...sambungan Bab 38

31 6 0
                                    

...

KINO keluar dari kevera bersama-sama Julie dan Lais. Sempat dia mengerling dan mendengus kepada Lais memandangkan mereka bertekak lidah sepanjang berada di dalam kevera.

Julie pula tidak mahu masuk campur dan sentiasa menilik wajahnya pada cermin bedak asas miliknya.

"Akulah perempuan paling cantik di seantero dunia. Ahahaha! Haih, aku tak patut bekerja di istana, aku patut jadi model atau selebriti sekarang ni. Tapi apalah nasib, dibenci dan dicemburui oleh orang yang berhati busuk disebabkan terlalu cantik lalu dilempar ke sini. Tapi, tidak mengapa sebab ada tuanku di sini. Ahahaha."

Julie memuji diri sendiri sambil melihat cermin itu dan kadang-kadang teringat pandangan seniornya di biro lamanya tadi pada saat dia mengatakan bahawa dia adalah salah seorang pengiring Tuanku Mirza sekarang. Jelas kelihatan wajah cemburu dan tidak berpuas hati seniornya itu tadi. Hohoho.

Lais dan Kino melihat Julie, kemudian menggelengkan kepala masing-masing apabila mendengar Julie memuji dirinya sendiri.

"Perempuan ni kan, kalau tak puji diri sendiri dalam satu hari, tak sah agaknya. Baik mampus kalau macam ni, senang dan tidak menyusahkan orang." Kino berkata dengan berterus-terang dan bercakap kasar kepada Julie.

"Hei, hei, hei! Ada aku kacau kau ke? Kalau bukan aku yang puji diri sendiri, siapa lagi nak puji, pokok bunga yang tak dapat bercakap tu!? Hgh!" marah Julie dengan meliarkan matanya kepada Kino, kemudian melemparkan jelingan tajam kepada Kino.

Kino terus mendecis. Nak ajak berlawan, perempuan pula si Julie ini, nanti tak pasal-pasal patah tulang anak dara orang ini! Hmph! Menyebalkannya.

"Kau ni, semua orang kau nak buat gaduh, apa salahnya puji diri sendiri. Orang kacak dan cantik memang patut puji dirinya kacak dan cantik, ia bukannya satu masalah pun. Macam aku yang kacak, baik hati dan budiman ni. Hm?" Lais membahas dan berlalu pergi meninggalkan Kino serta Julie yang berada di tepi kereta pengiring.

Putera Mirza dan Jora berada di dalam satu kereta, manakala mereka bertiga berada dalam kereta berasingan atau kereta untuk pengiring. Lais melihat lelaki yang pernah menjadi peserta UKPI sama macamnya atau Mirza sedang bergerak ke halaman belakang, bukannya memasuki rumah kediaman tersebut.

Jadi, Lais, Kino dan Julie hanya mengikut langkah lelaki itu atau Putera Mirza ke belakang. Sebaik saja sampai, mereka melihat ada banyak khemah yang berada di situ. Eh? Mereka baru sampai semalam dan ada yang baru masuk ke dalam kediaman ini pada pagi tadi, oleh sebab itu mereka tidak tahu ada khemah yang banyak di sini. Siapa mereka semua itu?

Hari ini, Mirza mahu berjumpa semula dengan puak Ataker. Semalam hari yang sibuk dan memenatkan bagi dia, jadi dia hanya larat bertemu dengan Miki dan Maisun sahaja. Justeru, memandangkan hari ini, dia ada sedikit masa terluang, ada baiknya dia melihat perkembangan terkini kaum Ataker itu, kaum yang bakal menjadi bala tenteranya nanti.

Pada saat salah seorang puak Ataker melihat kelibat seseorang yang memakai baju Diraja rasmi bersama-sama kalung Tuanku Tertinggi di dahinya dari jauh, maka dia terus melaungkan kedatangan tuanku mereka itu kepada puaknya.

Malahan, ada yang telah memanggil ketua puak mereka iaitu Miki untuk menyambut kedatangan Tuanku Mirza.

"Selamat datang Tuanku." Sapa salah seorang dari mereka sambil memberi tunjuk hormat kepada Tuanku Mirza sementara menunggu Miki sampai ke situ.

"Terima kasih. Panggil beta dengan panggilan Tuan Putera sahaja, beta lebih gemar dengan panggilan itu. Beritahu yang lain juga." Balas Mirza.

Dia penat memberitahu perkara yang sama, tetapi tetap perlu mengatakannya juga kerana dia memang tidak suka dipanggil sebagai 'Tuanku' memandangkan ia kedengaran tua baginya. Tidak mengapa, tidak lama lagi mereka akan terbiasa memanggil Tuan Putera. Awal-awal mungkin banyak yang perlu dibetulkan, diubah dan sebagainya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now