...sambungan Bab 37

25 7 0
                                    

...

PADA MALAM itu, Puteri Alli dan yang lain sedang berkumpul di dalam kediaman Ketua Hash, sekarang mereka berada di atas sofa bahagian ruang tamu rumah kediaman Ketua Hash itu. Misa dan Alli sedang menyilangkan tangan mereka di atas sofa dan kini memandang wajah kawan-kawannya iaitu Karri, Que Shyi, Archie dan Hash yang sedang duduk di hadapannya dengan pandangan membunuh.

"Jadi, korang semua tahu tentang kebenaran itu sudah lama?" Alli menduga dengan wajah sebal.

Que Shyi dan Karri sudah menelan air liur di hadapan Misa dan Alli. Archie dan Hash masih berlagak macam biasa dan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku pun sekarang ini padahal mereka sedang menghadapi sesi soal jawab dengan dua orang kawannya yang sedang dilanda kemarahan yang menggunung.

"I—iya?? Semuanya salah Tuanku Mirza sebab tuanku tidak mahu kami beritahu sesiapa selain dari orang yang hadir perjumpaan itu." Balas Karri dengan serba salah.

"Perjumpaan apa?" kali ini Misa pula yang menduga.

"Kau ingat tak, lebih kurang tiga tahun yang lalu, Hash ada ajak kita berjumpa sebab ada hal penting yang dia mahu beritahu, tetapi kau dan Alli tak dapat datang sebab sibuk. Jadi, hanya aku, Karri dan Archie saja yang datang. Sebenarnya, pada masa itulah Hash beritahu kami tentang kebenarannya. Disebabkan itu, Tuanku Mirza tidak benarkan kami beritahu yang lain, yang tidak datang pada hari itu. Lagi-lagi kau, Alli." Jelas Que Shyi panjang lebar.

"Betul." Archie menyokong penerangan Que Shyi itu. Hash hanya mengangguk.

"Aku? Kenapa lagi-lagi aku?" Alli mula berasa pelik, tetapi dia nampak kawannya itu menjongketkan bahunya.

"Entahlah, aku tak tahu. Dia memang menghalang kami beritahu korang terutama sekali kau. Mungkin sebab kau bekas tunang ayahanda dia." Jawab Karrie bagi pihak Que Shyi pada kali ini.

Alli terdiam dan kemudian menelan air liurnya dengan perasaan cuak. Perutnya mula terasa sebu secara tiba-tiba. Adakah Tuanku Mirza tahu tentang identitinya sebagai pemberontak GPS?

Kepala Alli mula diselubung dengan tanda tanya. Mengetahui dan melihat kebijaksanaan Tuanku Mirza sekarang, menunjukkan memang ada kemungkinan yang baginda sudahpun mengetahui tentang identitinya daripada awal. Adakah si pengacau yang mengganggu rancangannya di Bandar Sajin itu adalah campur tangan baginda?

...

KEESOKKAN paginya, ketua tukang masak dan pembantu tukang masak Kediaman Utama Istana Kastelhike meletakkan menu utama sarapan pagi Tuanku Mirza ke atas meja santapan. Kejap lagi, Tuanku Mirza akan ke meja santapan untuk menjamu selera.

Mirza memasuki rumah istana itu semula selepas keluar berjoging mengelilingi kediaman utama tersebut. Memang itulah rutin setiap paginya demi menjaga dan mengekalkan kesihatan dirinya. Semasa dia menjadi pengawal istana pun dia selalu melakukannya.

Dia terus keluar berjoging sebaik saja selesai mengerjakan solat Subuh di dalam kamarnya. Apabila memasuki rumah, dia disambut oleh pengawal, ketua tukang masak dan pembantunya.

"Tuan Putera, patik semua telah menyediakan sarapan pagi untuk santapan Tuan Putera pada pagi ini di meja makan."

"Baik, terima kasih. Kamu juga patut makan, beta mahu bersiram dan bersiap dahulu." Balas Mirza dan terus mendaki tangga ke atas. Lif disediakan dalam rumah kediaman itu, tetapi dia tidak mahu menggunakannya.

Mereka semua mengangguk faham dan menghantar Tuan Putera pergi dengan mata masing-masing. Mereka mula memanggil Mirza sebagai Tuan Putera disebabkan permintaan Mirza semalam.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now