...sambungan Bab 49

24 6 2
                                    

...

*Contain a little bit alcohol abuse and mature scene, only a little, don't worry.

MAJLIS KETUA HASH menjadi liputan luas juga di Istana Kastelhike. Ramai yang tumpang gembira untuk Ketua Hash yang sudah lama membujang, tetapi ada juga yang bersedih hati antaranya Maisun, Puteri Avi dan anak kepada Ketua Hazeman yang sudah lama meminati Ketua Hash. Tetapi, Hash hanya melihat dia sebagai adik perempuan sahaja memandangkan dia ialah anak kepada Ketua Hazeman.

Maisun (42) hanya datang untuk seketika dan selepas itu, dia mahu segera pulang. Siapa saja yang sanggup melihat perkahwinan bekas tunang sendiri, lagi-lagi mereka tidak putus secara sukarela, sebaliknya dipisahkan secara paksa.

Tetapi, Maisun gembira apabila melihat tunangnya, Lana gembira. Melihat ayah dan adik Lana gembira dengan perkahwinan ini membuatkan dia juga senang hati. Dia juga perlu kelihatan senang supaya mereka tidak rasa bersalah terhadapnya kerana ini bukan salah sesiapa di antara mereka, yang salah ialah bekas warden penjara pada sebelum ini.

Maisun tidak boleh bersedih, lagi-lagi apabila suami Lana itu bukanlah orang biasa, tetapi Ketua Hash, lelaki paling kuat di sini buat masa sekarang. Jadi, Ketua Hash dapat menjaga dan melindungi Lana lebih baik darinya.

Maisun hanya minum segelas air jus oren yang disediakan di majlis itu. Sejak apa yang berlaku pada sebulan yang lepas, dia sudah berjanji tidak akan menyentuh arak lagi. Dia mahu menjadi seperti Tuan Puteranya yang langsung tidak pernah menyentuh arak.

Setelah menghabiskan jus oren itu, dia cuba berlalu pergi, tetapi langkahnya terhenti apabila kelibat Puteri Avi (47) tepat-tepat berada di hadapannya sekarang. Jadi, sekarang mereka sedang berhadapan dengan satu sama lain dan kedua-duanya terpaku.

"Ah, um...Selamat pagi." Sapa Maisun cuba memecahkan kesunyian dan rasa kekok yang mereka rasakan sekarang.

Maisun dapat melihat PK Puteri Avi iaitu PK Rawin melihatnya dengan wajah ingin tahu kerana sejak akhir-akhir ini Tuan Maisun kerap menemui Puteri Avi di biro Ketua Avi dan mereka kelihatan serba salah dengan satu sama lain.

Kadang-kadang, Tuan Maisun akan memberikan makanan dan air kepada Puteri Avi. Semuanya bermula sebulan yang lepas. Adakah Tuan Maisun cuba mengurat ketuanya yakni Puteri Avi? Fikir PK Rawin (32). Ini tidak boleh jadi, dia juga perlu memulakan langkah untuk menambat hati Puteri Avi memandangkan Ketua Hash sudahpun menikah.

Selama ini, PK Rawin memendam perasaannya terhadap Puteri Avi kerana dia tahu tentang perasaan Puteri Avi terhadap Ketua Hash. Dia hampir-hampir berputus asa dari cuba memiliki Puteri Avi kerana dia tidak setanding Ketua Hash.

Tetapi, pada sebulan yang lepas, lebih kurang beberapa hari selepas Kerajaan De Leux dan Phillea berjaya ditawan, Ketua Hash telah mengumumkan statusnya sekarang dan bakal mengadakan majlis perkahwinan rasmi antara dia dan isterinya yang sedang hamil.

Apabila mendengar berita itu, suatu harapan seolah-olah muncul di hadapannya dan dia tidak mahu melepaskannya lagi. Tetapi, kemunculan Tuan Maisun seperti mengacau rancangannya pula. Tidak, dia tidak akan benarkan ia berlaku.

Puteri Avi sekadar mengangguk di hadapan Maisun. Dia sudah tidak mahu bertemu dengan Maisun lagi setelah apa yang berlaku kepada mereka sebulan yang lepas. Ia suatu kesilapan yang dia mahu lupakan secepat yang mungkin, tetapi Maisun kerap pula muncul di hadapannya setelah kejadian itu berlaku dan mengatakan yang dia mahu bertanggungjawab ke atas segala-galanya.

Macam mana dia akan menerima cadangan itu jika dia masih belum bersedia untuk mencintai lelaki lain dan ia pula berlaku secara tiba-tiba? Ah! Kenapa dia mabuk pada malam itu? Semenjak kejadian yang menimpa dia dan Maisun pada malam itu, dia sudah berjanji tidak akan menyentuh arak lagi dan mahu menjadi seperti anak saudaranya, Putera Mirza yang tidak pernah mendekati arak pun. Serius, tak ada perkara yang baikpun yang bakal terjadi jika dia mabuk!

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now