...sambungan Bab 28

33 8 5
                                    

Sewaktu melalui koridor hospital itu, Fragil bertembung dengan Ari yang sedang menggunakan tongkat ketiak untuk berjalan. Betisnya ditembak semalam dan peluru yang digunakan oleh musuh semalam bukanlah peluru biasa.

Maksudnya, lukanya tidak dapat disembuhkan menggunakan kuasa 'Prisma Urus'. Jadi, Ari akan sembuh dengan cara biasa dan ia akan mengambil masa sedikit. Pelurunya berjaya dikeluarkan dan nasib baiklah ia tidak begitu dalam tidak mengenai urat dan tulang penting.

Apabila melihat kelibat Ari di depannya sambil membawa satu beg di tangan, maka Fragil melepasi Ari sambil menyepak sedikit kaki tongkat tersebut sehingga menyebabkan Ari terjelepok jatuh di atas lantai hospital.

Ari terus melihat Fragil yang berlalu pergi dari situ dengan keadaan dia sedang terduduk di atas lantai terbabit, kemudian ada jururawat yang membantu apabila melihat Ari sedang duduk di atas lantai dengan tongkatnya. Mungkin pesakit itu terjatuh kerana tidak biasa memakai tongkat.

Setelah stabil kembali, Ari meneruskan perjalanannya untuk ke wad bilik Mirza. Dia mahu melawat Mirza sebelum pulang ke rumahnya di Mauritus semula pada petang ini kerana dia sudah boleh discaj pada masa itu.

Mungkin ini akan jadi pertemuan terakhir dia dengan Mirza kerana selepas ini Mirza dan dia akan meneruskan hidup masing-masing di kampung atau bandar mereka seperti biasa, seperti sebelum mereka ke Pulau Raksasa itu.

APABILA sampai di depan bilik Mirza, Ari mengetuk pintu itu dahulu, selepas itu ada seorang perempuan muda yang membuka bilik tersebut.

"Oh, cari siapa?" soal perempuan muda itu atau Liya.

Ari mendiamkan dirinya kerana sedang berfikir, dengan keadaan sekarang dia tidak dapat menulis di notanya lagi. Macam mana nak jawab ya.

"Ari, masuklah." Celah Mirza di katilnya apabila dia dapat melihat wajah Ari dicelah-celah bahagian kaca separa lutsinar yang ada di pintu wad tersebut.

Apabila mendengarnya, maka Liya membenarkan Ari untuk masuk. Liya sedikit kepelikan kerana perempuan yang bertongkat itu langsung tidak mengeluarkan kata-kata. Bisukah?

"Ibu, Liya, ini Ari. Dia satu pasukan dengan saya di dalam misi itu dan dialah orang yang telah banyak bantu saya dalam misi itu. Ari, kenalkan ini ibu dan adik perempuan saya, Liya."

Mirza memperkenalkan mereka bertiga. Jadi, mereka hanya mengangguk-angguk apabila diperkenalkan.

"Terima kasih sebab telah membantu anak mak cik ya. Mak cik bersyukur sangat anak mak cik ini selamat balik dari misi dia, kamu pun mesti sama kan. Mak ayah kamu pun mesti risau sangat dekat kamu sepanjang kamu berada di sana, kan." Ujar MB kepada Ari.

Ari hanya tersenyum.

"Ari anak yatim piatu, ibu. Dia mengikuti misi ini pun sebab adik-beradik dia juga adalah mangsa culik itu dan, Ari bisu, ibu." Celah Mirza.

Apabila mendengarnya, MB dan Liya sama-sama mengangguk. Memang bisulah rupanya.

"Patutlah abang bertungkus-lumus belajar bahasa isyarat di rumah pada sebelum ini kan."

"Um. Abang jumpa dia sebelum misi itu lagi, disebabkan itu abang terfikir untuk mempelajarinya supaya senang abang nak bercakap dan berbual-bual dengan orang bisu nanti."

Sekali lagi MB dan Liya mengangguk. "Oh, ibu dan Liya keluar kejap ya. Cari makanan. Lapar lagi. Kamu berdua, berbuallah." Kata MB dan terus keluar dari situ diikuti oleh Liya.

"Awak okey, Ari?" soal Mirza apabila jasad Liya dan MB sudah lesap dari bilik itu.

Ari mengangguk. Kemudian, Mirza mengerling ke arah beg kertas yang dibawa oleh Ari itu.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now