...sambungan Bab 45

27 6 3
                                    

...

KOR 10 yang perlu tinggal di belakang, kemudian akan bergabung semula dengan Batalion 10 yang diketuai oleh Putera Mirza dan sudahpun memasuki kawasan istana Kastellis, sedang menuju ke arah Bandar Dean setelah mendapat signal untuk ke sana, lalu membantu Batalion 10.

Ada yang menuju ke sana dengan terbang di udara, ada yang menaiki kenderaan perang dan ada yang menunggang kuda.

"Masuk saja ke dalam Bandar Dean, kamu perlu mencari unit masing-masing dan terus berada dalam posisi untuk membantu mereka sama seperti arahan Tuan Putera." Laung Ketua Kor iaitu Leftenan Jeneral Lumia kepada pasukan Kor jagaannya. Jumlah ahli Kor yang diketuainya dianggarkan dalam 29 500 orang.

Mereka semua menyahut sambil fokus menuju ke arah Bandar Dean. Seorang tentera perempuan dari pasukan berkuda juga fokus menunggang kudanya untuk memasuki Bandar Dean.

Lebih kurang 30 minit berlalu, pasukan berkuda dari Kor 10 mula memasuki Bandar Dean, kemudian masing-masing menuju ke arah unit mereka untuk bergabung dengan unit mereka dan memberi sokongan serta bantuan.

Mereka mengecam unit mereka dengan lilitan pada lengan baju masing-masing: warna merah untuk Unit 1; warna kuning untuk Unit 2; dan hijau untuk Unit 3.

Tenteran perempuan itu berada dalam unit 3, ertinya dia perlu melawan dan menangkap bala tentera dan pengawal kerajaan De Leux. Itulah yang dia lakukan sebaik saja bergabung dengan unitnya.

Namun, semasa sedang menangkap dan melawan bala tentera De Leux, ada suatu raksasa yang datang menyerang dia kerana tidak sempat dihalang oleh Unit 2.

Jadi, dia menggunakan benteng tanah miliknya untuk melindungi dirinya sendiri serta kawan seperjuangan dia yang berada berdekatan. Dia berlawan dengan raksasa itu dan apabila raksasa itu kalah, dia melawan raksasa lain pula yang cuba menerpa dia dan unitnya.

Jumlah raksasa dan lawan mereka sangat ramai, jadi perempuan itu tiada pilihan selain menggunakan kuasa yang dia ada selama ini demi membantu kawan-kawannya yang sedang bergelut untuk menang. Namun, tiba-tiba saja dia teringatkan kata-kata seseorang.

"...ada baiknya awak tetapkan kuasa apa yang awak mahu tunjukkan kepada orang dan kuasa apa yang awak mahu sembunyikan agar mereka tidak tertarik untuk mengetahui kekuatan awak yang sebenar. Dan pada pendapat saya, ada baiknya awak tidak beritahu sesiapa tentang kuasa 'penyalin' yang awak ada. Saya juga akan sembunyikannya dan tidak akan beritahu sesiapa pun tanpa pengetahuan awak. Awak boleh pegang kata-kata saya ni." Mirza kepada Ari (Bab 29).

Perempuan itu atau Ari teringat kata-kata Mirza, ah tidak, Tuanku Mirza pada lima bulan yang lepas? Sekarang, macam mana dia mahu membantu tanpa mereka mengetahui identitinya? Oh, dia patut menutup wajahnya.

Ya! Disebabkan itu, Ari mencarik bajunya sedikit lalu menutupi separuh wajahnya. Kemudian, membuka lilitan Unit 3 di lengan bahunya. Setelah itu, dia menyerang semua tentera pihak lawan dan raksasa menggunakan kuasanya yang pelbagai tanpa berhenti sehingga Leftenan Jeneral Lumia yang menyaksikan kejadian itu tercengang apabila melihat salah seorang tentera Kor sekuat itu.

Oh, jadi ada tenteranya yang sekuat ini rupanya. Fikir Leftenan Jeneral Lumia.

Sebenarnya, Ari sepatutnya memasuki Pengawal Istana Perempuan di Pusat Istana Kastelhike kerana Mirza menukarkan dia ke pusat istana, tetapi sebagai pengawal istana juga. Namun, dia telah tersesat dan mendaftarkan diri pada unit yang salah. Disebabkan itulah dia tercampak ke sini.

MB dan Liyana tidak mengetahuinya pun kerana mereka sangkakan tiada apa-apa masalah pun dengan pertukaran Ari ke pusat istana. Dan Ari pun tidak mengetahui bahawa dia telah tersilap mendaftarkan diri.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now