...sambungan Bab 4

30 11 0
                                    

PETANG itu, Dilan menghantar Ayuri ke rumah sewa Ayuri. Ayuri tinggal di rumah flat sekarang dan tinggal seorang diri di situ, oleh sebab itulah dia memerlukan duit yang banyak sekarang. Kalau dia tinggal dengan penyewa lain, dia pasti dia tidak akan dapat teruskan hidup di situ lagi kerana dia tidak suka orang lain tinggal di suatu ruang bersamanya.

Dilan memerhatikan kawasan rumah flat tersebut dan menggigit bibir. Kasihan pula dia dengan nasib yang menimpa Ayuri. Kenapa Furqan dan Zalikha bertindak kejam macam itu sedangkan Ayuri melayan mereka dengan sangat baik selama ini?

"Saya tahulah saya orang miskin sekarang, tapi tak perlulah tengok kawasan rumah ini macam itu sekali." Tegur Ayuri.

"Mana ada. Um, tak ada sesiapa kacau awak di sini, kan?"

"Kalau ada pun, bukan masalah awak."

Mendengar jawapan Ayuri itu telah membuatkan Dilan rasa tidak sedap hati dan gusar.

"Saya ada belajar seni pertahanan diri; karate, tae kwan do dan silat, awak rasa saya akan biarkan orang lain ambil kesempatan ke atas saya?" sambung Ayuri sambil menyilangkan tangan di belakang tempat duduk penumpang. Dia masih lagi belum keluar dari kereta kerana rasa selesa dan nikmat pula duduk di dalam kereta Dilan yang ada 'air-cond'. Ah, nyaman.

"Awak tahu, makin lama saya makin faham perasaan dan pemikiran Nek Chu. Nek Chu tidak sukakan orang miskin sebab merasakan mereka jenis yang suka mengambil kesempatan dan sekarang, saya bersetuju dengan Nek Chu. Furqan dan Zalikha itu anak yatim, MB yang ambil mereka dari rumah anak yatim, lalu mengambil mereka bekerja di dalam rumah saya. Kami jaga dan layan mereka dengan sangat baik, tetapi ini balasan mereka kepada saya. Huh! Ya, sekarang saya sangat bencikan orang miskin disebabkan apa yang mereka buat. Memandangkan awak sudah rapat dengan TS sekarang, jadi tolong sampaikan pesanan saya kepada TS sekali. Suruh TS berhati-hati dengan Roy, Lee dan Mat sebab mereka semua itu datang dari rumah anak yatim yang sama macam Furqan dan Zalikha. Okey, itu aj-..."

"Bukan semua orang miskin dan anak yatim jahat, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, Ayuri." Nasihat Dilan dengan lemah-lembut agar hati Ayuri juga lembut.

"Simpan nasihat awak itu kepada orang lain, setelah apa yang berlaku, saya sudah tinggalkan semua moral saya." Ayuri cuba membuka pintu, tapi ia dikunci semula oleh Dilan.

"Ayuri, saya serius tentang awak. Kalau awak bersama-sama saya, saya tidak akan biarkan awak hidup susah lagi. Saya sudah beli rumah dan ia akan siap dalam masa 4 bulan lagi. Saya mahu kita berkahwin sebab saya mahu bawa awak ke sana dan kita tinggal bersama-sama di sana. Jadi, awak tidak perlulah tinggal di sini lagi. Saya memang beli rumah itu dengan membayangkan awak dan saya menjadi isi rumahnya. Nah."

Kemudian, Dilan menghulurkan satu kotak kecil kepada Ayuri. Dia sempat mengambilnya semasa dia berada di rumah tadi. Itulah barang yang dia mahu ambil apabila balik ke rumahnya tadi memandangkan dia telah meninggalkan barang itu di rumah ibu bapanya dan bukan rumah sewanya.

"Apa ni?"

"Cincin. Saya sudah lama beli cincin tu. Awak boleh beritahu saya jawapannya kemudian. Seandainya saya nampak awak memakai cincin itu, maknanya awak bersetuju untuk menjadi isteri saya. Kalau awak tidak memakainya, maknanya awak menolak tawaran saya. Jika itu yang berlaku, saya akan mula belajar untuk melupakan awak dan mencari calon lain pula untuk menjadi suri hati saya."

Ayuri membuka kotak cincin itu dan menelitinya dengan sangat lama. Jadi, Dilan sudah lama merancang untuk mengahwininya dan selama ini, Dilan sedang menunggunya? Namun, Ayuri menutup kotak cincin itu semula, lalu menyimpannya ke dalam beg. Agak-agak kalau dia jual cincinya ini, berapalah yang dia akan dapat ya? Fikrinya.

"Okey." Balasnya dan terus keluar dari kereta, lalu berjalan pergi ke bloknya. Dia tidak boleh menunjukkan keterujaannya di hadapan Dilan. Nope!

Dilan masih belum bergerak dari situ. Dia menunggu masa untuk membuat panggilan kepada Ayuri. Setelah 15 minit berlalu, barulah dia menelefon Ayuri.

"Hai. Awak dah sampai rumah ke?" soalnya dihujung talian.

"Ya."

"Dah masuk dalam rumah kan?"

"Yup!"

"Kunci pintu rapat-rapat ya dan jaga diri baik-baik. Bai, Assalamualaikum." Katanya dan terus memutuskan talian. Dia mendapatkan nombor itu dari Ayuri semasa mereka berbincang di dalam kereta tadi.

Hatinya telah berrasa lega, oleh itu dia boleh berlalu pergi dari situ sekarang. Dilan memandu pacuan empat roda itu ke jalan raya semula kerana mahu kembali ke kafenya, bukan ke rumah sewa atau rumah ibu bapanya.

Masih ada banyak kerja yang dia perlu selesaikan di kafe itu; contohnya mengira stok bekalan segar seperti makanan laut, ayam dan daging sebelum ke pasar raya. Kafenya baru saja mahu ber'nyawa', jadi banyak kerja yang dia perlu lakukan sendiri sebelum mengambil lebih ramai staf. Nasib baik kawan-kawannya itu sudi membantu.

...

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now