...sambungan Bab 24

16 5 0
                                    

...

MIRZA membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia masih hidup ke? Dia ingatkan dia sudah mati apabila dihempas oleh ombak besar pada malam itu. Ah, seluruh badannya terasa sakit. Mungkin sebab perlawanan dengan Qurita pada malam itu dan kemudian dihempas oleh ombak besar.

Tadi, matanya melihat langit, sekarang matanya melihat wajah Ari pula. Kemudian, dia nampak Ari beralih ke tepinya.

"Ari?"

"Awak dah bangun! Nasib baik." Ari memberikan senyuman lebar ke arah Mirza.

"Apa yang sudah jadi?" soal Mirza kepada Ari dengan wajah ingin tahu dan bingung.

"Um, selepas dihempas oleh ombak laut di atas dek kapal, kita semua tercampak ke dalam laut. Selepas itu, dihanyutkan ke pesisiran pantai berdekatan."

Oh, macam itu. Kemudian, Mirza melihat ke arah tangan dan wajah Ari yang mempunyai lebam dan luka.

"Kenapa dengan tangan dan muka awak Ari? Ia disebabkan oleh kita dipukul oleh ombak itu ke? Kejap, awak ada ke semasa kapal kita dipukul ombak? Bukankah saya suruh awak selamatkan diri dulu?"

Ari terus menelan air liurnya. Dia melarikan lirikan matanya dan telah menyerahkan sesuatu kepada Mirza. Ia ubi yang telah dibakar olehnya dengan menggunakan kuasa unsur api miliknya.

Mirza melihat ubi itu dan mengambilnya sebab dia memang tengah lapar. Kejap!

"Sudah berapa lama saya pengsan?" soal Mirza ingin tahu sekali lagi.

"Sehari."

Alhamdulillah! Nasib baiklah tidak lama. Kalau tidak, banyak juga solat yang dia perlu ganti nanti.

"Dah bangun dah puteri beradu kita?" sindir seseorang atau Predi dengan wajah angkuh dan sengihan nakal kepada Mirza. Kawannya, Kello juga melakukan perkara yang sama. Lelaki itu terdampar di sini juga ya?

"Awak dah bangun ya? Awak perlukan apa-apa tak? Saya boleh ambilkan." Celah Fragil dengan gedik kepada Mirza sambil berlari ke arah Mirza dan terus duduk di sebelah Mirza.

Tetapi, ia telah menyebabkan Mirza rasa tidak selesa. Nabita juga menghampiri mereka dengan wajah gembira. Disebabkan melihat mereka ada di sini dan tiada orang lain lagi di situ, maka Mirza sangat pasti Ari dipukul oleh mereka lagi.

"Awak dipukul oleh mereka lagi ya?" duga Mirza kepada Ari. Soalan itu agak mengejutkan Bita dan Fragil.

"Eh, baru aje bangun terus tuduh-tuduh orang ke?" sindir Predi lagi kepada Mirza, dan kali ini dengan jelingan.

"Y-ya, takkanlah kami nak pukul Ari pulak? Tak baiklah pukul-pukul orang ni. Kan Ari?" Fragil melihat ke arah Ari dengan senyuman. Ari mengangkat wajahnya dan mengangguk laju.

Tetapi, ia menyebabkan Mirza semakin rasa curiga dengan mereka semua. "Saya tak nak apa-apa. Jadi, awak berdua boleh berambus." Kata Mirza tegas dan ia telah membuatkan Fragil dan Bita sedikit terpanar. Apa? Mirza ini memang jual mahallah.

Lelaki lain sudah tunduk dengan mereka kalau mereka menggunakan kecomelan, kecantikan dan keseksian mereka ini, tetapi Mirza langsung tidak memandang mereka pun. Ah, atau adakah Mirza malu? Malu tapi mahu gitu? Hihihi.

"Pergi." Mirza berkata tegas sekali lagi.

Disebabkan telah dihalau, maka Fragil dan Bita terus berdiri dan berlalu pergi dari situ. Semasa bangun tadi, Fragil dan Bita sempat menjeling ke arah Ari dengan jelingan maut supaya perempuan bisu itu takut.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now