Bab 24: Rombongan ke Pulau Raksasa

18 6 0
                                    

MIRZA (20) merasakan perutnya mula berbunyi pada malam itu. Lagi tiga jam mungkin kapal mereka akan sampai, jadi dia masih sempat lagi untuk makan. Disebabkan itu, dia mengalihkan wajahnya ke arah Ari yang sedang duduk di sebelahnya walaupun ada jarak antara mereka.

Dia nampak Ari sedang asyik melihat unggun api di depan mereka itu.

"Awak dah makan ke?" soal Mirza kepada Ari.

"Belum."

"Jom makan."

"Tak apalah...saya tak lapar."

"Awak tak lapar atau awak tak ada duit? Jangan risau saya belanja."

Dia nampak mata Ari terus bersinar-sinar apabila mendengarnya.

"Jom. Lain kali awak berterus terang aje dengan saya. Kalau awak lapar ke, tak ada duit ke, tengah sakit ke, saya mahu awak berterus terang sebab saya tak dapat baca apa yang terbuku dalam hati awak. Saya lagi suka kalau awak berterus terang tentang isi hati awak. Awak faham?"

"Baik. Terima kasih."

Maka, mereka berdua pun berjalan ke arah pekan yang berdekatan tempat itu dan memulakan misi mencari makanan. Mirza mungkin hanya akan makan roti ataupun sumber karbohidrat yang lain seperti ubi. Ia lebih terjamin halal.

Mencari sayur dan buah tidak menjadi masalah kerana sayur serta buah kebanyakkannya halal di sini. Apa yang susah untuk dicari ialah sumber protein yang halal.

Daging merah dan putih dia akan terus tolak, ikan dan sumber laut itu lebih dipercayai dan tiada syubhah, cuma cara masakan pula yang dia perlu titik beratkan.

Selalunya dia akan memesan ikan yang dibakar tanpa menggunakan apa-apa bahan, bukannya dia dapat merasai semua itu pun sekarang.

Tetapi, kadang-kadang dia ragu-ragu juga untuk memesan ikan serta makanan laut kerana mungkin cara persiapan ikan itu disekalikan dengan tempat menyiang makanan yang tidak halal.

Oleh yang demikian, maka dia selalunya akan menangkap ikan di sungai atau laut dan membakarnya sendiri. Lebih selamat dan meyakinkan.

Mereka melalui pekan dan membeli di gerai-gerai tepi jalan. Mirza membeli makanan yang Ari mahukan dahulu, selepas itu barulah dia mencari makanannya. Selepas memesan ubi bakar, maka dia dan Ari mencari kerusi kosong untuk makan di situ.

Ari memakan makanan yang dibeli oleh Mirza dengan perasaan senang hati. Kedua-dua tangannya memegang makanan yang berlidi. Akhirnya dia dapat makan juga selepas seharian mengikat perut.

Hari ini, semua duit simpanannya sudah habis, jadi dia menantikan bayaran dari pihak Peaks-C nanti. Namun, dia bernasib baik kerana bertemu semula dengan lelaki yang baik ini sekali lagi.

PK Biom kata bayaran untuk misi ini akan diberikan di atas kapal kerana dia risau ada yang lari dari sini selepas mendapat bayaran mereka.

Lagipun, pihak Peaks-C ada memberitahu bahawa makanan dan minuman akan disediakan untuk mereka di atas kapal nanti walaupun hanya makanan yang ringkas. Jadi, terpaksalah Ari menunggu masa itu tiba, tetapi nasib baiklah Mirza belanja dia makan sekarang.

Sedang asyik dia makan, dia memandang ke arah Mirza yang sedang duduk di sebelahnya. Mirza hanya makan sebiji ubi bakar saja. Jadi, ia telah membuatkan Ari melihat kedua-dua tangannya yang sedang memegang makanan.

"Awak nak?" soalnya kepada Mirza kerana rasa kasihan apabila melihat Mirza makan dengan tidak berselera dan tiada perasaan.

Reaksi Mirza yang dia pernah nampak hanyalah dua, tiada ekspresi atau kosong dan marah. Itu saja yang dia pernah nampak, tetapi wajah itu selalunya dihiasi dengan ekspresi kosong saja.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now