...sambungan Bab 50

20 4 2
                                    

SEMASA memasuki mahkamah dan 'Bilik Bicara', Mirza dan yang lain hanya memakai pakaian biasa dan bukan pakaian Diraja kerana Mirza mahu menyaksikan proses perbicaraan ini dahulu sebelum dipanggil sebagai saksi.

Terdapat tiga hakim dan beberapa juri yang berada di dalam bilik itu. Pihak plaintif (yang mendakwa) diwakili oleh pihak pendakwa raya, manakala pihak defendan (yang didakwa) diwakili oleh beberapa peguam.

"Yang Arif, kami mewakili pihak kaum Ataker sebagai plaintif mahu mendakwa Tuan Kaisun, Bera dan Narqus serta beberapa pengawal di bawah mereka di atas gangguan dan penderaan seksual yang dilakukan oleh mereka kepada beberapa kaum perempuan dari puak Ataker sepanjang mereka berada di dalam penjara. Berikut ialah kronologi kejadian ini..." salah seorang pendakwa raya berdiri di kerusinya dan bercakap dengan yakin, tegas dan tanpa ragu-ragu, seperti profesional yang lain.

"...Kejadian ini akan berlaku pada belah malam setiap 4-6 bulan sekali. Warden yang berkawal pada malam kejadian akan memasuki ruang penjara dan mengambil lebih kurang 5-6 orang perempuan dari puak Ataker keluar dari penjara..." pendakwa raya itu menjelaskan kejadian itu satu per satu seperti keterangan-keterangan dari para plaintifnya.

Para hakim, juri, peguam bela, tertuduh dan penonton mendengarnya dengan tekun. Separuh dari penonton yang melihatnya ialah kaum Ataker dan separuh lagi orang awam yang lain. Di antara mereka itu, ada Mirza, Kino dan Jora yang turut mendengarnya.

Selepas membaca semua keterangan dan maklumat berdasarkan siasatannya di dalam kes yang mereka tangani ini. Ketua Hakim menyuruh peguam bela dan anak guamnya untuk membela diri.

Peguam bela pihak defendan berdiri dan mula berucap. "Yang Arif. Kita sedia maklum bahawa kaum Ataker telah dianggap sebagai pengintip apabila mereka sampai ke sini. Tuanku palsu yang telah mengumumkannya kepada kita semua. Jadi, anak guam saya hanya melayan para tahanan seperti tahanan. Mereka itu dikira pengintip dan pembelot, tidak sepatutnya mereka hanya dipenjarakan pada masa itu. Kami tahu sekarang puak Ataker tidak bersalah dan hanya difitnah, tetapi ini hanya diketahui sekarang. Jadi, perkara ini tidak dapat dielakkan."

Mendengar ucapan dari peguam bela itu, kebanyakan puak Ataker yang berada di situ mula membuat bising, tetapi Ketua Hakim telah menggunakan tukul hakim untuk mendiamkan mereka semua.

Walaupun diselubungi oleh perasaan marah, puak Ataker tetap mendiamkan diri mereka. Mereka perlu bertenang dan membiarkan pihak pendakwa raya menjalankan tugas mereka.

"Saya bangkang! Maafkan saya Yang Arif kerana mencelah." pendakwa raya telah bangun dan meminta maaf kepada para hakim dahulu sebelum membangkang. "Adakah anak guam kamu berhak untuk merendahkan tahanan macam itu? Walaupun mereka dituduh sebagai pengintip dan sudah dipenjara, tidak bermaksud kamu boleh memperendahkan dan memperlecehkan mereka secara seksual ketika mereka dipenjarakan. Anak guam kamu tiada hak untuk menghukum mereka macam itu. Mana ada hukuman macam itu termaktub dalam hukuman penjara mereka. Tiada! Yang Arif, saya membangkang sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka!" tegas pendakwa raya.

Peguam bela yang berucap tadi terus mengetap bibirnya kerana geram. Kalau bukan fikirkan tentang hubungan persaudaraan dia dengan Narqus, tidak mungkin dia akan membela kes ini.

Selepas itu, mereka saling membantah ucapan masing-masing sehinggalah tiba masa untuk memanggil saksi. Saksi pertama yang dipanggil ialah Miki selaku ketua puak Ataker, Maisun sebagai Panglima Perang Batalion 7, Volc dan kemudian adalah Putera Mirza. Akhir sekali, barulah warden penjara.

Apabila Putera Mirza dipanggil menjadi saksi, muka peguam bela, Narqus, Bera dan Kasiun mulai pucat. Menjadi lawan Putera Mirza bukanlah perkara yang bagus. Kenapa mereka langsung tidak mendapat maklumat tentang Putera Mirza menjadi saksi?

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now