Bab 10: Putera yang berambut afro

29 10 2
                                    

SEBELUM itu, seorang pengawal istana lelaki pangkat atas di istana Kastelhike sedang menunggu kedatangan tuan rumah di luar ruang tamu. Dia bertandang di sini disebabkan oleh arahan orang atasannya. Dia mahu melihat keadaan Ketua Hom, kemudian melaporkannya kepada orang atasannya itu.

"Tuan Qiwi?" duga seorang wanita yang berumur dalam 26 tahun, anak perempuan Ketua Hom. Lelaki itu atau Qiwi berpaling dan tersenyum.

"Selamat pagi Cik Homi." Sapanya.

"Datang melawat ayah?" soal Homi ingin tahu. Dia kenal dengan Qiwi kerana Qiwi kerap juga datang ke sini untuk berbincang dengan ayahnya.

"Ya, Cik. Boleh saya berjumpa dengannya?"

"Um, ayah sedang sakit, tapi kalau Tuan mahu melawat sekejap, saya izinkan. Bukan apa, medicer kata ayah perlukan rehat buat masa sekarang. Jom ikut saya." Ajak Homi dan bergerak ke bilik rawatan yang terdapat di dalam kediamannya.

Qiwi mengikut dari belakang sambil memerhatikan keseluruhan tempat itu. Tiada apa yang berubah. Fikirnya. Apabila Homi berhenti, maka dia juga berhenti, menandakan mereka sudah sampai ke destinasi.

Ktak! Ktaak!

Homi mengetuk pintu bilik itu. Tadi, ayahnya sudah terjaga, jadi ayahnya mesti mendengar ketukannya ini.

"Siapa?" soal Hom dari dalam.

"Homi, ayah. Homi ada bawa Tuan Qiwi dari Istana Kastelhike. Dia mahu berjumpa dengan ayah."

"Oh, bawa dia masuk." Arah Hom dari dalam.

"Baik, ayah." Oleh itu, Homi terus membuka pintu bilik itu, lalu menyuruh Qiwi turut masuk.

Apabila memasuki bilik itu, Qiwi dapat melihat Hom sedang duduk bersandar di atas katilnya dengan wajah yang pucat dan terkadang terbatuk-batuk.

"Homi, boleh tinggalkan ayah dengan Qiwi sekejap." Pinta ayahnya.

"Ya, boleh ayah." Kata Homi sambil meminta diri. Homi keluar dengan menutup pintu itu semula.

Sebaik saja pintu itu terkatup, Qiwi terus bersuara.

"Apa yang berlaku dua hari yang lepas, Ketua Hom?" soal Qiwi ingin tahu.

"Tiada apa-apa yang berlaku."

"Ya ke? Jadi, kenapa tiba-tiba saja Ketua letak jawatan?"

"Aku sudah terlampau tua, Qiwi. Sudah sampai masanya juga aku berehat. Kesihatan aku juga tidak mengizinkan. Apa kau tidak nampak?"

Qiwi tergelak kecil. "Heh! Kau masih sama, suka menyindir orang."

"Kau pula datang sini kenapa? Jangan kerap sangat, nanti orang syak kita, kita berhubung melalui surat sudahlah."

"Tak ada apa yang perlu dirisaukan pun. Pihak istana belum tahu apa-apa lagi, mereka semua masih dibuai mimpi. Oh, aku datang sini sebab Tuanku suruh aku lawat kau dan lihat keadaan kau, yalah sebab kau tiba-tiba saja buat keputusan drastik ini dan tidak memaklumkan kepada sesiapa pun. Bahkan, kau telah memaklumkannya kepada Putera Saze, bukan kepada aku ataupun Tuanku sendiri. Sudah tentulah Tuanku risau. Lagi-lagi, apabila mereka menggunakan Surat Rekomendasi dan Cop Berdarah Putera-Puteri Angkat Istana."

"Aku bukannya tidak mahu memberitahu Tuanku. Kebetulan aku jatuh sakit semasa berada di rumah bekas Ketua Hazeman, dan pada masa itu Putera Saze baru datang ke situ. Dia lihat keadaan aku teruk sangat, jadi dia tidak bagi aku masuk bekerja lagi. Huh, malang sungguh aku masa itu."

"Kau pergi ke rumah Hazeman? Dia ada buat pergerakan baharu ke?" soal Qiwi ingin tahu.

Sebenarnya, Hom tidak sempat melaporkan serbuannya kepada Tuanku dan konco-konconya mereka pun pada dua hari yang lepas. Hom berhajat mahu membuat laporan setelah dia berjaya memerangkap Hazeman, tetapi perkara yang sebaliknya pula yang berlaku.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now