...sambungan Bab 37

63 7 2
                                    

Mirza masih duduk di atas sofa itu seperti sedang berfikir-fikir, pengawalnya tadi setia menanti di situ. Kadang-kadang dia mengerling ke arah anak muda itu. Agak-agaknya apalah jawapan Putera Mirza selepas diugut dengan sedemikian rupa oleh Puteri Amania. Fikir pengawal tersebut.

Kemudian, pengawal di luar memasuki ruangan itu sekali lagi.

"Tuan Putera, ada lagi tetamu yang mahu bertemu dengan Tuan Putera pada hari ini." kata pengawal itu setelah membuat tunjuk hormat.

Ada lagi? Ramai pula yang mahu berjumpa dengan dia pada pagi-pagi hening macam ini. Disebabkan itu, Mirza mengangkat kepalanya yang sedang menunduk dan memandang pengawalnya.

"Siapa?"

"Puteri Anahita dan Puteri Avi."

Mak cik Avi dan Ana? Apa pula hajat mereka ke sini? Mirza berfikir-fikir.

"Suruh mereka masuk."

"Baik, Tuan Putera." Pengawal itu mengangguk dan keluar dari situ, lalu membenarkan Puteri Avi dan Puteri Anahita untuk masuk bersama-sama pengiring mereka.

"Salam sejahtera Tuanku, Puteri Anahita dan Puteri Avi datang mengadap Tuanku." Sapa Puteri Anahita kepada Putera Mirza yang bereaksi kosong seperti selalu.

"Salam sejahtera dan selamat pagi mak cik. Mak cik tak perlulah terlalu formal dengan saya. Duduklah." Pelawa Mirza dan sempat mengerling ke arah pengiring yang dibawa oleh kedua-dua mak ciknya itu kerana dia kenal dengan dua wajah itu.

Avi dan Anahita tersenyum. Mereka sangat gembira Mirza memanggil mereka 'mak cik'. Sejak semalam lagi, Mirza memanggil mereka macam itu. Mereka gembira kerana ia memberi makna bahawa Mirza menerima mereka semua sebagai keluarga, tidak seperti ayahandanya, Putera Mazhe yang sangatlah membenci mereka, anak-anak angkat Tuanku Ozz.

"Ya, terima kasih Mirza. Mak cik singgah ke sini sekejap saja, kejap lagi mak cik mahu ke biro mak cik dan mula bekerja macam biasa." Balas Anahita dengan sekali nafas.

"Samalah macam acik Avi. Hm, sebenarnya kami mahu merekomenkan AB tambahan yang kami ambil semasa UKPI untuk menjadi salah seorang pengiring Mirza." Ujar Avi dengan pantas, berterus-terang dan berwajah serius.

"Apa?" kedua-dua AB tambahan milik Ketua Avi dan Ketua Anahita melihat ke arah ketua mereka dengan wajah kaget.

Pagi tadi ketua AB tersebut mengajak mereka untuk mengikut ketua mereka itu ke rumah kediaman utama. Kata ketua mereka, ada sesuatu yang mereka mahu bincangkan dengan Tuanku Mirza. Tak ada pula ketua mereka memberitahu tentang hajat masing-masing kepada mereka.

Setelah itu, Avi dan Anahita bingkas bangun.

"Ah, tengoklah jam itu. Sudah sampai masanya untuk kami beredar dan bersiap-siap. Selamat tinggal Tuan Putera."

Avi dan Anahita berlalu pergi dari situ dengan laju dan terus lesap. Terkebil-kebil pengawal-pengawal yang menjaga rumah kediaman Putera Mirza dan para tukang yang berada di situ melihat kelakukan ketua-ketua biro tersebut.

Bukan mereka sahaja, AB tambahan mereka yang ditinggalkan di situ juga sudah terkebil-kebil apabila melihat ketua mereka meninggalkan mereka di situ tanpa apa-apa pesanan.

Kemudian, dua AB tambahan tersebut mengalihkan pandangan dan kini melihat ke arah Mirza yang melihat kejadian itu dengan wajah kosong. Tika itu, Putera Mirza sedang duduk dengan menyilangkan kaki dan tangannya di atas sofa ruang tamu di hadapan mereka.

"Jadi...........kamu semua diabaikan dan ditinggalkan kepada saya pula ya." Celah Mirza dengan wajah seperti tadi.

"Ha?" kedua-dua AB itu menjatuhkan rahang mereka kerana sedikit kaget dengan kata-kata Putera Mirza.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now