...sambungan Bab 24

16 6 0
                                    

...

NAMUN, Mirza terbangun di atas katilnya kerana terkejut. Dia didatangi oleh mimpi ngeri itu lagi. Mirza meraup wajahnya dan beristighfar.

Mimpi itu sentiasa menjengahnya pada setiap malam sampaikan dia sudah mati akal untuk mengekang masalah mimpinya. Ubat yang dia pernah ambil juga sudah tidak memberikan apa-apa kesan. Mirza mengeluh ringan.

Hanya beberapa hari saja dia boleh tidur dengan lena dan tanpa sebarang gangguan. Oleh sebab itu, kadang-kadang dia tidak cukup tidur pada waktu malam.

Kalau beginilah keadaannya, dia risau dengan kesihatannya nanti. Tidur itu sangat penting untuk setiap manusia dan manusia memerlukan rehat atau tidur yang cukup untuk berfungsi pada keesokkan harinya.

Mirza melihat ke sebelah katilnya dan dia nampak ubat dalam bentuk tablet yang dia letakkan di sebelah Ari sudah terkopek. Maknanya, Ari mungkin sudah memakannya semasa dia tersedar untuk seketika sebelum tidur kembali. Sekarang, Ari sedang tidur dengan nyenyak. Mirza juga mahu tidur semula kerana sekarang baru pukul 3 pagi.

Mirza membaringkan dirinya sekali lagi. Tetapi, dia dikejutkan dengan bunyi yang kuat dan bunyi yang berdentam-dentum. Apa pula yang sedang berlaku sekarang? Oleh sebab timbul perasaan ingin tahu, maka dia keluar dari bilik itu dan pada ketika itulah, kapal itu mula terhuyung-hayang untuk seketika. Selain itu, dia juga ada mendengar bunyi bising dari dek luar.

Jadi, Mirza terus berlari ke arah dek kapal laut tersebut. Pada ketika itulah, matanya terbuntang luas kerana dia melihat raksasa gergasi yang berbentuk seperti sotong kurita, tetapi berkepala tiga.

Sesungutnya ada melekat di beberapa bahagian kapal dan ia bergerak-gerak seperti mahu menterbalikkan kapal ini. Kalau ia dibiarkan, maka kapal ini boleh karam.

Cis! Belum apa-apa lagi, kapal ini sudah diserang. Raksasa ini datang mungkin disebabkan oleh Raja Ozzark telah memberitahu koordinat mereka sekarang. Tidak sempat dia mahu merencanakan rancangannya esok.

Mirza melihat ahli-ahli Peaks-C sedang melawan raksasa itu secara berkumpulan. Tanpa membuang masa Mirza berlari ke dek bawah untuk melihat keadaan di bawah sambil mengelak sesungut atau benda yang tercampak ke merata tempat. Apabila dia sampai ke sana, dia nampak sudah ada lubang di bawah kapal dan ruang bawah mula dimasuki air laut.

Huh! Maknanya, kapal ini memang akan tenggelam walaupun mereka berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Jadi, mereka tiada pilihan lain selain meninggalkan kapal ini.

Oleh sebab itu, sedang ahli Peaks-C sedang sibuk melawan raksasa sotong atau Qurita itu, Mirza mengambil pelampung dan melemparkkan ia ke dalam laut supaya mereka boleh menggunakan ia nanti jika terpaksa terjun ke dalam laut dan tidak sempat memakai jaket keselamatan.

Kemudian, dia mengambil jaket keselamatan, lalu mengetuk semua pintu peserta misi yang lain. Dia menyerahkan kepada mereka jaket keselamatan dan menyuruh mereka menyelamatkan diri dengan bot dan perahu keselamatan yang disangkut di tepi dek sebelum kapal ini karam.

Akhir sekali, dia mengambil satu lagi jaket untuk diberikan kepada Ari. Hanya ada 22 jaket saja di atas kapal, jadi dia perlu memberikannya kepada Ari. Mirza memasuki bilik mereka semula dan menggerakkan Ari.

Boleh pula Ari masih tidur dengan nyenyak dalam keadaan macam ini kan.

"Ari! Ari!" kejut Mirza dengan wajah risau.

Ari muka tersedar, tetapi masih lagi dalam keadaan mamai.

"Bangun Ari."

"Ha?" Ari masih lagi mamai, tetapi dia menggagahkan dirinya untuk duduk di atas katilnya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now