Bab 8: Unsur Azali

29 8 0
                                    

RADEA menunggu di depan pintu pagar rumah mewah milik Tuan Rein. Seperti biasa, dia mahu memberikan makanan kepada Rein dan keluarganya semasa Rein mahu berangkat ke tempat latihan untuk persediaan memasuki Ujian Kemasukan Pegawai Istana.

Dia membawa pencuci mulut dan kek seperti yang dicadangkan oleh dayang merangkap pengawal peribadinya semalam, Dalya. Hampir setengah jam juga dia menunggu di luar. Dia tidak pernah diajak masuk ke dalam walaupun mereka tahu kedatangan dia. Tapi, itu semua tidak penting sebab Radea tidak kisahpun tentangnya.

Dahulu, ibu bapa Rein dan Rein sendiri sangat sukakan dia, tetapi tiba-tiba saja mereka juga telah mula dingin dengannya. Huh! Semua ini adalah sebab kakaknya yang tidak guna itu. Si jembalang tanah tak guna!

Apabila pintu dibuka, dia dapat melihat Tuan Rein dan pengiringnya sedang menarik viva (kuda putih) untuk pergi ke tempat latihan.

"Selamat pagi, Tuan Rein." Sapa Radea dengan senyuman lebar.

Hanya kepada Tuan Rein saja dia tersenyum lebar, kepada pembantu, pengawal atau pengiring Tuan Rein, Radea memberikan jelingan maut. Dia bukannya suka sangat mereka semua itu. Asyik nak mengata dia saja dan suka buat muka kepadanya. Huh!

Rein terus mengeluh dan menggelengkan kepalanya, dia terus menaiki badan viva itu. Oleh itu, air muka Radea terus berubah.

"Tuan Rein, beta bawakan pencuci mulut pula pada kali ini. Cukup untuk Tuan Rein dan pengiring Tuan Rein tu." Kata Radea masih bersemangat.

"Saya dah pesan supaya awak berhenti menghantar makanan kepada saya, bukan? Awak tak perlu membazirkan wang yang awak ada, Radea. Saya tahu segala-galanya tentang awak sekarang, Radea. Tentang awak yang sudah tidak diiktiraf sebagai Puteri di Istana Kastelros dan sikap kurang ajar awak kepada ayahanda awak, kekanda Aryan (25) dan adinda awak, Balkis. Cukuplah bawa masalah, Radea. Kalau awak mahu dapatkan balik status puteri awak itu, awak patut berubah jadi lebih baik. Ini teguran dari ayahanda awak, tapi awak tak faham-faham, kan? Cukup-cukuplah memberontak, kita bukan makin muda, Radea."

"Heh!" Radea tersenyum sinis sampai senget sebelah bibirnya. "Saya tak akan berubah selagi saya tidak mencapai matlamat saya, Rein. Lagipun, sama ada saya berubah atau tidak, 'ia' tetap sama. Tetapi, ada pengecualian. Kalau Tuan Rein sudi menikahi saya, maka saya akan terus berubah menjadi baik seperti yang Tuan Rein mahukan."

"Saya dah kata kan, berhenti kejar dan suka saya, Radea! Saya bencikannya!" jerit Rein sedikit lantang kerana dia betul-betul geram dengan perempuan yang tidak tahu rasa malu ini dan tak reti bahasa.

Radea terdiam apabila mendengar jeritan Rein. Oleh itu, Radea meramas kedua-dua tangannya.

"Awak akan menyesal, Rein. Saya akan pastikan awak menyesal. Waktu itu, saya pasti akan ketawakan awak sambil minum kopi kegemaran awak. Heh! Okey. Saya juga sudah penat. Selama ini saya cuma mahu selamatkan awak, tetapi awak langsung tidak bagi saya peluang untuk menjelaskan semua itu, berbincang mahupun berjumpa dengan saya. Semoga berjaya, saya maksudkan antara awak dengan Balkis dan semoga awak menderita, Rein." kata Radea dengan lagak yang angkuh. Kedua-dua tangannya telah diletakkan di atas belakang pinggang seperti biasa dan dagunya didongak ke depan sedikit.

"Heh!" salah seorang pengiring Tuan Rein tergelak kecil. Jadi, semua mata memandangnya pula. "Ah, maaf Tuan Rein, saya tak sengaja." Katanya serba salah.

