...sambungan Bab 28

26 6 4
                                    

...

MIRZA menggalas kantung anak panah dan kemudian mengetatkan tali pinggang yang disekalikan dengan sarung pedang di pinggangnya itu. Dia sedang mengemas dan mempersiapkan dirinya kerana sudah sampai masanya untuk dia keluar dari wad tersebut.

MB dan Liyana juga ada di dalam bilik itu dan sedang menunggu putera mereka bersiap.

"Tuan Putera, memandangkan Tuan Putera sudah lima bulan tidak balik ke rumah, saya mahu beritahu Tuan Putera awal-awallah supaya Tuan Putera tidak terkejut apabila melihat Lana di rumah Ketua Hash nanti." Kata MB kepadanya dengan suara yang sedikit perlahan.

"Hm. Kenapa saya perlu terkejut?" Mirza bertanya dengan wajah ingin tahu sambil masih bersiap-siap dengan penampilan dirinya.

Semenjak menyertai misi bersama-sama ahli Peaks lima bulan yang lepas, dia memang langsung tidak pernah pulang ke rumah Ketua Hash itu lagi kerana tidak mahu membuang masa dalam mencari pengalaman bertempur dan berlawan dengan berulang-alik balik ke rumah.

MB tersengih-sengih. "Tuan Putera tahu tentang adat orang sini berkahwin kan? Ada dua cara mereka berkahwin, Tuan Putera tahu tentangnya kan?"

"Ya, MB pernah beritahu saya pada sebelum ni. Kenapa tiba-tiba timbulkan isu ini?"

"Hehehehe. Lebih kurang empat bulan yang lepas, Ketua Hash ada datang sini sebab dia perlu turun ke bumi seperti biasa. Tetapi, sebab sudah tidak ada keperluan untuk dia turun ke bumi seperti sebelum ini, maka Ketua Hash tinggal dengan kami di rumah itu. Dia ada mengajar Am menggunakan kuasa di rumah, dan...mungkin pada masa itulah cinta mereka berputik di rumah itu. Saya gembira bagi pihak Ketua Hash dan Lana."

"MB cuba beritahu saya, Ketua Hash dan Lana ada hubungan itu sekarang?"

"Ya, tapi Ketua Hash kata, dia akan buat majlis apabila Tuan Putera telah mengambil alih istana Kastelhike. Perkara ini masih rahsia sebab Ketua Hash tidak mahu pihak istana kecoh dengan hal itu, lalu menyebabkan rumah yang dia beli secara rahsia itu terbongkar, kemudian membongkarkan hakikat Tuan Putera masih lagi hidup. Ketua Hash memang popular sebagai seseorang yang tidak berperasaan, maksud saya berhati batu dengan perempuan. Jadi, pihak istana mesti kecoh dan mahu mengetahui siapakah perempuan yang berjaya mencairkan hati batu dia. Saya mahu bertanya kenapa dia tiba-tiba ubah fikiran, tapi saya segan. Mungkin dia rasa sudah sampai masanya untuk dia juga bina keluarga dia sendiri dan mungkin dia nampak masa depan dia dengan Lana."

Mirza mengangguk-angguk. Dia sedikit terkejut kerana tidak menjangkakan tindak-tanduk Ketua Hash itu, tetapi dia tumpang gembira bagi pihak mereka berdua. Ketua Hash juga layak untuk bina keluarga, dengan usia dia sekarang memang sudah sampai masanya untuk dia berkeluarga.

"Berkenaan saya yang akan terkejut dengan Lana apabila saya melihat dia nanti bermakna dia sedang berbadan dua? Kalau tiada perubahan dari segi fizikal dia, saya tidak akan tahu pun apa perubahan yang dia alami, jadi ia mesti perubahan fizikal dan sesuatu yang orang lain boleh nampak dengan sekali lihat saja kan." Mirza meneka.

"Ya Tuan Putera, as usual, your highness's really sharp."

"Macam mana penerimaan Logam dan Lara?"

"Mereka juga gembira bagi pihak ibu mereka, bahkan mereka gembira ibu mereka sudah berkahwin dengan Ketua Hash. Mereka sangat suka dengan Ketua Hash sebab Ketua Hash adalah orang yang telah selamatkan mereka pada sebelum ini. Adakah Tuan Putera tahu tentang hakikat yang Lana hanyalah ibu angkat mereka berdua?"

"Ibu angkat?"

"Ya. Lana hanyalah ibu angkat mereka berdua. Lana dibeli oleh Tuan Fuzan iaitu anak sulung Tuan Firat (ayah Faki: lelaki yang melawan Mirza dalam UKPI) semasa lawatan dia ke istana Kastelhike pada 10 tahun yang lepas. Tuan Fuzan telah beli Lana dari warden penjara Oskal. Tak guna betul warden penjara tu, sesuka hati aje jual orang."

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now