...sambungan Bab 42

15 5 0
                                    

PUTERA MIRZA, para ketua biro yang terlibat, para pengiringnya, Maisun, Viki, ahli UKSP termasuklah Prof Ozil, telah menghadiri mesyuarat perbincangan strategi di dalam bangunan Biro Tentera Istana yang diketuai oleh Ketua Archie.

Perbincangan itu berlangsung pada setiap pagi dan ketika ada perubahan rancangan. Pada belah petangnya, bala tentera puak Ataker, para pengiring Putera Mirza dan yang lain akan berlatih menggunakan kuasa masing-masing dan berlawan dengan satu sama lain.

Mirza pula akan berlatih dengan Rein serta Rhey Rhenus dan beberapa staf pelbagai biro yang dapat menguasai kuasa logam supaya mereka dapat bekerjasama dengan baik. Hal ini kerana, tugasan mereka agak penting dalam Perang Rampasan nanti.

Perkara itu berterusan sehinggalah hampir dua minggu berlalu. Kini, sehari sebelum peperangan itu berlangsung, Mirza sedang berjalan mengikuti seorang pelayan untuk ke bilik VIP yang terdapat di dalam sebuah restoran mewah, tetapi berkonsepkan klasik dan tradisional.

Para pengiring Putera Mirza menunggu di bilik VIP yang berada bersebelahan bilik tersebut. Mereka tidak boleh pergi jauh dari situ kerana risau apa-apa terjadi kepada Tuan Putera mereka.

Bahkan, mereka tidak tahu siapakah gerangan yang berjumpa dengan Tuan Puteranya pada hari ini kerana Tuan Putera mereka itu tidak memberitahu mereka apa-apa mengenainya.

Mirza memasuki bilik itu apabila dipelawa oleh pelayan tersebut. Pelayan itu tidak mengenali Mirza memandangkan Mirza memakai pelitup muka dan menyembunyikan separuh mukanya dengan jaket berhud yang sedang dipakainya pada hari itu.

Ertinya, dia di dalam penyamaran untuk ke tempat ini supaya tidak menarik perhatian orang ramai. Para pengiring yang mengikutinya juga memakai penyamaran supaya tidak dikenali oleh sesiapa.

Sebaik saja memasuki bilik itu, dia dapat melihat seorang perempuan yang sedang mengulum senyuman senget kepadanya. Dia kenal perempuan itu. Jadi, perempuan inilah dalang bayang-bayang kumpulan GPS ya? Hm.

"Jemputlah duduk, Tuanku Mirza." Perempuan itu atau Puteri Radea mempelawa Mirza untuk duduk bersila di meja hadapannya.

Di hadapan mejanya itu ada kusyen supaya para tetamu selesa duduk di atasnya dan tidak sakit punggung. Mirza melihat kusyen yang terdapat di depan Radea dan menuju ke arahnya, lalu dia melabuhkan punggung di atas kusyen segi empat terbabit dan bersila.

"Tuanku Mirza buatlah pesanan dahulu sebelum kita memulakan perbincangan kita pada pagi ini." ujar Radea lagi dengan senyuman senget sebelah.

"Tempat ini menyediakan arak bukan?"

"Ya."

"Beta tidak boleh minum arak mahupun makan atau minum apa-apa yang disediakan di tempat sama yang menyediakan arak."

"Ah...Adakah ia suatu kelemahan Tuanku?"

"Bukan. Kamu rasa beta akan beritahu kelemahan beta kepada orang yang beta baru kenal? Ia cuma suatu makluman supaya kamu tahu sebab beta menolak ajakan kamu untuk makan atau minum di sini. Boleh kita terus kepada tujuan asal kita? Beta mahu berjumpa dengan kamu bukan untuk bersantai atau makan pagi bersama."

Radea tersenyum senget sekali lagi. "Beta suka sikap Tuanku Mirza yang tidak suka membuang masa, beta juga sama. Mungkin ini sikap atau ciri-ciri yang sang genius seperti kita berdua dan yang lain miliki."

Mirza hanya mengangguk.

"Patutkah beta beritahu apa yang beta mahukan daripada Tuanku jika Tuanku mahu mempergunakan kumpulan GPS?"

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now