...sambungan Bab 46

18 5 0
                                    

...

JULIE mengelak serangan riben gimnastik yang dilontarkan kepadanya dengan cepat kerana tidak mahu ia terkena badannya lagi. Kalau tidak, habis lebam dan luka keseluruhan badannya. Terkadang, dia menyeru kuasa air untuk menahan serangan riben gimnastik yang dijadikan sebagai senjata oleh lawannya itu.

Dia dapat melihat lawannya, OB Shy sedang berpusing-pusing sambil melayangkan riben gimnastik ke udara dengan lemah gemalai, benar-benar seperti ahli gimnastik.

"Ros berduri!" laung Julie, menggunakan kuasa terbitan utama dan kekuatannya. Kuasa itulah yang telah menyebabkan dia memenangi UKPI pada sebelum ini.

Sebaik saja menyeru 'ros berduri', maka dahan-dahan pokok bunga ros menjalar keluar dari tanah dan cuba membelit tubuh badan Shy. Disebabkan perasan dengan serangan itu, maka Shy menghayungkan ribennya dengan lebih laju dan tangkas kerana mahu memotong dahan menjalar berduri tersebut.

Walaupun dia bergerak lebih tangkas, gerakannya masih ada kelembutannya dan ia telah menyebabkan Julie mendecis kerana cemburu apabila menyaksikan betapa lembut dan fleksibelnya badan si Shy.

Disebabkan pusingan dan ketangkasan itu, ros berduri milik Julie tidak dapat menyentuh jasad Shy langsung. Tetapi, dia meneruskan pergerakan gimnastiknya itu sambil menyerang Julie dengan lemah-gemalai.

"Tch! Joran pancing!" kali ini, Julie menyeru senjatanya pula, lalu menerpa ke arah Shy sambil melemparkan senjatanya yang berbentuk joran dan mempunyai 3 cangkuk mata kail yang tajam di hujungnya.

Jika mata kail itu terkena lawannya, maka ia akan cedera parah kerana 3 cangkuk mata kail tersebut boleh mencapah dan mencederakan bahagian jasad yang terkena mata kail terbabit.

Hanya satu kali sahaja, jika ia terkena jasad Shy satu kali saja, maka dia boleh melumpuhkan pergerakan Shy dengan merosakan bahagian badan Shy yang terkena mata kail tersebut.

Jadi, Julie perlu berhati-hati dalam memancing mangsanya pada malam itu. Hm...Ia macam memancing ikan di sungai atau lautan, cuma pada kali ini, ia bukan ikanlah, tapi manusia. Hehe!

1, 2, 3!

Mata kail bercangkuk tiga itu dilemparkan ke arah Shy yang masih asyik menari gimnastik. Tidak kena! Jadi, Julie melemparkannya sekali lagi sambil menyeru 'ros berduri'. Julie menyerang dengan dua serangan kerana dia perlu memastikan dirinya menang perlawanan kali ini dan kemudian menyertai Tuan Puteranya dalam menawan istana pula.

Tuan Puteranya membahagikan mereka kepada dua ahli jika mereka perlu berpecah. Julie dengan Kino satu pasukan, manakala Jora dengan Lais dan Tuan Putera dengan Rein. Tetapi, Tuan Putera perlu berpisah dengan Rein sebaik saja mahu menawan istana kerana Rein diperlukan di tempat pertempuran utama yakni di kawasan bandar utama Dean. Kuasanya diperlukan oleh pasukan yang dapat mengawal logam.

Namun, sebaik saja pertempuran bermula tadi, mereka semua berpisah dan kini seorang diri saja dan tiada sandaran. Jadi, Julie perlu berhati-hati supaya dia tidak terkorban.

Pak! Pak! Pak!

'Joran pancing' miliknya dilemparkan banyak kali dan setiap kali itulah Shy dapat mengelaknya. Kemudian, Julie dapat melihat lawannya itu tersenyum sinis ke arahnya seolah-olah gembira kerana dapat mempermainkan dia.

Ish! Makin Julie geram apabila melihat senyuman sinis itu. Mahu saja dia hancurkannya. Kali ini, Julie melemparkan 'joran pancing' sekali lagi, namun tali pancingnya dapat ditangkap oleh Shy.

Kemudian, Shy menarik tali pancing tersebut dan ia menyebabkan Julie tertarik ke depan kerana dia tidak berhajat untuk melepaskan senjatanya itu. Tidak akan! Tarikan Shy semakin dekat seolah-olah memang mahu mendekatkan jarak mereka.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now