Bab 16: Bangsawan Kelas Atasan

30 7 0
                                    

MIRZA menolak mop di atas lantai bilik utama latihan. Dia datang awal pada hari itu kerana mahu membersihkan dan mengemop lantai sebelum latihan bermula. Itu sudah menjadi tugasnya sejak lima bulan yang lepas kerana seniornya dalam latihan tidak mahu membuat kerja itu lagi, lalu menyerahkan tugas itu kepadanya seorang lagi kawannya, Owen.

Mirza hanya menurut kerana dia tidak mahu mencari gaduh atau menimbulkan kekecohan. Kemudian, seseorang memanggil nama Mirza.

"Datang awal lagi ya kau." Tegur kawannya, Owen (21). Owen memasuki pusat latihan itu setahun yang lalu.

Mirza berpaling dan hanya mengangguk. Sekarang baru pukul 8.00 pagi, latihan akan bermula pada pukul 9.00 pagi nanti.

"Oh, macam mana dengan UKPI?" soalnya ingin tahu sambil mengambil kain basah untuk mengelap tingkap kaca di sebelah kiri bilik latihan utama tersebut.

"Alh-...saya berjaya ke peringkat akhir. Minggu depan perlawanan akhir akan diadakan."

Owen terus melopong; rahangnya jatuh ke bawah sedikit, oleh itu dia menolak ke atas semula dengan tangan kanan kerana mahu menutup mulutnya yang sudah ternganga itu. Tangan kiri yang mengelap tingkap itu tadi berhenti bergerak dan sekarang ini, dia sedang fokus melihat ke arah Mirza.

"Seriuslah! Wei, tahniah wei! Kau tahu tak kau orang pertama dari pusat latihan ini yang berjaya ke peringkat akhir UKPI, senior kita si Akhi tu hanya dapat masuk separuh akhir je. Hahaha! Tahniah Irza."

"Terima kasih, tapi itu pun mungkin sebab saya bernasib baik aje. Lawan saya menipu, kalau dia tidak menipu, mungkin agak tipis juga peluang saya untuk berjaya."

"Eh, siapa kisah pasal benda-benda macam tu, apa yang penting kau berjaya Irza, ia sesuatu yang orang sini tak pernah dapat. Kau pasti akan jadi kebanggaan kampung kau nanti dan juga tempat latihan ni. Kalau Tuan Zenn tahu ni, mesti Tuan Guru Zenn akan puji kau nanti."

Apabila mendengarnya, Mirza hanya mengetapkan bibirnya.

"Kenapa dengan reaksi tu? Kau takut senior Akhi tak suka dan makin bencikan kau?"

"Ya. Dia mungkin akan cari jalan untuk susahkan saya nanti."

"Kita buat laporan jelah pasal perbuatan senior Akhi tu. Kau berjaya pergi ke peringkat seterusnya dan ia bermakna kau lebih kuat dari dia. Kau pasti akan dapat tewaskan dia kalau dia cuba buli kau lagi. Lagipun, kau lawanlah dia balik kalau dia cuba buli kau." Pesan Owen sebelum menyambungkan kerjanya yang tertangguh tadi.

Mirza hanya mengangguk ringan.

"Oh ya, kau dah tahu ke lawan kau pada perlawanan akhir nanti?"

"Dah."

"Siapa?"

"Rein."

Owen menjatuhkan rahangnya buat kali kedua. "Rein Rhenus? Anak lelaki dari keluarga Rhenus, Bangsawan Kelas Atasan?"

Mirza mengerutkan dahinya sedikit kerana dia tidak mengetahui identiti atau status Rein, lawannya nanti. Dia juga tidak dapat belajar mengenai orang bangsawan di sini kerana MB dan Liyana sendiri pun tidak tahu tentang mereka memandangkan mereka dahulu hanya duduk di kerajaan naungan Raidez sahaja.

Ketua Hash pula tidak boleh datang ke sini kerana dia masih belum diarahkan turun ke bumi. Kalau misi turun ke bumi diarahkan semula nanti, barulah dia dapat tinggal di sini dan mengajar semua itu kepada Mirza memandangkan hal-hal seperti itu tidak disebut di dalam buku dan hanya berada di dada akbar sahaja.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now