...sambungan Bab 35

51 8 8
                                    

*warning: suicide attempt

...

PAGI keesokkannya, Mirza menelefon MB kembali dan bertanya mengenai Ari, tetapi Ari tidak pergi ke sana pun. Jadi, Ari pergi ke mana kalau bukan ke rumah Ketua Hash dan melihat keadaan adik-beradiknya? Mirza tertanya-tanya.

Rakan sebilik Ari juga telah menghantar mesej bahawa Ari tidak balik sejak semalam dan kali terakhir dia melihat Ari ialah pada pukul 5.00 petang semalam, selepas itu Ari sudah tidak kelihatan lagi.

Sekali lagi, Mirza menarik nafas panjang dan menghembuskannya dengan berat.

Walaupun mereka diberikan cuti selama dua hari, tetapi Mirza tidak berhajat untuk keluar dari istana atau balik ke rumah Ketua Hash kerana dia perlu menguruskan perkara yang dia perlu selesaikan sebelum Majlis Pertabalan Putera Muez sebagai Putera Mahkota.

Tetapi, melihat keadaan sekarang, dia perlu keluar dari istana untuk sementara dan mencari Ari. Dia harap tiada perkara buruk yang menimpa Ari. Sebagai bekas penyiasat, firasatnya mengatakan dia perlu memulakan pencarian di rumah Ari dahulu.

Oleh itu, Mirza menuju ke arah wakaf boid dan menunggu boid di situ. Sebaik saja kelibat boid sampai, Mirza menaikinya dan perlu berhenti di beberapa tempat sebelum berjaya ke rumah Ari yang berada di bandar sebelah bandar Mauri.

Hampir satu jam perjalanan, barulah Mirza sampai ke kampung Ari. Mirza berjalan untuk ke rumah Ari seperti biasa memandangkan tiada boid atau teksi pun yang melalui kawasan rumah Ari.

Hampir 10 minit berjalan, Mirza baru sampai di rumah Ari. Sebaik saja sampai, Mirza telah memanggil nama Ari dan kadang-kadang mengetuk pintu rumah Ari, tetapi tiada orang pun yang menyahutnya. Uni pasti tiada di sini kerana dia sudah pindah keluar semenjak Ari bekerja di dalam istana.

Mirza semakin tidak sedap hati. Mungkin Ari pergi ke pantai? Mungkin. Bisik hatinya dan terus bergerak ke pantai, tempat dia dan Ari bertemu buat kali pertama. Getus hati Mirza.

Kemudian, semasa dia semakin dekat dengan pantai itu, dia dapat melihat kelibat seseorang dari jauh sedang melawan arus laut dan memasukinya dengan perlahan-lahan.

Kelibat itu sama seperti kelibat yang dia kenali: kelibat perempuan yang banyak makan dan tidak pernah berhenti makan. Disebabkan itu, Mirza telah melajukan langkahnya dan berhenti di tepi pesisir pantai.

"Ari! Apa awak buat ni, Ari!" Mirza melaung dengan kuat kerana agak terkejut dengan tindakan Ari melawan arus laut dan kini masih berjalan masuk ke dalam laut.

"Ari! Berhenti! Berhenti sekarang, adik awak masih hidup dan ada peluang lagi, Ari! Lagipun, dalam keadaan macam ini, awak sepatutnya bersama-sama dengan adik-beradik awak!" Laung Mirza lagi dan lagi supaya suaranya sampai ke telinga Ari dan menyedarkan Ari dari tindakan luar biasa ini.

Tetapi, Ari langsung tidak berhenti dan sekarang dia sudah memasuki laut sehingga ia sampai ke bahagian dadanya. Oleh sebab Ari tidak menunjukkan tanda untuk berhenti, maka Mirza terpaksa memasuki air laut itu juga.

Kuasanya tidak berguna walaupun dia sudah gunakannya tadi sebab Ari memintas kuasa batu, tanah dan logam yang dia ada dan melawannya. Mirza membuka jaket panjang berhud dan melemparkannya ke tepi, membuka kasutnya dan kemudian memasuki air laut itu juga.

Dia tahu dia ada kelemahan dengan air laut, tetapi dia tidak boleh berpeluk tubuh saja di sini dan hanya melihat Ari sedang cuba membunuh dirinya sendiri. Apa yang sudah merasuk Ari sekarang ini? Perempuan itu sedar atau tidak tindakan dia sekarang ini?

Mirza melajukan langkahnya kerana tidak mahu kelibat Ari yang berada di hadapan ghaib dan ditenggelamkan air sepenuhnya. Tika itu pun, paras air sudah sampai ke leher Ari dan pada bila-bila masa saja, badan Ari akan tenggelam sepenuhnya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now