..sambungan Bab 15

37 8 6
                                    

...

EMSI membuat pengumuman siapa yang akan melawan siapa di atas gelanggang. Nama yang dipanggil akan berganjak ke depan dan berhadapan dengan lawan masing-masing sebelum masing-masing membelakangi satu sama lain dan berlalu pergi dari atas gelanggang. Mereka yang sudah dipanggil boleh terus balik sejurus selepas berhadapan dengan lawan masing-masing.

"Bhool lawan Lais!" laung Emsi. Suatu tepukan gemuruh dan suara riuh rendah menyambut laungan suara oleh Tuan Emsi itu.

"Kino lawan Leto!"

"Julie lawan Karen! Ah, perempuan lawan perempuan, pasti tidak sabar mahu melihatnya bukan. Merekalah antara bunga yang ada di sini dari awal hingga akhir, dan akhirnya mereka dapat membuktikan mereka lebih layak dan kuat berbanding mana-mana peserta lelaki di sini. Oops...hehehe."

"Vren lawan Gota!"

"Dan akhir sekali, Rein lawan Mirza. Okey, itu saja pada malam ini. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir yang akan diadakan pada minggu hadapan ya. Berdoalah untuk peserta-peserta kita ini juga ya. Mereka inilah yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi pelapis-pelapis Ketua-Ketua Biro terhebat yang kita ada sekarang. Selamat malam semua, jangan lupa tidur awal dan makan makanan berkhasiat ya. Terima kasih!" Emsi itu mengundurkan dirinya dan berlalu turun dari gelanggang sama seperti peserta yang lain.

Namun, Mirza dan Rein masih lagi sedang menghadap satu sama lain di atas gelanggang itu. Rein memberikan senyuman nipis kepada Mirza, Mirza pula tidak memberikan apa-apa reaksi. Rein bukanlah lawan yang mudah. Fikir Mirza.

Selepas itu, mereka berdua sama-sama membelakangi satu sama lain dan bergerak turun dari atas gelanggang ke arah yang bertentangan. Bunyi derapan kaki mereka berdua itu perlahan-lahan hilang dari gelanggang tersebut.

Namun, di suatu tempat di atas gelanggang itu, seorang perempuan yang menutup kepala dan rambutnya dengan hud tersenyum senget. Dia bingkas bangun dari situ dan berlalu keluar dari kerusi penonton sambil meletakkan kedua-dua tangan ke atas pinggulnya.

Apabila dia bangun, pengiring setianya turut bangun dan mengekori jejak langkahnya itu. Perempuan itu keluar dengan senyuman senget yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Namun, tanpa pengetahuan dia dan pengiringnya itu, dia diekori oleh beberapa orang lelaki.

...

SEBELUM bergerak ke rumah tumpangan tadi, Mirza ke tempat lain dahulu. Liyana dan MB telahpun pulang ke rumah tumpangan itu kerana mereka mahu tidur awal pada hari ini, esok mereka perlu terus balik ke rumah rahsia Ketua Hash di Hemifilis.

Semasa dia datang ke sini pada beberapa hari yang lepas, dia ada ternampak pantai dan laut, jadi dia mahu melawat laut serta pantai itu dahulu sebelum balik ke rumah tumpangan. Sudah lama dia tidak mendengar bunyi ombak yang menenangkan, jadi dia mahu ke sana dan menyaksikan keindahan alam sekali lagi.

Setelah sampai ke situ, Mirza berdiri di atas pasir pantai dan berada tidak jauh dari pesisir pantai itu. Tenang. Sangat menenangkan.

"Sukakan pantai?" tegur seseorang.

Oleh sebab terkejut, maka Mirza terus berpaling ke belakang. Ia suara yang asing baginya, maknanya ia bukan suara yang dia kenal seperti Hash, Muqer atau Que Shyi. Sebaik saja berpaling, dia melihat seorang perempuan yang sedang menutupi kepalanya dengan jaket berhud.

Perempuan itu tersenyum senget. "Tidak perlu terlalu berjaga-jaga dengan saya, saya bukan musuh." Perempuan itu berjalan melepasinya dan berdiri memandang pantai malam dengan kedua-dua tangan masih di atas punggung.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now