Bab 44: Pada malam bulan mengambang

21 6 0
                                    

BAB 44: Pada malam bulan mengambang

SOFIA dari ahli UKSP membuat wajah risau di dalam bilik mesyuarat. Malam ini, ahli UKSP boleh balik ke asrama atau rumah masing-masing. Tiada halangan pun untuk mereka melakukannya kerana tugas mereka adalah urusan dalaman, bukan luar atau turun padang seperti pengirig Putera Mirza dan yang lain.

Memang Olienpiece sudah berjaya menawan Phillea pada pukul 3.30 petang tadi dan ia sudahpun tersebar luas di pelosok kerajaan. Jadi, ramai rakyat dan warga istana sendiri yang bergembira dan bersorak kerananya. Mereka semua tidak menyangka Putera Mirza berjaya menawan kerajaan Phillea yang sudah menjadi sekutu Raidez beratus tahun lamanya.

Bagi mereka sekarang, Putera Mirza adalah susuk pemimpin yang sangat hebat. Namun, mereka tidak pernah tahu bahawa Putera Mirza sebenarnya cuba menawan dua kerajaan Raidez.

Dan sekarang ini, Putera Mirza dan 'Pasukan De Leux' mesti sedang berdepan dengan De Leux. Dia risau, ya dia sangat risau. Disebabkan itu, dia berjalan mundar-mandir dalam bilik mesyuarat tersebut. Ahli UKSP yang lain sekadar menggelengkan kepalanya.

"Adakah mereka akan berjaya? Ya, mereka mesti berjaya. Pasti berjaya. Ah, tapi Ketua Hash tiada di situ. Tidak, tidak, ketua lain juga sama hebatnya dengan Ketua Hash, kan, kan, kan?" kata Sofia dengan nada risau dan cuak.

"Ya, Fia. Boleh tak awak bertenang. Melihat orang macam awak jadi macam ini, buatkan hati kami pun tak tenanglah." Balas Levi.

"Tuan Putera pasti akan menang. Mereka itu kalah dari segi strategi dengan Tuan Putera." Celah ketua Unit Khas Strategi Perang (UKSP) yakni Prof Ozil.

Disebabkan kata-kata itu, mata Sofia, Levi, Aswai, Xacky dan ahli UKSP yang baharu memandang ke arah ketua mereka. Kata-kata itu tidak meyakinkan mereka apabila mereka melihat wajah takut dan pucat Ketua Ozil seolah-olah tiada darah yang mengalir di mukanya. Dia juga sudah berpeluh-peluh.

"Prof okey ke?" duga Aswai apabila keadaan Prof Ozil nampak teruk.

"Ti-tidak, saya tak okey. Saya na-....Nak muntah. Bwerk!"

"Prof!"

Bilik itu menjadi kacau bilau juga disebabkan oleh kekalutan dan kerisuan mereka. Mula-mula Prof Ozil, selepas itu Sofia pula yang memuntahkan makanan yang mereka makan sebentar tadi.

...

PADA malam yang hening dan dibawah sinaran cahaya dua bulan mengambang, dua orang pengawal sempadan kerajaan De Leux sedang berbual-bual di atas tembok sempadan setinggi 8 tingkat.

"Tak sangka pulak rancangan asal Tuanku Mirza adalah menakluk Phillea, bukannya De Leux. Sia-sia aje kita berjaga-jaga sampai tidak cukup tidur beberapa malam ni." Kata salah satu pengawal kepada kawan yang satu syif dengannya pada malam itu.

"Itulah...Hm, kau...kau ada bunyi sesuatu tak?" tegur kawannya itu dengan wajah gusar, seolah-olah ada sesuatu yang mengganggunya sejak tadi.

"Bunyi apa?"

"Macam bunyi kuda-...Ah." Disebabkan mula tersedar, maka dia terus meneropong ke arah sempadan luar, namun tiada apa-apa yang dia nampak. Kosong.

Kpak!

Dia mendengar seperti ada benda yang dipukul di belakangnya, maka dia cuba berpaling ke arah rakan satu syifnya semula, tetapi tidak sempat melakukannya kerana giliran kepalanya pula dipukul oleh seseorang. Jadi, dia pengsan di situ bersama-sama rakan-rakannya yang lain di atas tembok tersebut.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now