Bab 50: Yang mendakwa dan didakwa

17 4 0
                                    

ARI berlari anak ke dalam Makmal Utama Kastelhike dengan wajah teruja sambil membawa beberapa bungkusan makanan: ia untuk adik-beradiknya dan pekerja di sana.

"Aaaaaa." Ari menjerit gembira apabila memasuki bilik pemulihan di dalam makmal tersebut bagi memberitahu MB dan Liyana bahawa dia datang melawat lagi pada hari ini.

"Ari, kamu dah sampai ya." MB mengukirkan senyuman gembira apabila melihat gadis muda yang sentiasa tersenyum itu. Ari mengangguk laju, kemudian menyerahkan beberapa bungkusan makanan kepada MB.

Setelah menyerahkannya, dia terus ke katil dua adik kembarnya yang telah pulih dari menjadi raksasa dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan sebelum dibenarkan keluar. MB hanya tersenyum melihat gelagat Ari.

Dia meletakkan bungkusan makanan di atas meja dan membahagikan yang lain kepada stafnya. Selepas itu, dia bergerak ke bilik adik-beradik Ari dirawat.

Sewaktu masuk ke dalam bilik itu, dia melihat Ari sedang memeluk adik-beradiknya dengan erat dan mengucup bahagian muka mereka dengan berkali-kali. Ia suasana yang sentiasa dilihatnya apabila melawat bilik ini.

"Kamu sudah jumpa rumah sewa berdekatan istana?" soal MB ingin tahu. Ari berhenti dari mengucup adik-beradiknya dan memandang ke arah MB, lalu mengangguk.

"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam itu. Wira dan Wara juga semakin pulih dan mungkin dapat keluar pada minggu hadapan. Kalau kamu perlukan apa-apa bantuan semasa mahu berpindah keluar nanti, kamu beritahulah kami, kami akan tolong, insya-Allah." Pesan MB dengan senyuman nipis. Dia berdiri di depan pintu sambil memasukkan kedua-dua tangan ke dalam kocek baju kot panjang berwarna putih.

Ari hanya mengangguk faham.

"Terima kasih doktor!" ujar Wira dan Wara dengan serentak.

"Aduhai, bukankah saya sudah cakap panggil saya mak cik aje. Saya dah anggap kamu bertiga ni macam anak saudara saya dah. Anak-anak saudara mak cik macam makin besar, mari mak cik cuba dukung." MB mendekati katil Wira, lalu mendukung Wira, setelah puas, dia mendukung Wara pula.

"Macam makin berat, kamu berjaya gemukkan merekalah Ari." MB menepuk bahu Ari dengan senyuman gembira dan ia telah membuatkan Ari ketawa nakal.

Memang itulah yang Ari usahakan selama sebulan ini sebab selepas adik-beradiknya berubah bentuk seperti asal semula, badan mereka sudah sedikit kurus berbanding biasa. Jadi, dia telah bertungkus-lumus selama sebulan untuk menggemukkan adik-beradiknya.

Dia juga ditukarkan menjadi pengawal istana seperti dahulu semula apabila ketua unit tentera yang dia sertai sebelum ini memberikan dia tawaran untuk bertukar ke kerjayanya yang lepas. Hal-hal kesilapan semasa pendaftaran juga telah diselesaikan dengan baik.

Dia memilih untuk menjadi pengawal istana seperti dahulu kerana kerja itu membuatkan dia lebih mempunyai masa untuk bersama-sama dengan adik-beradiknya nanti berbanding menjadi tentera istana. Tentera istana kebiasaannya akan diberikan misi luar istana untuk diselesaikan dan dia tidak mahu berjauhan dengan adik-beradiknya setelah 'mendapat' mereka kembali.

MB hanya tersenyum apabila melihat senyuman dan gelak tawa ketiga-tiga beradik yang bergema di dalam bilik itu. Setelah melalui hari-hari yang menyedihkan selama berbulan-bulan, akhirnya Ari mendapat adik-beradiknya kembali. Dia faham perasaan Ari apabila mendapat semula apa yang dicita-citakan selama ini dan dia tumpang gembira untuk Ari.

MIRZA melabuhkan punggungnya setelah menarik kerusi meja pejabatnya di dalam Jabatan Utama Kastelhike (JUK). Hari ini, dia dan yang lain akan memulakan kerja mereka di JUK seperti biasa.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now