Bab 5: Dunia Baharu!

28 10 0
                                    

LEBIH kurang seminggu kemudian, Dilan berjumpa dengan TS Mazhe sekali lagi. Dia sudah berbincang dengan ayah dan keluarganya tentang tarikh perkahwinan itu dan ayahnya memberi pendapat supaya hari perkahwinan itu diadakan lima bulan dari sekarang yakni selepas rumah yang Dilan beli sudah siap dibina.

Rumah Dilan akan siap dalam tempoh 3 bulan lagi jika mengikut kontrak, lagipun pihak pengurusan telah memberi maklum balas bahawa rumah itu sudah memasuki peringkat akhir pembinaan dan akan siap dalam masa terdekat. Selepas ia siap, Dilan mahu melawat rumah itu dan mungkin membeli kelengkapannya kemudian.

Dilan bersetuju, tetapi dia ada satu masalah. Jadi sekarang ini, dia mahu bertanya tentang pendapat TS Mazhe pula, semuanya kerana dia mahu berkahwin dengan adanya kehadiran kawan baiknya, kehadiran Zull. Jika dia berkahwin tanpa kehadiran Zull, dia pasti Zull akan kecewa dan bersedih hati dan dia tidak mahu Zull bersedih hati atau membelakangkan kawan susah senang dia itu.

Dilan menyusun bekalan yang dia bawa di atas meja yang terdapat di bumbung bangunan AIPG Building tersebut. Dia sedang menunggu kehadiran TS ke situ. Sebenarnya, hanya TS dan beberapa orang sahaja yang dibenarkan untuk berada di atas bumbung dan salah seorang darinya adalah Dilan.

TS Mazhe baru saja keluar dari pintu bumbung dan dia tersenyum apabila melihat kelibat Dilan.

"Assalamualaikum Dilan." Sapanya dan terus menghampiri Dilan.

"Waalaikumussalam uncle." Dilan terus berjabat tangan dengan TS Mazhe.

"Saya boleh aje pergi ke kafe itu, jadi tak perlulah kamu susah-susah ke sini."

"Tak apa, saya ada hal peribadi untuk dibincangkan dengan uncle."

"Tentang apa?"

"Tentang perkahwinan saya dengan Ayuri."

Mazhe sedikit terkejut apabila mendengarnya, kemudian dia tersenyum gembira. "Seriously? Kamu dengan Ayuri? Tahniah, Dilan. Tahniah." Kata Mazhe sambil memeluk anak muda itu dan menepuk bahunya.

"Terima kasih uncle."

"Saya tak pernah tahu tentang hubungan kamu dengan Ayuri. Kamu berdua sangat secocok, macam pinang dibelah dua."

Dilan hanya tersenyum. "Terima kasih uncle."

"Sama-sama. Kamu buatlah majlis persandingan dan perkahwinan kamu itu di 'ballroom' Konho Parks. Saya akan tajanya untuk kamu sebagai hadiah perkahwinan."

"Tak apa kut uncle...saya kalau boleh nak buat kecil-kecilan saja, Ayuri juga mahu ia kecil-kecilan dan...sebenarnya itu adalah perkara yang saya mahu bincangkan dengn uncle."

"Apa lagi yang kamu bincangkan?"

"Saya...mahu tunggu Mirza balik dulu kut, lepas itu barulah saya akan menikah dengan Ayuri. Ayah suruh saya menikah lima bulan dari sekarang, tapi saya mahu sekurang-kurangnya kawan baik saya ada semasa majlis perkahwinan saya berlangsung."

Mazhe terus terdiam apabila mendengarnya.

"Kamu tahu, tiada siapa yang tahu bila dia akan balik, Dilan. Saya tahu anak saya masih hidup, tapi saya tak pasti bila dia akan balik. Pergolakan di Olienpiece bukan pergolakan kecil, tapi ia besar kerana ia sudah melibatkan istana-istana dan kerajaan-kerajaan. Saya tak rasa dia akan balik dalam masa terdekat. Ia mungkin berlarutan sehingga 10-20 tahun. Jadi, kamu sanggup menunggu? Ayuri sanggup? Saya cadangkan kamu menikah saja dengan Ayuri dan bersanding macam biasa, selepas dia balik, kamu buatlah persandingan kali kedua. Dan untuk yang kali kedua itu, kamu jangan risau, saya akan tanggung kosnya."

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now