...sambungan Bab 9

22 8 0
                                    

...

PADA pagi itu, Kou sedang berjalan-jalan di sebuah pasar yang terdapat di Sabah. Dia mencari bahan-bahan masakan untuk dimasak pada tengah hari ini. Tuan Puteranya pula sedang menunggu di rumah tumpangan.

Semasa sedang asyik mencari bahan, Kou ternampak kelibat yang sangat dikenalinya. Oleh itu, dia memanggil orang tersebut.

"Ketua Hash!" panggilnya.

Orang itu atau Ketua Hash terus berpaling ke belakang. Tika itu, mereka semua berpakaian biasa atau pakaian orang bumi.

"Siapa kamu?" Hash menduga dengan wajah berkerut.

"Saya Kou, saya gembira dapat jumpa Ketua Hash di sini. Saya sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi, saya betul-betul risau dengan keselamatan Tuan Putera. Jadi, dapat berjumpa dengan Ketua Hash di sini benar-benar menyenangkan hati saya." Kata Kou dengan wajah teruja.

Pada saat itu, tiga orang pengawal yang mengikut Ketua Hash terus menunjukkan minatnya apabila Kou menyebut nama 'Tuan Putera'.

"Tuan Putera? Kamu..." salah seorang pengawal yang mengikut Ketua Hash mula menyoal.

"Saya salah seorang pekerja yang bekerja di bawah Putera Zull, anakanda Putera Mazhe dan saya diamanahkan untuk menjaga Putera Zull di sini. Tetapi, selepas apa yang berlaku, saya risau pihak Raidez cuba mencari kami. Oleh itu, saya terpaksa tinggal di sini, yakni jauh dari kawasan semenanjung atau Bandar Bukit Berapi yang menjadi 'hotspot' pihak Raidez." Jelas Kou dengan wajah lega pula.

Hash mengangguk faham. "Bawa saya kepada Tuan Putera. Kami sedang mencari Putera Mazhe, tetapi kami boleh bawa Putera Zull yang kamu cakapkan itu ke istana kerana dia akan lebih selamat di istana." Balas Hash tenang.

"Baik. Tetapi, sebelum saya bawa Ketua Hash dan..."

"Pengawal yang membantu tugas saya mencari Tuan Putera Mazhe." Balas Hash apabila Kou seperti mahu mengetahui tentang tiga orang pengawal yang berada di belakang Ketua Hash.

"Ya, tapi Ketua Hash dan Pengawal Pembantu perlu menutup kedua-dua mata dahulu sebagai langkah berjaga-jaga. Kejap, saya belikan penutup-.." Kou tidak sempat melengkapkan ayatnya kerana ia telah dicantas oleh salah seorang pengawal.

"Berani kamu memberikan arahan kepada Ketua Hash? Kamu tahu tak pangkat Ketua Hash lebih tinggi di Istana Kastelhike, jadi dia tidak perlu mengikut arahan kamu! Kamu yang patut mengikut arahannya." Balas pengawal pertama dengan lantang.

"Tak mengapa, Alic. Ia tidak menjadi suatu masalah pun sebab saya faham kerisauan yang dihadapinya olehnya. Baiklah, saya bersetuju, Kou." Kata Hash kepada Alic dan kemudian, bercakap dengan Kou pula.

"Okey, tunggu di sini sekejap ya, saya perlu membeli penutup mata dahulu." Kata Kou dan terus bergegas ke kedai pakaian yang terdapat di situ. Selepas itu, dia kembali dengan penutup mata, lalu diagihkan kepada Ketua Hash dan yang lain.

"Saya akan memberikan arahan, kamu hanya perlu mendengar suara saya sahaja." Kata Kou dan terus bergerak dan memberikan arahan dengan mulutnya, jika mereka perlu ke kanan dia akan menyebut 'kanan', begitulah seterusnya.

Semua manusia bumi yang berada di pasar itu kepelikan, tetapi membiarkan sahaja urusan orang-orang pelik itu. Mungkin mereka sedang membuat 'content' untuk media sosial masing-masing.

Kou perlu menutup mata mereka kerana pengawal yang mengikut Ketua Hash tidak akan dapat mengetahui lokasi rumah tumpangan itu. Jika mereka tidak melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri, maka mereka tidak akan dapat menghantar lokasi kepada pihak musuh.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now