Namun, selepas itu pengiring yang lain turut tergelak, akhirnya Tuan Rein sendiri juga tergelak sama. Melihat Tuan Rein dan pengiringnya seperti sedang memperlecehkan dia, maka Radea semakin sakit hati. Bukaan kelopak matanya menjadi semakin kecil kerana geram.

"Dalya, jom." Ajak Radea yang memakai pakaian kombat itu dan terus memasuki kevera (pacuan empat roda) dengan perasaan marah serta benci yang membuak-buak.

Sebaik saja Dalya masuk ke dalam kevera, Radea terus bersuara. "Mungkin beta patut belajar membunuh seseorang dengan perlahan-lahan, tetapi menyakitkan. Selepas itu, beta boleh menggunakan otak beta yang bergeliga ni untuk merancang pembunuhan tanpa jejak supaya pihak berkuasa tidak boleh menangkap beta kerana ketiadaan bukti. Beta mungkin lemah dalam pengawalan kuasa dan perlawanan, tetapi otak beta sangat cerdas, lebih cerdas dari dia, ayahanda, kekanda dan jembalang tanah (Balkis) tu."

"Tuan Puteri, tidak baik membunuh, Tuan Puteri." Nasihat dayangnya, Dalya dengan lembut.

Radea terus memandang ke arah Dalya dan melihat Dalya dari atas ke bawah. "Beta rasa beta sudah jumpa mangsa pembunuhan pertama beta. Mungkin beta boleh gunakan dia untuk latihan terlebih dahulu."

Sebaik sahaja mendengarnya, Dalya terus memeluk tubuhnya sendiri. "Patik minta maaf, Tuan Puteri. Ampunkan patik." Balas Dalya malas.

"Heh!" Radea hanya tersenyum kelat dan kemudian, melemparkan pandangan ke tempat lain.

Apabila perasan pandangan Radea ke arah lain, maka Dalya terus membuat muka dengan mulutnya yang berkumat-kamit kerana geram dengan sifat Tuan Puterinya itu. Dia sudah menjaga Radea sejak Radea berumur 8 tahun lagi, jadi sudah bermacam-macam ragam yang dia hadap dari Puteri Radea. Mahu tak geram dia dibuatnya?

"Mengajuk beta ke?" balas Radea apabila melihat pantulan pada cermin tingkap pacuan empat roda itu. Dalya tergamam. "Memang dah tak sabar jadi mayat ya?"

"Maafkan patik Tuan Puteri, Tuan Rein lebih sesuai jadi mangsa pertama."

"Bukan dia, tetapi jembalang tanah tu. Si Rein itu akan menyesal seumur hidupnya kerana melepaskan beta. Dia ingat beta buat semua itu semata-mata hanya kerana dia? Heh! Ahaha! Dia buat beta tergelak. Boleh tahan perasan juga Tuan Rein ini ya. Hm, dia pasti akan sangat menyesal selepas ini kan, Dalya." Radea tersenyum sinis di dalam perut kereta itu.

"Ya, Tuan Puteri. Tuan Rein akan menyesal suatu hari nanti sebab terlepas perempuan cantik dan baik macam Tuan Puteri."

Bibir Radea terus ukir senyum sehingga ia senget sebelah. Dalya membuat muka sekali lagi, tetapi kali ini dia yang memalingkan muka ke arah lain. Kemudian, dia teringat akan sesuatu.

"Oh ya, Tuan Puteri. Macam mana dengan makanan yang kita sudah beli ini?"

"Kita berikan kepada pengemis dan gelandangan di kampung atau bandar yang kita lalu sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Bangsawan di sini sombong, diberi makanan percuma pun tidak mahu. Huh!" kata Radea menyindir Rein dan yang lain tadi serta ibu bapa Rein.

Bukannya dia tidak tahu, ibu bapa Rein dan Rein sendiri suka memberikan makanan pemberian dia kepada jiran dan kadang-kadang ia masuk ke dalam tong sampah. Makanan pemberian Balkis pula bukan main disambut dengan meriah. Suatu hari nanti, semua itu akan berubah. Suatu hari nanti, mereka semua akan melutut di depannya. Senyuman sinisnya senget ke sebelah sekali lagi.

"Baik, Tuan Puteri." Balas Dalya dan mengangguk faham. Itulah yang sebaiknya, daripada makanan itu dibazirkan begitu saja. Fikir Dalya.

...

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now