...sambungan Bab 5

15 10 0
                                    

...

MALAM itu, Ayuri memasuki bilik air yang terdapat di dalam bilik Dilan dan tidak keluar dari bilik air itu sampailah satu jam. Oleh sebab itu, Dilan terpaksa mengetuk pintu bilik air itu banyak kali. Isterinya pengsan ke di dalam? Risau pula dia.

"Arisya? Arisya?" panggil Dilan banyak kali.

Ayuri terus mengerutkan dahinya. "Aduh, dia nak apa ni?" Namun, Ayuri tetap tidak membukanya.

"Arisya?"

"Ya, awak nak apa?"

"Awak okey ke di dalam? Buka pintu ni kejap."

"Sa-saya okey je."

"Buka pintu kejap."

"Huh. Tch. Kejap-kejap." Setelah membukanya, Ayuri terus memuncungkan mulutnya.

"Kenapa lama sangat dalam bilik air?"

"Ma-mandilah."

Dilan hanya melihat ke arah Ayuri dengan wajah tidak berpuas hati. Mandi lama macam ini?

"Saya memang mandi lama. Perempuan biasalah."

"Adik beradik saya tak adalah lama sangat macam itu."

"Okey, awak risau bil rumah keluarga awak naik ke? Fine, saya boleh bayar, tapi dengan duit awaklah, bukan duit saya."

"Ya Allah, bukan. Bukan sebab itulah. Saya risaukan awaklah, risau pengsan ke, terjatuh ke? Lain kali tak payah kunci pintu bilik airlah, saya risau."

"Hah? Mana boleh." Ayuri cuba menutup pintu itu kembali, tapi sempat dipegang oleh Dilan.

"Awak nak mandi sekali lagi? Awak dah salin baju di dalam kan? Kenapa tak salin di luar aje, kita dah kahwin kan."

"Ja-jadi? Saya...saya nak tidur dalam bilik air malam ni."

".........."

Dilan melihat Ayuri dengan pandangan pelik dan kemudian, tergelak kecil.

"Kalau awak belum bersedia, awak cakap aje, saya faham. Saya menikah dengan awak cepat-cepat sebab saya mahu melihat awak ada di depan saya. Saya risau awak tinggal seorang diri di rumah flat itu tanpa ada keluarga lain tengok-tengokkan awak. Jadi, selepas saya jadi suami awak, bolehlah saya tengok-tengokkan awak dan jaga awak."

Ayuri menelan air liur dan tersenyum di dalam hatinya. Bijak pula suaminya ini, memahami betul. Hihihi!

"Okey. Awak pun nak mandi kan? Silakan, saya nak tidur dulu. Tapi! Tapi, awak jangan cuba untuk sentuh saya tau. Hmm......hmmm......hmm." Ayuri berlalu pergi ke arah katil sambil senandungkan lagu untuk menghiburkan hatinya yang sedang gembira dan senang dengan jawapan Dilan tadi.

Dia pasti suaminya mahu mandi memandangkan Dilan masih lagi memakai baju Melayu pada malam itu. Baru saja mahu duduk di atas bucu katil, dia mula teringat tentang bilik air.

"Aku membuang tadi aku dah flush ke? Huh? Um...?" fikir Ayuri. Disebabkan itu, dia berlari melepasi Dilan sekali lagi dan memasuki bilik air terlebih dahulu. Dilan pula baru saja menggapai kain tualanya dan mahu bergerak ke bilik air.

"Sa-saya tertinggal sesuatu. Kejap. One second, 8 minute, 8 minute." Katanya dan mengunci bilik air itu semula, lalu melihat mangkuk jamban. "Ah, aku tak perlu periksa pun tak apa sebab aku sejenis manusia yang berhemah dan berhikmah. Tak mungkin aku akan tinggal sesuatu macam itu. Cis! Sia-sia saja aku runsing tadi. Hmph!" Ayuri keluar dari bilik air itu dan terus ke katil.

"Oh ya, bila kita akan ke rumah?" soalnya tanpa memandang ke arah Dilan pun.

"Hm, lusa."

"Lusa? Esok tak boleh ke?"

"Arisya, nanti apalah ayah dan adik beradik saya cakap kan kalau kita balik awal sangat ke sana. Mereka sangat sukakan awak tau, dan awak tak perlulah pakai tudung lagi di depan saya."

"Um...saya memang tidur dengan pakai tudung."

"Ya?"

"Ya! Pergilah mandi, tadi nak sangat mandi kan sampai kacau my sweet time."

"Saya minta maaf okey."

"Ya, ya. Pergilah mandi."

Dilan mengangguk dan memasuki bilik air. Sebaik saja melihat Dilan memasuki bilik air, Ayuri terus menghembuskan nafas lega. Jantungnya berdegup dengan kencang tadi, dan baru sekarang dia dapat bernafas dengan normal.

Dia menelan air liur, hari ini dia mungkin selamat, macam mana dengan hari esok? Esok, esok, esok dan hari seterusnya. Ugh! Kenapalah dia berada di sini dan kenapalah dia buat keputusan ini? Dia sudah biasa membujang, jadi tiba-tiba menjadi isteri telah membuatkan dia tidak keruan.

Oh ya, baik dia pura-pura tidur sekarang sebab dia risau keadaan akan menjadi kekok nanti. Masalah esok, esoklah dia fikir, hari ini dia kena lalui dahulu. Gerutu hatinya.

Sepuluh minit kemudian, Dilan keluar dari bilik air dan melihat isterinya sudah lena tidur di atas katil. Dilan tersenyum kerana akhirnya dia dapat menikahi Ayuri jua. Yang lain itu belakang kira kerana dia pasti semuanya akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Apabila menjadi suami isteri, dia tahu dia akan mengetahui kekurangan dan kelebihan pasangannya nanti. Jadi, dia berharap dia dapat menerimanya dengan tangan terbuka agar perasaan tidak berpuas hati tidak berkumpul di dalam dadanya. Dia risau perasaan itu membengkak dan menjadi isu nanti.

Tak mengapa, dia juga ada kekurangan sendiri. Jadi, sebelum dia mengecam kekurangan pasangannya, baik dia telitikan dahulu kekurangan dirinya. Dengan itu, dia akan sedar yang dia bukanlah bernikah dengan bidadari yang tiada cacat cela, tetapi berkahwin dengan manusia yang adalah kelemahan sepertinya.

Dilan berjalan menuju ke arah tingkap bilik, lalu membukanya. Bulan sangat cantik hari ini dan dia rasa dia seperti bermimpi pada malam ini. Bermimpi memiliki perempuan yang dia impikan selama dua tahun ini.

"Alhamdulillah." Ujarnya, lalu berlalu ke katilnya selepas menutup lampu bilik.

...

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now