...sambungan Bab 32

20 6 0
                                    

...

PADA waktu tengah hari keesokkannya harinya, Mirza sedang makan tengah hari bersama-sama Jora di kafetaria istana. Mereka sekarang ini berada di sayap kanan istana atau terletak di bahagian utara istana.

Kawasan dalaman Istana Kastelhike mempunyai empat bahagian iaitu: utara, selatan, barat dan timur, manakala di tengah-tengahnya digelar sebagai Pusat Istana dan di situlah terletaknya Istana Kastelhike, kediaman-kediaman utama termasuklah kediaman Tuanku Ozz, bangunan Ketua Biro Istana dan bangunan penting yang lain.

Setiap bahagian dijaga oleh pengawal dan bukan semua pengawal bahagian lain boleh masuk ke bahagian lain sesuka hati mereka. Semua penduduk dan warga dalam kawasan istana pula memang diberikan pas atau ID untuk berada di dalam kawasan istana, termasuklah semua pemilik, pengasas, majikan, penguasa semua kedai, premis, bangunan, pasar raya, penjual pasar malam, penganjur festival yang diadakan di istana, Pusat Beli Belah dan yang sebagainya.

Kawasan dalam istana itu dikelilingi dengan benteng atau pagar istana yang sangat besar serta tinggi, dan ia dijaga sangat ketat kerana setiap penjuru diletakkan pengawal keselamatan.

Orang terkuat di istana seperti Ketua Hash, kediamannya diletakkan paling hampir dengan kediaman utama yang didiami oleh Tuanku Ozz. Kediaman orang kuat istana yang lain seperti Puteri Anahita, Ketua Arch, Ketua Kerr dan Putera Saze diletakkan di setiap penjuru bahagian agar mereka dapat menjaga bahagian itu jika ia berjaya dicerobohi.

"Mirza, boleh saya tahu awak nak saya buat apa? Awak cakap awak mahu saya bayar awak, tetapi bukan dalam bentuk wang. Jadi, saya tertanya-tanya sampai sekarang, apakah yang awak mahu saya lakukan." Soal Jora dengan wajah ingin tahu sambil bermain-main dengan sudu yang berada di dalam mangkuk sup daging.

Dia tidak boleh lakukan apa-apa selain menunggu apa yang Mirza sedang lakukan sekarang membuahkan hasilnya.

"Dalam dua atau tiga minggu lagi mungkin awak akan tahu." Balas Mirza dan memasukkan buah seperti epal ke dalam mulut dan mengunyahnya dengan perlahan-lahan.

Mirza menjangkakan hari ini atau esok, pihak 'Bahagian Laporan dan Aduan' akan menghubunginya. Dia menitipkan pesan kepada penyambut tetamu semalam bahawa dia mempunyai bukti yang kukuh untuk menyabitkan kesalahan Radi. Jadi, ketua bahagian itu pasti akan tertarik untuk mengetahuinya dan tidak mungkin tidak akan menghiraukan dia.

"Boleh awak bersabar sampailah hari itu tiba?"

Jora melihat ke arah Mirza dan kemudian menganggukkan kepalanya.

"Jadi, tolong jangan tanya soalan macam ini lagi."

"Ak! Um, baik. Maaf, saya cuma risau sampaikan saya tak dapat tidur malam. Adakah awak pasti awak mahu lakukan perkara ini? Sebab saya tak paksa awak lakukannya."

"Ya. Makan makanan awak Jora, jangan asyik main-main, waktu rehat kita akan tamat kejap lagi."

Jora masih lagi mahu bercakap mengenai perkara itu, tetapi disebabkan telah ditegah banyak kali, maka dia terpaksa akur buat masa sekarang. Dia rasa resah dan tidak boleh berhenti berfikir mengenainya, oleh sebab itu dia jadi banyak bertanya kepada Mirza. Tetapi, Mirza pula seorang yang susah untuk membuka mulutnya, macam ada emas pula di dalam mulutnya. Aduhai.

Kemudian, mobilika Mirza berbunyi menandakan ada seseorang sedang menghubunginya. Mirza melihat paparan skrin dan terus menekupkan ia ke telinganya. Ia panggilan yang dia tunggu-tunggu pada hari ini.

"Baik. Saya akan datang nanti." Balas Mirza ringkas dan terus mengunyah makanannya dengan perlahan-lahan seperti biasa.

Jora hanya melihat kerana nampaknya Mirza sudah tidak berminat untuk berbual-bual dengan seseorang. Lagipun, Jora nampak muka Mirza sangat serius seperti memikirkan sesuatu yang amat penting.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now