...sambungan Bab 42

26 7 0
                                    

...

RAJA LEONA melihat dan mengamati laporan dari para pengintip yang masih belum ditangkap di setiap kerajaan yang masih lagi di bawah pemerintahan Olienpiece. Dia tersenyum apabila mendapat tahu yang Tuanku baharu Olienpiece iaitu Tuanku Mirza anak kepada Putera Mazhe mahu menyerang hendap kerajaan De Leux dan merampasnya dari pihak Raidez.

Heh! Ingat dia akan biarkan saja Tuanku Mirza itu merampasnya dari dia. Jangan harap! Dia yang akan perangkap Tuanku Mirza itu nanti.

Sejak dua minggu lalu juga, sebaik saja mendapat laporan bahawa Tuanku Mirza akan menyerang hendap kerajaan pemerintahannya, Leona telah bersedia dari segi mental, fizikal dan strateginya. Begitu jugalah dengan semua askar dan tentera bawahannya.

Katanya Tuanku Mirza akan mengikuti peperangan ini, jadi dia akan menggunakan perang ini dengan sebaiknya dan membunuh Tuanku Mirza, lalu menghadapkan kepalanya kepada Raja Zach.

Raja Zach juga sudahpun mengetahui perkara itu dan Raja Leona memberikan keyakinan bahawa dia dan kerajaan De Leux dapat menguruskan 'Perang Rampasan' tersebut. Namun, Raja Zach tetap menghantar Jeneral Airez, Komander Raphinarde dan Koperal Xing Li sebagai sandaran bagi menyokong peperangan terbabit.

"Raja Leona, pihak Olienpiece dan tenteranya sudah dalam perjalanan ke sini setelah matahari terbit pada pagi tadi." Beritahu salah seorang pengiring Raja Leona sambil memberi tunduk hormat kepada pemerintah perempuannya itu.

"Baik, beta faham. Kita juga harus bersiap sedia sekarang. Arahkan semua pengawal, para askar dan tentera bersiap siaga dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Berada dalam posisi masing-masing. Kita bakal menyambut 'tetamu' kita itu nanti. Kamu boleh keluar." Balas Leona dengan sengihan nakal.

Setelah itu, pegawai atasan yang ditugaskan untuk menangani 'Perang Rampasan' tersebut diarahkan untuk bersiap sedia sebagai barisan hadapan. Dia? Dia akan kekal di atas takhtanya itu dan tidak akan menyertai perang tersebut. Dia tidak akan sesekali meninggalkan takhtanya kosong.

Segala laporan baharu dan kemaskini akan diberitahu kepadanya menerusi perantara dia. Sekarang ini, dia hanya duduk di atas kerusi takhtanya dan menunggu keputusan peperangan tersebut. Ah, walaupun dia sangat pasti yang dia akan menang.

Hal ini kerana, dia sudah mengerahkan semua raksasa tahap 4 sehingga ke tahap 1 untuk memerangi pasukan Olienpiece. Raksasa-raksasa itu semuanya adalah dari kalangan pemberontak atau penyokong pihak Olienpiece dan semua banduan di dalam penjara setiap bandar di bawah kerajaan De Leux. Ada lima bandar utama kesemuanya dan semua tempat itu dijaga oleh pegawai atasan yang terkuat dan terlatih.

Sudah tentulah dia juga meletakkan pegawai atasannya yang terkuat di sini bagi menjaga istana Kastellis dan keselamatannya. Sekarang, kita tengok siapa yang lebih licik dan bijak antara mereka berdua: antara dia dengan Tuanku Mirza.

JENERAL AIREZ sudahpun bersedia di barisan hadapan dan kini sedang berdiri di atas tembok pagar Istana Kastellis. Dia akan berjaga di situ, manakala Koperal Xing Li dan Komander Raph akan berjaga di salah satu bandar utama yang lain.

Baru saja naik takhta, sudah mahu merampas kembali kerajaan De Leux? Apa yang sedang difikirkan oleh tuanku baharu Olienpiece itu? Mungkin dia sudah dapat menangkap kebanyakan pembelot Olienpiece, tetapi masih lagi terdapat sisa-sisanya yang berkeliaran di kerajaan-kerajaan mereka. Tidakkah anak muda itu berfikir mengenainya?

Anak muda itu telahpun membuat lawatan dan mesyuarat dengan semua raja kerajaan di bawah takluk Olienpiece. Maknanya, anak muda itu serius dan tidak main-main mahu merampas De Leux kembali.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now