...sambungan Bab 9

22 9 0
                                    

...

DI ISTANA Kastelhike, bunyi penggera dibunyikan di bahagian sayap kiri kerana ada kebakaran yang sedang berlaku. Seorang Anak Buah (AB) dari Ketua Biro Keselamatan Dalam Istana dan yang bertugas di bahagian itu bergegas ke tempat kejadian.

Dia melihat suatu kebakaran yang marak di salah suatu tempat lapang yang terdapat di sana. Dia menggigit bibir.

"Kebakaran spontan sekali lagi?" duganya atau AB Zerlot kepada pengawal yang sampai awal ke sana.

"Ya, Tuan. Ini kali kelima ia berlaku di istana. Pada sebulan yang lepas, ia berlaku di dalam Penjara Oskal sayap kiri. Seminggu yang lepas di sebelah tempat rehat istana, kali ini ia berlaku di tempat yang lapang pula." Salah seorang pengawal di situ menjawab.

"Tak boleh buat apalah sebab sekarang sedang musim panas, empat bulan lagi barulah bermula musim sejuk. Kamu ada kuasa air atau ais?" soal Zerlot memandangkan dia hanya mempunyai kuasa angin dan tanah.

"Tiada Tuan."

"Siapa antara kamu semua yang ada?"

Zerlot melihat tiga orang pengawal itu hanya menggelengkan kepalanya. Tidak mengapalah, mungkin dia boleh menggunakan kuasa tanah untuk menimbus api tersebut. Dia cuba menyerunya, tetapi tidak sempat kerana seseorang terlebih dahulu melakukannya.

Seseorang itu berlari laju dan kemudian berhenti di hadapannya, lalu mengalunkan tangannya itu dengan lembut kerana mahu menggunakan kuasa unsur air yang dia ada.

"Kolam Air Sfera." Katanya dengan lembut. Kuasa airnya membentuk sfera yang depenuhi air dan kemudian menelan api yang marak tersebut.

Semua pengawal di situ termasuklah Zerlot teruja apabila melihat kelibat itu. Kelibat itu merupakan orang yang paling cantik di istana dan dia juga ialah perempuan yang paling lemah lembut serta baik hati di sini. Muka semua pengawal lelaki dan perempuan di situ mula merah padam.

"Aaah. Te-terima kasih Puteri Alli." Kata salah seorang pengawal dengan hidung yang berdarah, tetapi dia cepat-cepat menyapunya, lalu mereka semua terus meletakkan tangan kanan ke dada kiri sebagai tanda sapaan dan hormat.

Chagalli atau Alli berpaling dan tersenyum ke arah mereka semua. Makin cairlah mereka semua dibuatnya. Puteri Alli memang awet muda kerana sampai sekarang wajahnya masih sama seperti dia masih muda dahulu.

Namun, Puteri Alli masih lagi membujang sampai sekarang. Kata orang kerana dia masih menunggu Putera Mazhe. Cinta Putera Alli terhadap Putera Mazhe mungkin masih belum luntur sampai sekarang. Tetapi, mereka semua gembira Putera Alli membujang, dapatlah mereka berfantasi menjadikan Puteri Alli sebagai artis pujaan mereka.

"Sama-sama. Kamu semua tidak apa-apa? Beta boleh minta tolong Puteri Que rawat kamu jika kamu tercedera." Katanya dengan lemah lembut.

Sebaik sahaja mendengar nama Puteri Que, mereka semua berubah riak muka menjadi jelik, bukan kerana benci, tetapi disebabkan oleh perangai Puteri Que itu tidak semenggah yang disangkakan.

Pernah sekali mereka melihat dengan mata mereka sendiri yang Puteri Que Shyi membersihkan tangannya yang kotor dengan menyapukan tangannya ke bahu Penolong Kanannya, Rohi selepas dia makan.

Malahan, Puteri Que juga sangat suka melumurkan tangannya yang kotor selepas makan itu kepada sesiapa sahaja yang dia bertembung di tepi jalan. Mereka tidak berani untuk marah kerana dia ialah seorang Puteri Raja dan merupakan salah satu ketua biro di istana, jadi mereka hanya merelakannya saja.

"Ah, tak apalah Tuan Puteri. Melihat Tuan Puteri saja sudah cukup." Kata Zerlot bagi pihak yang lain. Yang lain hanya mengangguk-angguk dengan serentak.

"Eh, kalau ada yang tercedera, beta boleh sembuhkannya. Hehehehe." Celah Que yang berada di belakang mereka semua, lalu merangkul leher Zerlot dan membersihkan tangannya yang baru makan kuah asam, ia seperti tempoyak petai di bumi. Que memang suka makan makanan itu dengan begitu sahaja.

Muka Zerlot terus berubah menjadi loya, tetapi dia perlu menahannya. "Ta-tak mengapa Tuan Puteri." Katanya dan mengangkat tangan Puteri Que itu dengan perlahan-lahan dari lehernya.

Tetapi, selepas itu, Tuan Puteri Que menampar bahu Zerlot seperti mengibas tangannya kerana mahu menbersihkan tangannya sekali lagi di baju Zerlot.

"Ah, kenapa....aku baru saja mandi." Bisik hati Zerlot dengan pasrah.

"Ah, beta sudah kotorkan baju kamu. Nanti kamu minta pegawai beta basuhkan ya. Alli, jom kacau orang lain pula." Ajak Que tanpa rasa serba salah.

"Que, kita mahu makan, bukan kacau orang."

"Tch! Ish! Sambil makan sambil kacau oranglah. Jom. Bai semua, mesti kamu semua gembira dapat jumpa beta kan. Ahahaha!" balas Que dan terus berlalu pergi dari sana.

"Tidaaaak." Bisik hati mereka semua di situ.

"Aha, maafkan Puteri Que ya. Selamat malam semua." Kata Alli dan cuba berlalu pergi.

Wajah mereka semua 'berbunga-bunga' kembali, "Selamat malam Tuan Puteri Alli."

"Oh ya, nanti kamu boleh laporkannya kepada pihak atasan?" duga Alli kepada Zerlot memandangkan dia nampak kain yang dililit di bahu Zerlot itu adalah tanda Anak Buah salah seorang Ketua Biro Dalam Istana.

Setiap dari mereka yang berada di istana akan ada kain yang melilit bahu masing-masing; ia pelbagai warna dan corak. Warna menunjukkan pangkat mereka di istana, manakala corak pula menunjukkan pangkat berserta jawatan mereka dan dari biro yang mana.

Hanya Tuanku dan keturunan Tuanku Raisho saja yang tidak memakai apa-apa kain lilitan di bahu.

"Baik!" Zerlot memberi tanda hormat ke bahu sekali lagi tanda menurut perintah.

Setelah itu, mereka semua beredar selepas membersihkan apa yang patut. Apabila musim panas tiba, kadang-kadang bencana seperti kebakaran spontan akan berlaku, tetapi ia dapat dihapuskan segera apabila terkena kuasa unsur air atau ais. Di Olienpiece ada dua musim; musim panas dan sejuk.

Musim panas itu tidaklah terlalu panas, tetapi hanya beberapa ketika saja ia akan jadi terlalu panas. Musim sejuk juga sama, musim sejuk mereka tidak semestinya ada salji, hujan yang turun juga dikira sebagai musim sejuk mereka. Semasa musim panas pun, hujan ada juga turun, tetapi tidak sekerap ketika musim sejuk.

...

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now