...sambungan Bab 36

34 9 4
                                    

...

PUTERA MUEZ sedang bersiap-siap dalam biliknya. Pagi itu akan menjadi hari yang sibuk baginya kerana hari ini ialah pertabalan dia menjadi Putera Mahkota. Namun, tiada senyuman pun yang terukir di bibirnya itu.

Mungkin kerana ini bukanlah kemahuan dia: istana, kerajaan, pangkat dan status, dia sudah muak dengan semua itu. Sekarang ini, dia mahu hidup yang tenang bersama-sama isteri dan anaknya yang sudah berusia 8 bulan.

Namun, apakan dayanya, kalau dia berundur sekarang, ayahandanya akan mengamuk besar dan tidak mungkin akan membiarkan dia hidup senang dan tenang. Muez menarik nafas panjang.

"Kanda." Panggil isterinya, Puteri Aman, adik Que Shyi. Muez berpaling ke arah isterinya. Puteri Amania menghadiahkan senyuman lebar kepada suaminya itu.

"Kanda nampak sangat segak pada hari ini." sambung Aman sambil membetulkan bahagian bahu suaminya itu.

"Terima kasih, dinda. Macam mana dengan Putera Muze?" soal Muez bertanyakan tentang anaknya, Muze (8 bulan).

"Para dayang sedang siapkan dia. Anakanda pasti sangat kacak dengan baju istana pilihan kanda dan dinda."

Muez mengangguk kerana bersetuju dengan isterinya.

"Berdebar-debar dan gementar?"

Sekali lagi Muez mengangguk.

"Jangan risau, kanda. Semuanya akan okey."

"Kanda tak sedap hati."

"Kanda tidak perlu rasa macam itu, dinda kan ada. Dinda akan pegang tangan kanda dengan erat supaya kanda tidak perlu rasa macam itu lagi."

Kemudian, bunyi ketukan di pintu bilik persalinan dalam auditorium kedengaran.

Hari ini, Majlis Pertabalan itu akan diadakan di dalam Auditorium Istana Kastelhike. Auditorium itu berkonsepkan klasik dan susun atur dalaman auditorium atau rekaannya berbentuk 'Horseshoe' dan dipanggil sebagai 'Horsehoe Auditorium'.

Bezanya, ada ruang di antara dua tempat duduk bahagian bawah (parquet/1st level) atau aras pertama. Ia mempunyai empat aras tempat duduk: aras pertama (yang paling bawah), 1st tier (2nd level atau aras kedua), 2nd tier (3rd level atau aras ketiga) dan dress circle (4th level atau aras keempat).

Aras pertama untuk menteri, para penasihat istana, para ketua biro, PK dan AB mereka. Aras kedua untuk para Raja dan golongan Bangsawan Kelas Atasan, Bangsawan Kelas Pertengahan dan Bangsawan Kelas Bawahan. Aras ketiga untuk anak-anak golongan bangsawan dan aras keempat untuk warga istana dan rakyat biasa yang dibenarkan untuk hadir.

Di hadapan pentas, ada skrin monitor yang agak besar untuk semua orang menonton upacara pertabalan itu. Hari pertabalan ini juga ditayangkan di kaca TV dan akan menjadi liputan terbesar pada hari ini.

Pertabalan Putera Muez sebagai Putera Mahkota memberi maksud baginda akan mengambil alih tugasan Tuanku Ozzette dalam memerintah Olienpiece, jadi ia upacara yang sangat penting dan perlu diketahui oleh semua orang, termasuklah rakyat jelata.

Mereka perlu mengenali siapa yang akan menjadi pemerintah baharu mereka selepas Tuanku Ozzette turun takhta.

"Masuk." Arah Putera Muez, para dayang yang mempersiapkan Putera Muez turut berhenti apabila mendapat arahan dari Putera Muez supaya mereka berhenti melakukan tugasan mereka sebentar.

Orang yang mengetuk pintu bilik persalinan itu memulas tombol pintu sambil meletakkan tangan kanan ke dada kiri. Setelah itu, dia berdiri di hadapan pintu.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now