya pula berapi sehingga rambutnya bertukar menjadi jingga dari berwarna hitam tadi.

Bahagian bawahnya masih lagi berais dan dia tetap menuju ke arah Mirza dengan peluncur ais. Maknanya, dia boleh menyeru kuasa ais di bahagian bawah badan dan kuasa api di bahagian atas badan.

Apabila Rein semakin hampir bersama-sama pedang shotel dengan bahagian atas badan sedang berapi dan bahagian bawah berais, maka Mirza tiada pilihan selain menyeru kuasa batunya.

Dia menyeru kuasa silinder batu menggunakan mindanya, maka dia terus naik ke atas, kemudian melompat turun ke bawah dan berguling beberapa kali untuk mengurangkan impak kejatuhan. Apabila sudah stabil, maka sekarang ini, dia berada di belakang Rein dan bersedia dengan lemparan batu kerikil ke arah belakang Rein.

Beberapa batu kerikil mengenai pagar ais milik Rein kerana Rein menyedari kejadian itu, lalu Rein memusingkan badannya ke arah Mirza yang sedang berada di belakangnya dengan cepat.

Kalau Kino menggunakan masa 9.55 minit untuk kalahkan Leto, maka dia mahu menggunakan masa kurang daripada itu untuk kalahkan Mirza. Dia mahu menjadi orang yang telah memecahkan rekod perlawanan akhir UKPI, bukan Kino. Oleh sebab itulah, dia tidak berlengah dan terus menggunakan kuasanya terhadap Mirza, dia tidak mahu membuang masa yang ada.

Jika dia perlu menggunakan segala kuasa dan serangan yang dia ada untuk kalahkan Mirza, maka dia akan lakukannya. Tetapi, mungkin dia tidak perlu membuatnya jika Mirza itu seorang yang lemah.

Splak! Splak!

Anak panah dari ais menjunam turun dari atas pentas gelanggang setelah Rein menangkis serangan batu kerikil dari Mirza. Apa lagi, Mirza terus menyeru perisai batu dan melindungi dirinya dari serangan tersebut dengan meletakkan perisai itu di atas badannya.

Kemudian, dia dapat rasakan ada satu lagi serangan menerpa ke arahnya. Jadi, hujung matanya terus memandang ke depan dan dapat melihat pedang shotel milik Rein sedang menuju ke arahnya. Sebenarnya, pedang shotel itu dilemparkan ke arah Mirza apabila Mirza sedang melindungi dirinya dari serangan anak panah ais dari atas kepala.

Pedang shotel itu sudah hampir mengenai bebola mata hitam Mirza, tetapi ia berhenti di udara itu dan kemudian naik ke atas. Hal ini kerana, Mirza telah memintas sistem kuasa besi pedang shotel tersebut dan kini dia dapat mengawal pedang shotel itu memandangkan dia mempunyai unsur azali besi atau logam.

"Mencapah." Mirza menyebutnya di dalam mindanya itu, lalu ia telah menyebabkan pedang shotel tersebut mencapah dan membentuk jarum yang panjang dan halus, lalu menuju ke arah Rein.

Melihat keadaan itu, maka Rein terus menyeru pagar berais untuk melindungi dirinya supaya jarum halus panjang itu terkena pagar berais tersebut. Bunyi jarum-jarum itu terpacak masuk ke dalam pagar berais kedengaran dan ada yang dapat menembusi pagar berais tersebut, tetapi tidak berjaya meloloskan dirinya.

Maknanya, ia terlekat di pagar ais, namun muncungnya telah terkeluar dari pagar berais. Nasib baik! Nasib baik Rein tidak berada dekat dengan pagar berais tersebut. Tanpa membuang masa, Mirza menggunakan silinder dari batu sekali lagi untuk naik ke atas, lalu melepaskan beberapa anak panah ke arah Rein. Dia perlu naik ke atas kerana mahu melepasi pagar berais milik Rein tersebut.

Rein perasan tentangnya dan menyeru kuasa tanahnya pula.

"Palang tanah." Serunya dan selepas itu, palang dari tanah keluar dari pentas gelanggang, lalu naik ke atas dengan laju seperti tembakan pula.

Palang tanah itu ada juga terbentuk di bawah silinder batu milik Mirza, jadi disebabkan itu palang tersebut telah menolak Mirza dari arah bawah dan menyebabkan Mirza tercampak ke bawah.

Mirza berguling-guling lagi apabila sudah hampir terpijak lantai pentas gelanggang kerana tidak mahu memberi tekanan pada bahagian kaki dan lututnya kesan dari kejatuhan tadi. Kalau tidak, kakinya mungkin boleh patah dan ligamen lututnya terkeluar.

Gulingan terakhirnya sudah hampir di tepi gelanggang, oleh itu Mirza menggunakan pedangnya untuk menahan kesan gulingan tersebut agar dia tidak terjatuh ke bawah dan kalah dalam perlawanan ini.

Tik. Tok. Tik. Tok.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now